PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 16 ms. 42-ms. 43 per. 8
  • Semangat Yesus terhadap Ibadat Sejati

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Semangat Yesus terhadap Ibadat Sejati
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Membersihkan Rumah Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Mukjizat yang Kedua di Kana
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Mukjizat Yesus yang Pertama
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Membersihkan Rumah Tuhan
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 16 ms. 42-ms. 43 per. 8
Yesus mengusir penukar wang dari Rumah Tuhan

BAB 16

Semangat Yesus terhadap Ibadat Sejati

YOHANES 2:12-22

  • YESUS MENYUCIKAN RUMAH TUHAN

Selepas majlis perkahwinan di Kana, Yesus pergi ke Kapernaum bersama ibunya dan adik-adiknya, iaitu Yakobus, Yusuf, Simon, dan Yudas.

Mengapakah Yesus pergi ke Kapernaum? Berbanding Nasaret atau Kana, kedudukan kota ini lebih strategik dan saiznya juga lebih besar. Selain itu, ramai murid Yesus yang baharu tinggal di kota ini atau di kawasan yang berdekatan. Maka Yesus ingin melatih mereka di sini.

Semasa Yesus berada di Kapernaum, dia melakukan mukjizat-mukjizat dan banyak orang di situ dan di kawasan sekitar mendengar tentangnya. Tetapi Yesus hanya tinggal di sana selama beberapa hari, kerana sebagai orang Yahudi, dia dan murid-muridnya harus pergi ke Yerusalem untuk menyambut Perayaan Paska tahun 30 M.

Semasa di Rumah Tuhan, murid-murid Yesus nampak Yesus melakukan sesuatu yang luar biasa.

Menurut Hukum Tuhan, orang Israel perlu membawa binatang ke Rumah Tuhan dan mempersembahkannya di situ. Tetapi jika mereka tinggal di tempat yang jauh, mereka dibenarkan untuk membeli “lembu, bebiri, kambing,” dan barang keperluan semasa mereka tiba di Yerusalem. (Ulangan 14:24-26) Maka para penjual di Yerusalem menjual binatang atau burung di halaman Rumah Tuhan. Selain itu, sebilangan daripada mereka menipu orang dengan mengenakan harga yang tinggi.

Hal itu membuat Yesus marah. Dia menghamburkan duit syiling para penukar wang, menterbalikkan meja-meja mereka, dan mengusir para penjual di situ. Dia berkata, “Bawa keluar semua benda ini! Jangan lagi jadikan Rumah Bapaku tempat berniaga!”​—Yohanes 2:16.

Semasa murid-murid Yesus melihat semua ini, mereka teringat akan nubuat tentang Anak Tuhan: “Semangatku untuk Rumah-Mu akan berkobar-kobar seperti api.” Tetapi orang Yahudi bertanya, “Apakah mukjizat yang akan Tuan tunjukkan kepada kami untuk membuktikan bahawa Tuan berhak melakukan hal-hal ini?” Yesus menjawab, “Robohkanlah Rumah Tuhan, dan dalam masa tiga hari aku akan membinanya semula.”​—Yohanes 2:17-19; Mazmur 69:9.

Orang Yahudi menyangka bahawa Yesus sedang bercakap tentang Rumah Tuhan di Yerusalem. Maka mereka bertanya, “Empat puluh enam tahun diperlukan untuk membina Rumah Tuhan. Adakah kamu akan membinanya semula dalam masa tiga hari?” (Yohanes 2:20) Tetapi Yesus sebenarnya sedang merujuk kepada tubuhnya yang melambangkan Rumah Tuhan. Tiga tahun kemudian, apabila Yesus dibangkitkan, barulah murid-muridnya teringat tentang kata-kata ini.

  • Selepas majlis perkahwinan di Kana, apakah tempat-tempat yang dikunjungi oleh Yesus?

  • Mengapakah Yesus marah? Apakah yang dilakukannya?

  • Semasa dia bercakap tentang “Rumah Tuhan,” Yesus merujuk kepada apa? Apakah yang dimaksudkannya?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi