PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 22 ms. 58-ms. 59 per. 6
  • Empat Orang Murid Menjadi Penjala Manusia

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Empat Orang Murid Menjadi Penjala Manusia
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dia Melawan Rasa Takut dan Keraguan
    Tirulah Iman Mereka
  • Yesus Menampakkan Diri kepada Para Nelayan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Sudahkah Anda Bersedia untuk Menjadi Penjala Manusia?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 22 ms. 58-ms. 59 per. 6
Yesus bercakap kepada Petrus, Andreas, Yakobus, dan Yohanes di pinggir Tasik Galilea

BAB 22

Empat Orang Murid Menjadi Penjala Manusia

MATIUS 4:13-22 MARKUS 1:16-20 LUKAS 5:1-11

  • YESUS MENJEMPUT MURIDNYA UNTUK MENGINJIL SECARA SEPENUH MASA

  • PENJALA IKAN MENJADI PENJALA MANUSIA

Selepas orang Nasaret cuba membunuh Yesus, dia pergi ke Kapernaum, dekat Tasik Galilea, yang juga dipanggil “Tasik Genesaret.” (Lukas 5:1) Maka nubuat yang menyatakan bahawa penduduk Galilea akan disinari cahaya yang gemilang telah menjadi kenyataan.​—Yesaya 9:1, 2.

Di Galilea, Yesus terus mengumumkan bahawa “Kerajaan di syurga sudah dekat.” (Matius 4:17) Dia mencari empat orang muridnya. Dahulu mereka mengikutnya, tetapi selepas mereka pulang dari Yudea, mereka kembali bekerja sebagai nelayan. (Yohanes 1:35-42) Sekarang Yesus mahu mereka mengikutnya dan menginjil secara sepenuh masa. Dia mahu melatih mereka agar mereka dapat terus menginjil selepas dia naik ke syurga.

Semasa Yesus berjalan di tepi tasik, dia nampak Petrus, Andreas, dan beberapa orang rakan mereka sedang mencuci jala. Dia menaiki perahu Petrus dan menyuruh Petrus untuk mendayung perahu itu jauh sedikit dari darat. Kemudian dia duduk di dalam perahu lalu mula mengajar orang ramai tentang Kerajaan Tuhan.

Yesus berkata, “Dayunglah perahu ke tempat yang dalam, dan labuhkanlah jala kamu untuk menangkap ikan.” Petrus menjawab, “Guru, kami bekerja keras sepanjang malam tetapi tidak dapat menangkap apa-apa pun. Namun, aku akan melabuhkan jala seperti yang Guru suruh.”​—Lukas 5:4, 5.

Andreas, Yakobus, dan Yohanes menangkap begitu banyak ikan; Petrus berlutut di hadapan Yesus

Mereka menangkap begitu banyak ikan sehingga jala itu mula koyak. Jadi mereka meminta rakan-rakan di dalam perahu yang lain untuk membantu mereka. Kedua-dua perahu mereka penuh dengan ikan sehingga perahu mereka mula tenggelam. Apabila Petrus melihat apa yang berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus lalu berkata, “Tinggalkanlah aku, Tuan, kerana aku orang yang berdosa.” Yesus berkata, “Janganlah takut. Mulai sekarang kamu akan menjala orang yang hidup.”​—Lukas 5:8, 10.

Yesus memberitahu Petrus dan Andreas, “Ikutlah aku, dan aku akan menjadikan kamu penjala manusia.” (Matius 4:19) Yesus juga menjemput Yakobus dan Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus, untuk mengikutnya. Dengan serta-merta, mereka semua meninggalkan jala lalu mengikut Yesus dan menjalankan kerja penyebaran secara sepenuh masa.

  • Siapakah yang mula-mula mengikut Yesus dan menginjil secara sepenuh masa? Apakah kerja mereka?

  • Apakah mukjizat yang membuat Petrus berasa takut?

  • Apakah kerja baharu yang akan dilakukan oleh Petrus, Andreas, Yakobus, dan Yohanes?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi