PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 32 ms. 80-ms. 81 per. 2
  • Seorang Pemimpin Baharu dan Dua Wanita yang Berani

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Seorang Pemimpin Baharu dan Dua Wanita yang Berani
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dua Wanita yang Berani
    Buku Cerita Bible Saya
  • Pujilah Yehuwa dengan Sikap Rela Berkhidmat!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 32 ms. 80-ms. 81 per. 2
Barak meminta Debora untuk datang bersamanya

CERITA 32

Seorang Pemimpin Baharu dan Dua Wanita yang Berani

Setelah lama memimpin umat Yehuwa, Yosua meninggal pada umur 110 tahun. Semasa dia masih hidup, orang Israel menyembah Yehuwa. Namun, selepas dia meninggal, mereka menyembah tuhan-tuhan palsu seperti yang dilakukan orang Kanaan. Oleh itu, Yehuwa membiarkan Raja Yabin dari Kanaan untuk membuat mereka menderita. Pada masa itu, mereka meminta bantuan Yehuwa. Jadi, Tuhan memilih Barak sebagai pemimpin yang baharu. Barak akan membantu mereka kembali kepada Yehuwa.

Pada suatu hari, Debora, iaitu seorang nabi wanita, berjumpa dengan Barak untuk menyampaikan pesanan Yehuwa. Dia berkata, “Kumpulkan 10,000 orang dan pergilah ke anak sungai di Kison untuk berjumpa dengan askar-askar Raja Yabin. Di sana, kamu akan kalahkan Sisera, ketua askar Yabin.” Kemudian, Barak menjawab, “Saya akan pergi jika kamu ikut bersama.” Debora berkata, “Saya akan ikut kamu. Tapi ingatlah, bukan kamu yang akan bunuh Sisera. Yehuwa berkata bahawa seorang wanitalah yang akan membunuhnya.”

Selepas itu, Debora mengikut Barak dan askar-askarnya ke Gunung Tabor untuk berperang. Sisera mengetahui tentang hal ini lalu bertolak ke situ dengan kereta kuda dan para askarnya. Debora berkata kepada Barak, “Hari ini, Yehuwa akan beri kamu kemenangan.” Kemudian, Barak dan 10,000 orang itu turun dari gunung untuk berlawan dengan askar-askar Sisera.

Tiba-tiba, Yehuwa menyebabkan sungai di Kison dilanda banjir. Semua kereta kuda Sisera tersekat di dalam lumpur! Pada masa itu, Barak dan askar-askarnya menewaskan semua askar Sisera. Tetapi, Sisera berjaya melarikan diri dan bersembunyi di dalam khemah seorang wanita yang bernama Yael. Selepas meminum segelas susu, Sisera tidur nyenyak kerana keletihan. Kemudian, Yael mendekatinya, lalu memakukan pasak ke dalam kepalanya. Akhirnya, Sisera pun meninggal.

Barak dan Debora memuji Yehuwa dengan lagu

Apabila Yael melihat bahawa Barak sedang mencari Sisera, Yael berkata, “Saya akan tunjukkan lelaki yang tuan cari.” Barak masuk ke dalam khemah Yael dan melihat bahawa Sisera sudah pun mati. Alangkah gembiranya Barak dan Debora kerana musuh mereka telah dikalahkan! Maka, mereka bernyanyi untuk memuji Yehuwa. Selama 40 tahun, orang Israel hidup dengan aman.

“Wanita-wanita yang mengisytiharkan berita baik bagaikan angkatan tentera yang besar.”​—Mazmur 68:11

Soalan: Bagaimanakah Debora membantu orang Israel? Bagaimanakah Yael menunjukkan keberanian?

Hakim-Hakim 4:1–5:31

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi