PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 68 ms. 162-ms. 163 per. 1
  • Elisabet Melahirkan Seorang Anak Lelaki

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Elisabet Melahirkan Seorang Anak Lelaki
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kelahiran Yohanes Pembaptis
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Dua Perkhabaran daripada Tuhan
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Dimuliakan Sebelum Lahir
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 68 ms. 162-ms. 163 per. 1
Zakharia memberitahu kawan-kawan dan keluarganya bahawa anaknya akan dinamakan Yohanes

CERITA 68

Elisabet Melahirkan Seorang Anak Lelaki

Lebih daripada 400 tahun sudah berlalu selepas tembok Yerusalem dibina semula. Ketika itu, Imam Zakharia dan isterinya Elisabet tinggal berdekatan Yerusalem. Mereka sudah lama berkahwin tetapi mereka tiada anak. Pada suatu hari, malaikat Gabriel muncul semasa Zakharia bertugas di dalam Bilik Suci Rumah Yehuwa. Zakharia sangat terkejut. Tetapi malaikat itu berkata, “Jangan takut. Saya ada berita baik daripada Yehuwa. Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki yang akan dinamakan Yohanes. Yehuwa telah memilihnya untuk kerja yang istimewa.” Zakharia berkata, “Mana mungkin? Kami terlalu tua untuk mendapatkan seorang anak.” “Tuhan suruh saya sampaikan berita ini. Tapi kamu tidak mempercayai kata-kata itu. Jadi kamu tidak dapat berkata-kata sehingga bayi itu lahir,” kata Gabriel.

Selepas beberapa ketika, Zakharia keluar dari Rumah Tuhan. Orang ramai ingin mengetahui apa yang telah berlaku kepadanya. Tetapi, Zakharia tidak dapat bercakap. Dia hanya dapat memberikan isyarat dengan tangannya. Mereka pun sedar bahawa Zakharia telah menerima mesej daripada Tuhan.

Tidak lama kemudian, Elisabet melahirkan seorang anak, seperti yang dikatakan malaikat itu. Kawan-kawan dan saudara-maranya datang untuk melihat bayi itu. Mereka tumpang gembira. Elisabet berkata, “Nama bayi ini ialah Yohanes.” Mereka berkata, “Kamu tiada ahli keluarga yang bernama Yohanes. Namakannya Zakharia, seperti bapanya.” Tetapi Zakharia menulis, “Yohanes namanya.” Tiba-tiba, Zakharia dapat bercakap semula! Berita tentang bayi itu tersebar ke seluruh Yudea. Orang ramai tertanya-tanya, “Apakah yang akan dilakukan oleh anak ini apabila dia besar nanti?”

Kemudian, Zakharia dipenuhi dengan kuasa suci Tuhan, lalu berkata, “Terpujilah Yehuwa. Dia berjanji kepada Abraham bahawa Dia akan mengutus Mesias untuk menyelamatkan kita. Yohanes akan menjadi nabi, dan dia akan menyediakan jalan bagi Mesias.”

Sesuatu yang luar biasa juga berlaku kepada ahli keluarga Elisabet, iaitu Maria. Bacalah kisahnya dalam bab yang seterusnya.

“Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi tidak ada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan.”​—Matius 19:26

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Gabriel kepada Zakharia? Apakah kerja istimewa yang akan dilakukan oleh Yohanes?

Matius 11:7-14; Lukas 1:5-25, 57-79; Yesaya 40:3; Maleakhi 3:1

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi