PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 20 ms. 54-ms. 55 per. 8
  • Mukjizat yang Kedua di Kana

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mukjizat yang Kedua di Kana
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mukjizat Yesus yang Pertama
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Mesias Memenuhi Nubuat Bible
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Semangat Yesus terhadap Ibadat Sejati
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • A7-C Peristiwa-Peristiwa Utama semasa Yesus Hidup di Bumi—Kerja Penyebaran Yesus di Galilea (Bahagian 1)
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 20 ms. 54-ms. 55 per. 8
Seorang pegawai merayu Yesus untuk menyembuhkan anaknya

BAB 20

Mukjizat yang Kedua di Kana

MARKUS 1:14, 15 LUKAS 4:14, 15 YOHANES 4:43-54

  • YESUS MENGUMUMKAN BAHAWA “KERAJAAN TUHAN SUDAH DEKAT”

  • DIA MENYEMBUHKAN SEORANG BUDAK DARI JAUH

Selepas dua hari di Samaria, Yesus bertolak ke daerah Galilea, iaitu tempat dia dibesarkan. Dia telah menginjil di Yudea, dan kini dia terus menginjil dengan lebih giat di Galilea. Dia tahu bahawa orang di situ mungkin tidak akan menyambutnya dengan baik kerana “seorang nabi tidak dihormati di kampung halamannya sendiri.” (Yohanes 4:44) Murid-murid Yesus telah kembali ke rumah mereka dan meneruskan pekerjaan lama mereka.

Yesus menyebarkan berita berikut: “Kerajaan Tuhan sudah dekat. Bertaubatlah dan percayalah kepada berita baik daripada Tuhan.” (Markus 1:15) Apakah reaksi orang? Ramai orang Galilea menghormati Yesus kerana berita yang disebarkannya. Ada juga yang berbuat demikian kerana mereka telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus semasa Perayaan Paska di Yerusalem beberapa bulan lalu.​—Yohanes 2:23.

Nampaknya apabila Yesus kembali ke Galilea, dia memulakan kerja penyebarannya di Kana, iaitu tempat dia pernah mengubah air menjadi wain. Apabila dia tiba di situ, dia mendengar tentang seorang budak lelaki yang sakit tenat. Budak itu ialah anak kepada pegawai Herodes Antipas. (Herodes Antipas ialah raja yang memancung kepala Yohanes Pembaptis.) Apabila pegawai itu mendengar bahawa Yesus ada di Kana, dia datang dari rumahnya di Kapernaum untuk mencari Yesus. Dia merayu kepada Yesus, “Tuan, datanglah sebelum anakku mati.”​—Yohanes 4:49.

Yesus memberikan jawapan yang membuat pegawai itu hairan. Dia berkata, “Pergilah. Anakmu sudah sembuh.” (Yohanes 4:50) Pegawai itu mempercayai kata-katanya lalu pergi dari situ. Dalam perjalanan pulang, hamba-hamba pegawai itu datang dan memberitahunya bahawa anaknya sudah sembuh. Maka pegawai itu bertanya bila anaknya sembuh.

“Demamnya hilang kira-kira jam satu tengah hari semalam,” jawab mereka.​—Yohanes 4:52.

Dalam perjalanan pulang, hamba-hamba pegawai itu datang dan memberitahunya bahawa anaknya sudah sembuh

Pegawai itu sedar bahawa pada waktu itulah Yesus telah berkata kepadanya, “Anakmu sudah sembuh.” Maka pegawai itu, seluruh rumah tangganya, dan semua hambanya, menjadi pengikut Kristus.

Yesus telah melakukan dua mukjizat di Kana, iaitu menukar air menjadi wain, dan menyembuhkan seorang budak lelaki dari jarak sejauh kira-kira 26 kilometer. Yesus juga melakukan banyak mukjizat yang lain. Tetapi kisah penyembuhan budak ini penting kerana mukjizat ini menandakan bahawa Yesus mula menggiatkan kerja penyebarannya di Galilea. Yesus memang nabi yang diperkenankan Tuhan, tetapi adakah ‘nabi ini akan dihormati di kampung halamannya sendiri’?

Soalan ini akan dijawab seraya Yesus meneruskan kerja penyebaran ke Nasaret, kampung halamannya. Mari kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

  • Apabila Yesus kembali ke Galilea, apakah berita yang disebarkannya? Apakah reaksi orang?

  • Apakah mukjizat yang dilakukan oleh Yesus apabila dia kembali ke Kana? Bagaimanakah mukjizat ini mempengaruhi pegawai itu dan seisi rumahnya?

  • Mengapakah kisah penyembuhan budak di Kapernaum amat penting?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi