PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 3 ms. 14-ms. 15 per. 2
  • Kelahiran Yohanes Pembaptis

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kelahiran Yohanes Pembaptis
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Elisabet Melahirkan Seorang Anak Lelaki
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Dua Perkhabaran daripada Tuhan
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Dimuliakan Sebelum Lahir
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Gabriel Melawat Maria
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 3 ms. 14-ms. 15 per. 2
Elisabet menunjukkan anaknya kepada orang

BAB 3

Kelahiran Yohanes Pembaptis

LUKAS 1:57-79

  • YOHANES PEMBAPTIS DILAHIRKAN DAN DIBERI NAMA

  • ZAKHARIA MENUBUATKAN TUGAS YOHANES

Elisabet hampir bersalin. Selama tiga bulan, Maria tinggal bersamanya. Sekarang Maria harus membuat perjalanan yang jauh untuk pulang ke Nasaret. Kira-kira enam bulan lagi, Maria akan bersalin.

Tidak lama selepas Maria pergi, Elisabet melahirkan seorang anak lelaki. Jiran dan saudara-maranya bersukacita kerana dia dan anaknya sihat!

Menurut Hukum Tuhan, seorang bayi mesti disunat dan diberi nama pada hari kelapan selepas dia dilahirkan. (Imamat 12:2, 3) Ada yang berpendapat bahawa anak lelaki itu harus dinamakan sempena nama bapanya, Zakharia. Tetapi Elisabet ingat akan kata-kata Gabriel lalu berkata, “Tidak! Dia akan dinamakan Yohanes.”​—Lukas 1:60.

Jiran dan saudara-maranya pun berkata, “Tiada seorang pun dalam kalangan saudara-maramu yang mempunyai nama ini.” (Lukas 1:61) Mereka menggunakan isyarat tangan untuk bertanya kepada Zakharia nama yang hendak diberikan kepada anaknya. Zakharia meminta sekeping papan lalu menulis, “Namanya Yohanes.”​—Lukas 1:63.

Zakharia menulis di atas sekeping papan; Zakharia bercakap semula dan bernubuat

Pada detik itu juga, Zakharia dapat bertutur semula. Sebelum ini, dia menjadi bisu kerana dia tidak mempercayai perkhabaran Gabriel. Maka apabila Zakharia mula bercakap, jiran-jirannya kagum dan berkata, “Selepas anak ini membesar, apakah yang akan dilakukan olehnya?” (Lukas 1:66) Mereka dapat melihat bahawa kuasa Tuhan menyertai anak itu.

Kemudian Zakharia dipenuhi kuasa suci Tuhan lalu berkata, “Terpujilah Yehuwa, Tuhan Israel, kerana Dia berbelas kasihan terhadap umat-Nya dan menyelamatkan mereka. Dia telah membangkitkan seorang penyelamat yang perkasa daripada keturunan Daud, hamba-Nya.” (Lukas 1:68, 69) “Penyelamat yang perkasa” merujuk kepada Tuan Yesus, yang bakal dilahirkan. Zakharia berkata bahawa menerusi Yesus, Tuhan akan “menyelamatkan kita daripada tangan musuh, Dia akan memberi kita penghormatan untuk menjalankan khidmat suci kepada-Nya tanpa rasa gentar, supaya kita tetap setia dan melakukan apa yang benar di mata-Nya sepanjang hayat kita.”​—Lukas 1:74, 75.

Tetapi mengenai anaknya, Zakharia berkata, “Kamu akan dipanggil nabi Tuhan Yang Maha Tinggi. Kamu akan berjalan di hadapan Yehuwa untuk menyediakan jalan bagi-Nya. Kamu akan memberi umat Tuhan pengetahuan bahawa Dia akan menyelamatkan mereka dengan mengampunkan dosa mereka, kerana Tuhan kita sangat berbelas kasihan. Kerana belas kasihan ini, kita akan melihat cahaya dari syurga, yang bagaikan cahaya semasa fajar menyingsing. Cahaya itu akan menerangi orang yang tinggal dalam kegelapan dan bayangan maut, dan membimbing kita agar kita berjalan mengikut haluan yang damai.” (Lukas 1:76-79) Sudah pasti nubuat ini menggalakkan kita!

Sementara itu, Maria tiba di Nasaret. Apakah yang akan berlaku kepadanya memandangkan dia hamil tetapi belum berkahwin?

  • Berapakah perbezaan umur Yohanes dan Yesus?

  • Apakah yang berlaku pada hari kelapan selepas Yohanes dilahirkan?

  • Apakah tugas yang diberikan oleh Tuhan kepada Yohanes?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi