PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • od ms. 179-ms. 184
  • Lampiran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Lampiran
  • Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Bahagian Terakhir untuk Dibincangkan dengan Calon Pembaptisan
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Pembaptisan—Matlamat yang Terpuji!
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Pembaptisan—Syarat bagi Orang Kristian
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Lihat Selanjutnya
Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
od ms. 179-ms. 184

Lampiran

Pesanan kepada Ibu Bapa Kristian:

Para ibu bapa, anda tentu ingin membantu anak kesayangan anda untuk mengasihi Yehuwa dan membaktikan diri kepada-Nya. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka agar bersedia untuk dibaptis? Bagaimanakah anda dapat mengetahui sama ada mereka sudah bersedia atau belum?

Yesus memberitahu para pengikutnya, “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptislah mereka.” (Mat. 28:19) Untuk dibaptis, seseorang perlu menjadi pengikut Yesus. Dia bukan sahaja perlu memahami dan menerima ajaran Kristus, tetapi juga mematuhinya dengan teliti. Hal ini dapat dilakukan oleh semua orang, bahkan mereka yang masih muda.

Jadilah teladan yang baik untuk anak-anak anda, dan teruslah berusaha untuk menanamkan ajaran Yehuwa dalam hati mereka. (Ul. 6:6-9) Anda boleh menggunakan buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! untuk mengajar mereka kebenaran Bible yang asas dan melatih mereka untuk berfikir menurut prinsip Bible dan hidup selaras dengannya. Bimbinglah mereka supaya mereka dapat menjelaskan kepercayaan mereka dengan kata-kata sendiri. (1 Ptr. 3:15) Pengetahuan dan galakan yang diraih mereka daripada anda dan melalui pembelajaran peribadi, penyembahan keluarga, perjumpaan di sidang, dan pergaulan yang baik, akan membantu mereka maju sehingga dibaptis, dan akan membantu mereka terus menjadi matang selepas itu. Bantulah mereka bertumpu kepada matlamat rohani.

Amsal 20:11 menyatakan, “Kelakuan seorang anak menunjukkan sama ada dia murni atau tidak.” Apakah sesetengah kelakuan yang menunjukkan bahawa anak anda sudah menjadi pengikut Yesus Kristus dan bersedia untuk dibaptis?

Seorang anak yang berusaha untuk dibaptis harus mentaati ibu bapanya. (Kis. 5:29; Kol. 3:20) Semasa Yesus berumur 12 tahun, “dia terus taat kepada [ibu bapanya].” (Luk. 2:51) Sudah pasti, anak anda tidak sempurna. Tetapi jika dia ingin dibaptis, dia harus berusaha mengikut teladan Yesus. Orang lain harus dapat melihat bahawa dia selalu mentaati ibu bapa.

Anak yang berusaha untuk dibaptis juga harus suka mempelajari kebenaran Bible. (Luk. 2:46) Adakah anak anda suka menghadiri perjumpaan dan memberikan komen? (Mzm. 122:1) Adakah dia gemar membaca Bible secara tetap dan melakukan pembelajaran peribadi?​—Mat. 4:4.

Anak yang bersedia untuk dibaptis akan berusaha mengutamakan Kerajaan Tuhan. (Mat. 6:33) Dia sedar akan tanggungjawabnya untuk memberitahu orang lain tentang kepercayaannya. Dia menyertai pelbagai bentuk kerja kesaksian dan tidak segan untuk memaklumkan guru dan rakan sekolahnya bahawa dia ialah Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa diberikan tugasan untuk Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian, dia akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Dia juga akan menghindari pergaulan buruk agar dapat tetap bersih secara moral. (Ams. 13:20; 1 Kor. 15:33) Pendiriannya itu akan dicerminkan menerusi muzik, wayang, rancangan televisyen, permainan video, dan laman web yang dipilihnya.

Ramai anak telah menyambut baik usaha ibu bapa mereka. Mereka menyebatikan kebenaran dalam hati sendiri, dan layak dibaptis semasa muda. Semoga Yehuwa memberkati anda semasa anda membantu anak-anak anda mencapai matlamat rohani yang penting ini.

Pesanan kepada Penyiar yang Belum Dibaptis:

Berkhidmat di sidang sebagai penyiar yang belum dibaptis memang penghormatan yang besar. Anda patut dipuji kerana terus maju secara rohani. Setelah mengkaji Firman Tuhan, anda mengenali Tuhan dan mempercayai janji-janji-Nya.​—Yoh. 17:3; Ibr. 11:6.

Sebelum mempelajari Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa, anda mungkin mengikut agama lain atau langsung tidak beragama. Dahulu, anda mungkin melakukan hal yang melanggar prinsip Bible, tetapi anda sudah menyesali perbuatan sedemikian, menolak haluan yang salah, dan bertekad untuk melakukan apa yang benar. Pertaubatan anda itu menunjukkan bahawa anda memang beriman.​—Kis. 3:19.

Namun, jika anda sudah mengenal tulisan-tulisan suci “sejak bayi lagi,” anda telah dilindungi daripada terlibat dalam kesalahan serius dan kelakuan yang tidak sesuai bagi orang Kristian. (2 Tim. 3:15) Anda telah belajar untuk melawan tekanan rakan sebaya dan godaan-godaan lain. Anda juga menunjukkan iman anda dengan menjunjung ibadat sejati dan mengongsi kepercayaan anda dengan orang lain. Anda telah dilatih untuk menginjil, dan anda kemudiannya memutuskan untuk menjadi penyiar yang belum dibaptis.

Sama ada anda mengenali Yehuwa “sejak bayi lagi” atau tidak, anda mungkin sedang memikirkan dua langkah yang seterusnya dalam perjalanan rohani anda: Pembaktian dan pembaptisan. Anda membaktikan diri kepada Yehuwa semasa anda berdoa kepada-Nya dan berjanji bahawa anda akan menyembah Dia sahaja untuk selama-lamanya. (Mat. 16:24) Untuk menunjukkan bahawa anda sudah membaktikan diri, anda kemudiannya dibaptis. (Mat. 28:19, 20) Dengan membaktikan diri dan dibaptis, anda menjadi seorang penginjil yang dilantik oleh Tuhan Yehuwa. Bukankah itu penghormatan yang istimewa?

Namun, anda telah belajar dalam Bible bahawa anda mungkin menghadapi pelbagai cabaran. Sejurus selepas dibaptis, “Yesus dipimpin oleh kuasa suci Tuhan ke padang belantara dan di sana Iblis menggodanya.” (Mat. 4:1) Anda juga akan diuji setelah dibaptis sebagai murid Kristus. (Yoh. 15:20) Anda mungkin ditentang oleh ahli keluarga. (Mat. 10:36) Rakan sekolah, rakan kerja, dan kenalan anda juga mungkin mengejek anda. Namun, ingatlah kata-kata Yesus di Markus 10:29, 30, “Sesiapa yang telah meninggalkan rumah, atau adik-beradik, atau ibu bapa, atau anak, atau tanah, demi aku dan demi berita baik, akan menerima seratus kali ganda pada zaman ini​—rumah, adik-beradik, ibu, anak, dan tanah, serta penganiayaan​—dan pada sistem yang akan datang, dia akan menerima kehidupan yang kekal.” Maka, teruslah berusaha untuk menghampiri Yehuwa dan berpegang pada piawaian-Nya.

Jika anda berhasrat untuk dibaptis, beritahulah koordinator badan penatua. Soalan-soalan yang terdapat selepas pesanan ini akan dibincangkan bersama anda untuk mengetahui sama ada anda layak dibaptis atau tidak. Anda boleh mengkaji soalan-soalan itu terlebih dahulu semasa membuat pembelajaran peribadi.

Sebagai persiapan untuk perbincangan bersama penatua, luangkanlah masa untuk membaca dan merenungkan ayat rujukan yang tertera atau yang dipetik daripada Bible. Anda boleh membuat catatan dalam buku ini atau pada kertas lain. Semasa perbincangan dengan penatua, anda boleh menggunakan catatan anda dan merujuk kepada buku ini. Jika anda kurang memahami mana-mana soalan dalam buku ini, mintalah bantuan daripada guru Bible anda atau para penatua.

Semasa berbincang dengan para penatua, anda tidak perlu memberikan jawapan yang rumit atau panjang lebar. Jawapan yang ringkas dan tepat dalam kata-kata sendiri sudah memadai. Bagi kebanyakan soalan, cubalah menyebut satu atau dua ayat Bible yang menjadi asas kepada jawapan anda.

Jika anda masih perlu menimba lebih banyak pengetahuan Bible yang asas, para penatua akan mengaturkan bantuan untuk anda supaya anda dapat menjelaskan ajaran Bible dengan tepat dan memenuhi syarat untuk dibaptis pada kelak hari.

[Perhatian kepada penatua: Arahan untuk mengadakan perbincangan dengan calon pembaptisan terdapat pada muka surat 208-212.]

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi