Jangan Simpan Saja, Gunakannya
Banyak sidang mempunyai bekalan bahan bacaan yang lama. Bolehkah anda mendapatkannya untuk perpustakaan teokratik anda? Sudah tentu, anda dapat membacanya dengan menggunakan Watchtower Library dalam bahasa lain. Namun, ada baiknya jika anda mengumpul bahan bacaan tersebut. Adakah pelajar Bible anda sedang membuat kemajuan? Galakkannya untuk mendapatkan bahan bacaan lama ini bagi perpustakaan peribadinya. Penyelia Sekolah Penyebaran Teokratik patut memastikan bahawa bahan bacaan lama ini terdapat dalam perpustakaan Dewan Perjumpaan. Bahan bacaan ini masih ada nilainya. Lebih baik menggunakannya daripada meninggalkannya di kaunter bahan bacaan sidang!