PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 112
  • Kapal Terkandas di Pulau

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kapal Terkandas di Pulau
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Berjalan Di Atas Air
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Budak yang Tertidur
    Buku Cerita Bible Saya
  • Raja yang Dapat Mengawal Unsur Alam
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Meredakan Ribut
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 112
Paulus dan orang lain yang terselamat berjalan ke Pulau Malta

CERITA 112

Kapal Terkandas di Pulau

LIHAT! Kapal itu pecah dipukul ombak! Bolehkah adik nampak orang yang telah terjun ke dalam air? Ada di antara mereka yang berjaya berenang ke pantai. Adakah lelaki itu Paulus? Marilah kita lihat apa yang telah terjadi kepadanya.

Jika adik masih ingat, Paulus dipenjarakan di Kaisarea selama dua tahun. Kemudian, dia dan beberapa orang banduan dihantar ke Roma di atas sebuah kapal. Apabila kapal mereka lalu di Pulau Kreta, sebuah ribut yang dahsyat melanda. Angin bertiup dengan begitu kencang sehingga anak-anak kapal tidak dapat mengawal kapal mereka. Mereka tidak dapat melihat matahari pada siang hari atau bintang pada malam hari. Setelah berhari-hari lamanya, mereka yang berada di atas kapal hilang segala harapan untuk diselamatkan.

Kemudian Paulus berdiri lalu berkata, “Tidak seorang pun antara kamu akan mati, hanya kapal ini tidak dapat diselamatkan. Saya berkata demikian kerana semalam malaikat Tuhan datang kepada saya lalu berkata, ‘Janganlah takut, Paulus! Engkau akan menghadap Kaisar, pemerintah Roma. Dan Tuhan akan menyelamatkan semua orang yang belayar denganmu.’”

Pada malam yang ke-14 selepas ribut itu bermula, kira-kira tengah malam, anak-anak kapal mendapati bahawa air laut menjadi semakin cetek. Mereka takut kapal mereka akan melanggar batu karang dalam gelap. Oleh itu, mereka mencampakkan sauh ke dalam laut. Pada keesokan harinya, mereka nampak sebuah teluk. Mereka bercadang untuk mendarat di pantai itu.

Apabila mereka berada dekat dengan pantai, kapal mereka terlanggar tebing pasir dan tidak dapat bergerak. Kapal mereka dipukul ombak dan mula berpecah-pecah. “Semua orang yang pandai berenang terjun dahulu dan berenang ke pantai. Yang lain ikut kemudian dengan berpegang pada kayu atau pecahan kapal,” kata pegawai tentera yang bertugas. Mereka semua mengikut arahannya. Maka, kesemua 276 orang yang berada di atas kapal berjaya sampai ke pantai dengan selamat. Apa yang telah dijanjikan oleh malaikat tersebut benar-benar terjadi.

Pulau itu dipanggil Pulau Malta. Penduduk di situ sangat ramah mesra. Mereka menjaga orang yang terselamat daripada kapal itu. Apabila keadaan cuaca makin baik, Paulus dihantar ke Roma di atas sebuah kapal yang lain.

Kisah 27:1-44; 28:1-14.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi