PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 92 ms. 214-ms. 215 per. 2
  • Yesus Menampakkan Diri kepada Para Nelayan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Menampakkan Diri kepada Para Nelayan
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Di Tepi Tasik Galilea
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Dia Melawan Rasa Takut dan Keraguan
    Tirulah Iman Mereka
  • Empat Orang Murid Menjadi Penjala Manusia
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Dia Belajar Pengampunan daripada Tuannya
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 92 ms. 214-ms. 215 per. 2
Yesus bercakap kepada pengikutnya sementara ikan sedang dimasak di atas api

CERITA 92

Yesus Menampakkan Diri kepada Para Nelayan

Selepas Yesus muncul di hadapan para rasul, Petrus pergi ke Tasik Galilea untuk menangkap ikan. Tomas, Yakobus, Yohanes, dan beberapa pengikut Yesus yang lain juga pergi bersamanya. Mereka berusaha sepanjang malam tetapi mereka tidak dapat menangkap apa-apa.

Pada keesokan pagi, mereka melihat seorang lelaki di tepi tasik. Lelaki itu bertanya, “Ada dapat ikan?” Mereka menjawab, “Tiada!” Lelaki itu pun menyuruh mereka untuk menebarkan jala ke sebelah kanan perahu. Apabila mereka berbuat begitu, jala mereka dipenuhi dengan ikan sehingga mereka tidak dapat menariknya ke dalam perahu. Tiba-tiba, Yohanes sedar bahawa lelaki itu ialah Yesus lalu berkata, “Dia Tuan Yesus!” Petrus segera terjun ke dalam air dan mula berenang. Yang lain pula mendayung perahu ke tepi tasik.

Setibanya di sana, mereka melihat ada roti dan ikan yang sedang dimasak. Yesus meminta mereka untuk membawa beberapa ekor ikan yang baru ditangkap. Kemudian dia berkata, “Marilah bersarapan.”

Petrus berenang ke arah Yesus dan pengikut lain menyusulinya dalam perahu

Selepas makan, Yesus menanya Petrus, “Adakah kamu mengasihi saya lebih daripada kerja menangkap ikan?” Petrus menjawab, “Ya, Tuan tahu saya sangat mengasihi Tuan.” Yesus berkata, “Jagalah anak bebiriku.” Kemudian, Yesus bertanya lagi, “Petrus, adakah kamu mengasihi saya?” Petrus berkata, “Ya, Tuan.” Sekali lagi, Yesus berkata, “Jagalah anak bebiriku.” Untuk kali ketiga, Yesus menanyakan soalan yang sama. Petrus berasa sangat sedih lalu menjawab, “Tuan tahu segala-galanya dan tahu saya memang mengasihimu.” Yesus berkata lagi, “Peliharalah anak bebiriku.” Dia menyambung, “Teruslah mengikut saya.”

“[Yesus] berkata kepada mereka, ‘Ikutlah aku, dan aku akan menjadikan kamu penjala manusia.’ Dengan serta-merta, mereka meninggalkan jala lalu mengikutnya.”​—Matius 4:19, 20

Soalan: Apakah mukjizat yang dilakukan oleh Yesus untuk para nelayan? Pada pendapat adik, mengapakah Yesus menanya Petrus sebanyak tiga kali jika Petrus mengasihinya?

Yohanes 21:1-19, 25; Kisah 1:1-3

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi