PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 111
  • Budak yang Tertidur

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Budak yang Tertidur
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Aku Bersih daripada Darah Semua Orang”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Kapal Terkandas di Pulau
    Buku Cerita Bible Saya
  • Timotius—Pembantu Baru Paulus
    Buku Cerita Bible Saya
  • “Biarlah Kehendak Yehuwa Terjadi”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 111
Eutikhus mati; tubuhnya terlantar di atas tanah

CERITA 111

Budak yang Tertidur

ALAMAK! Apakah yang sedang berlaku? Adakah budak lelaki yang terbaring di atas tanah cedera parah? Lihat! Salah seorang lelaki yang sedang keluar dari rumah itu ialah Paulus. Dapatkah adik nampak Timotius juga? Apakah yang telah berlaku kepada budak itu?

Ya, budak itu terjatuh dari jendela. Pada masa itu, Paulus berada di Troas dan sedang menyampaikan sebuah ceramah kepada murid-murid Yesus. Dia tahu bahawa dia tidak akan berjumpa dengan mereka lagi untuk suatu jangka masa yang panjang kerana dia akan meninggalkan Troas pada keesokan hari. Oleh itu, dia terus bercakap hingga tengah malam.

Budak yang terjatuh itu bernama Eutikhus. Semasa Paulus memberikan ceramahnya, Eutikhus sedang duduk di jendela. Dia mengantuk lalu tertidur. Tiba-tiba dia terjatuh ke tanah dari tingkat ketiga! Oleh itu, orang di dalam gambar kelihatan sangat bimbang. Sewaktu mereka mengangkatnya, dia sudah mati!

Apabila Paulus sedar bahawa budak itu telah mati, dia merebahkan dirinya ke atas budak itu lalu memeluknya. Kemudian dia berkata, “Janganlah bimbang. Dia masih hidup!” Suatu mukjizat telah berlaku! Paulus telah menghidupkan semula budak ini. Semua orang berasa sangat gembira.

Mereka semua naik ke tingkat atas lalu makan bersama-sama. Paulus terus bercakap hingga matahari terbit. Sudah pasti kali ini Eutikhus tidak tertidur lagi! Kemudian Paulus, Timotius, dan rakan-rakan seperjalanan mereka menaiki kapal lalu bertolak dari situ. Tahukah adik ke mana mereka pergi?

Paulus dan Timotius melihat Eutikhus yang jatuh dan mati

Pengembaraan Paulus yang ketiga hampir tamat. Dia sedang dalam perjalanannya untuk pulang ke rumah. Kali ini, dia tinggal di kota Efesus selama tiga tahun. Jadi pengembaraan Paulus yang ketiga adalah lebih panjang daripada pengembaraannya yang kedua.

Selepas mereka bertolak dari Troas, kapal yang dinaiki oleh mereka telah berhenti sebentar di Miletus. Oleh sebab Efesus terletak tidak jauh dari Miletus, Paulus meminta orang tua-tua dari sidang Efesus untuk datang ke Miletus supaya dia boleh bercakap kepada mereka untuk kali terakhir. Selepas itu, Paulus meninggalkan Miletus. Betapa sedihnya hati mereka apabila mereka melihat Paulus pergi!

Akhirnya, kapal yang dinaiki oleh mereka tiba di Kaisarea. Paulus tinggal di rumah seorang murid yang bernama Filipus. Di situ, seorang penubuat yang bernama Agabus telah memberitahu Paulus bahawa Paulus akan ditangkap apabila dia pergi ke Yerusalem. Apa yang dikatakan oleh Agabus telah berlaku! Setelah Paulus berada di dalam penjara di Kaisarea selama dua tahun, dia dihantar ke Roma untuk diadili oleh pemerintah Roma yang bergelar Kaisar. Marilah kita lihat apa yang berlaku dalam perjalanannya ke Roma.

Kisah bab 19 hingga bab 26.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi