BAHAGIAN 7 • KISAH 18:23–21:17
‘Mengajar Di Depan Umum dan dari Rumah ke Rumah’
Mengapakah kita harus bersikap rendah hati dan sudi membuat penyesuaian semasa mengajar orang lain? Apakah cara utama untuk menyebarkan berita baik? Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa melaksanakan kehendak Tuhan lebih penting daripada mengejar kepentingan diri? Catatan tentang perjalanan mubaligh Paulus yang ketiga dan terakhir akan membantu kita menjawab soalan-soalan penting ini.