PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 50
  • Dua Wanita yang Berani

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dua Wanita yang Berani
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Seorang Pemimpin Baharu dan Dua Wanita yang Berani
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Pujilah Yehuwa dengan Sikap Rela Berkhidmat!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 50
Barak terkejut mendengar Yael berkata bahawa Sisera mati dalam khemahnya

CERITA 50

Dua Wanita yang Berani

APABILA orang Israel ditimpa kesusahan, mereka meminta bantuan Yehuwa. Yehuwa menjawab doa mereka dengan memberikan pemimpin-pemimpin yang berani untuk membantu mereka. Dalam Bible, para pemimpin ini dipanggil hakim-hakim. Yosua ialah hakim yang pertama. Beberapa orang hakim yang hidup selepas Yosua ialah Otniel, Ehud, dan Samgar. Antara mereka yang telah membantu orang Israel ialah dua orang wanita yang bernama Debora dan Yael.

Debora dan Barak

Debora ialah seorang penubuat wanita. Yehuwa memberikan maklumat tentang masa hadapan kepadanya. Kemudian Debora akan memberitahu orang Israel kata-kata Yehuwa. Debora merupakan seorang hakim juga. Dia duduk di bawah sebatang pokok kurma di kawasan pergunungan. Di sana, orang Israel akan berjumpa dengannya untuk mendapatkan bantuan apabila mereka menghadapi masalah.

Pada masa ini, Yabin ialah raja Kanaan. Dia mempunyai 900 buah kereta kuda perang. Tenteranya begitu kuat sehinggakan ramai orang Israel telah dipaksa untuk menjadi hamba Yabin. Ketua angkatan tentera Raja Yabin ialah seorang lelaki yang bernama Sisera.

Pada suatu hari, Debora memanggil Hakim Barak lalu memberitahunya, “Yehuwa telah berkata, ‘Dapatkanlah 10,000 orang lelaki dan pimpinlah mereka ke Gunung Tabor. Di sana, Aku akan menyerahkan Sisera dan angkatan tenteranya kepada engkau. Aku akan memberi engkau kemenangan.’”

Barak memberitahu Debora, “Saya akan pergi jika kamu juga pergi bersama-sama saya.” Maka, Debora pun mengikut Barak. Tetapi, dia berkata kepada Barak, “Kamu tidak akan mendapat penghormatan atas kemenangan ini kerana Yehuwa akan menyerahkan Sisera ke dalam tangan seorang wanita.” Jadi, apakah yang telah berlaku?

Barak turun dari Gunung Tabor untuk menyerang askar-askar Sisera. Tiba-tiba, Yehuwa mendatangkan banjir. Ramai askar musuh mati lemas. Tetapi Sisera meninggalkan kereta kudanya lalu melarikan diri.

Tidak lama kemudian, Sisera sampai di khemah Yael. Yael menjemput Sisera untuk masuk ke dalam khemahnya. Selepas Sisera meminum susu yang dihidangkan oleh Yael, dia berasa mengantuk. Dalam masa yang singkat, Sisera tidur nyenyak. Yael memaku kepala lelaki yang jahat ini dengan sebatang paku yang telah diambil dari khemahnya. Apabila Barak datang, Yael membawanya melihat Sisera yang telah mati. Jadi, apa yang telah dikatakan oleh Debora terbukti benar.

Akhirnya Raja Yabin juga dibunuh, dan orang Israel dapat hidup aman untuk beberapa lama.

Hakim-Hakim 2:11-22; 4:1-24; 5:1-31.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi