PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jl pelajaran 27
  • Apakah Manfaat Perpustakaan Dewan Perjumpaan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Manfaat Perpustakaan Dewan Perjumpaan?
  • Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jangan Simpan Saja, Gunakannya
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Adakah Anda Menggunakan JW Library?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Bahan Penyelidikan Baru
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Cara Menggunakan JW Library
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
Lihat Selanjutnya
Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
jl pelajaran 27

PELAJARAN 27

Apakah Manfaat Perpustakaan Dewan Perjumpaan?

Seorang lelaki menggunakan perpustakaan Dewan Perjumpaan

Israel

Seorang Saksi-Saksi Yehuwa membantu seorang pemuda untuk membuat penyelidikan

Republik Czech

Seorang gadis menulis namanya di dalam buku lagu

Benin

Seorang lelaki membuat penyelidikan dengan menggunakan Watchtower Library

Kepulauan Cayman

Inginkah anda membuat penyelidikan untuk menambah pengetahuan tentang Bible? Adakah anda mempunyai soalan tentang suatu ayat, watak, tempat, atau butiran yang disebutkan dalam Bible? Atau pernahkah anda tertanya-tanya sama ada Firman Tuhan dapat membantu anda menangani masalah peribadi? Jika ya, gunakanlah perpustakaan Dewan Perjumpaan.

Perpustakaan membantu anda membuat penyelidikan. Barangkali anda tidak memiliki semua bahan bacaan Bible Saksi-Saksi Yehuwa dalam bahasa anda. Tetapi perpustakaan di Dewan Perjumpaan mempunyai kebanyakan bahan bacaan yang terkini. Perpustakaan tersebut mungkin menyimpan beberapa terjemahan Bible, kamus, dan bahan rujukan. Anda boleh menggunakan perpustakaan ini sebelum dan selepas perjumpaan. Jika perpustakaan mempunyai komputer dan sambungan Internet, anda boleh menggunakan PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower yang mengandungi banyak bahan bacaan kami. Anda dapat menyelidiki suatu topik, perkataan, atau ayat Bible dengan mudah sekali.

Perpustakaan ini berguna bagi pelajar yang ada tugasan semasa Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian. Anda boleh menggunakan perpustakaan Dewan Perjumpaan semasa menyiapkan tugasan anda. Penyelia Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian bertanggungjawab menguruskan perpustakaan. Dia akan memastikan bahawa bahan bacaan yang terkini disimpan dan disusun dengan rapi. Dia atau guru Bible anda boleh mengajar anda cara untuk mencari maklumat yang diperlukan. Tetapi, buku-buku di dalam perpustakaan ini tidak boleh dibawa pulang. Gunakanlah bahan bacaan dengan cermat dan jangan mengotorkannya.

Bible menjelaskan bahawa jika kita ingin “memperoleh pengetahuan tentang Tuhan,” kita mesti berusaha mencarinya seperti mencari “harta terpendam.” (Amsal 2:1-5) Perpustakaan Dewan Perjumpaan dapat membantu anda memulakan pencarian ini.

  • Apakah bahan penyelidikan yang terdapat dalam perpustakaan Dewan Perjumpaan?

  • Siapakah yang dapat mengajar anda cara terbaik untuk menggunakan perpustakaan?

MARILAH BELAJAR

Jika anda ingin memiliki perpustakaan sendiri, pergilah ke kaunter bahan bacaan dan lihatlah apa yang tersedia. Mintalah bantuan guru Bible anda untuk memilih bahan bacaan yang sesuai.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi