PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ypq soalan 2 ms. 6-8
  • Kenapa Saya Terlalu Risau dengan Penampilan Saya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kenapa Saya Terlalu Risau dengan Penampilan Saya?
  • Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Saya Terlalu Mementingkan Penampilan Saya?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Dapat Kurangkan Berat Badan?
    Kaum Muda Bertanya
Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
ypq soalan 2 ms. 6-8
Seorang remaja perempuan melihat majalah fesyen

SOALAN 2

Kenapa Saya Terlalu Risau dengan Penampilan Saya?

MENGAPA PENTING

Ada perkara yang lebih penting daripada penampilan anda.

APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?

Bayangkan situasi ini: Apabila Julia melihat cermin, dia berasa dirinya sangat gemuk. “Saya perlu kurangkan berat badan,” katanya, meskipun ibu bapa dan kawan-kawannya kata dia kurus macam lidi.

Baru-baru ini, Julia sanggup melakukan apa-apa sahaja supaya berat badannya turun beberapa kilogram. Dia mahu mengikat perut untuk beberapa hari . . .

Kalau anda ialah Julia, apakah yang akan anda lakukan?

FIKIRLAH SEJENAK!

Seorang gadis melihat cermin dan nampak pantulan imejnya yang tidak sempurna dan kelihatan gempal

Pandangan anda terhadap diri sendiri mungkin seperti pantulan imej yang tidak sempurna dalam cermin

Tidak salah untuk menjaga penampilan anda. Sebenarnya, Bible pun memuji penampilan beberapa orang seperti Abigail, Sara, Rahel, Yusuf, dan Daud. Malah, Bible menyebut Abisag sebagai seorang wanita yang “sangat cantik.”​—1 Raja-Raja 1:4.

Namun, banyak remaja terlalu mementingkan penampilan mereka. Hal ini boleh menyebabkan masalah yang serius. Perhatikan laporan berikut:

  • Dalam satu kajian, 58 peratus gadis berasa bahawa mereka ada masalah berat badan, padahal hanya 17 peratus yang mempunyai masalah itu.

  • Menurut kajian lain, 45 peratus wanita yang mempunyai masalah kurang berat badan berasa mereka terlalu berat!

  • Dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, beberapa remaja telah menjadi mangsa anoreksia, iaitu sejenis penyakit yang membuat mereka enggan makan sehingga kesihatan mereka terancam.

Jika anda mempunyai gejala anoreksia atau masalah tabiat makan yang lain, dapatkan bantuan dengan segera! Beritahulah ibu bapa anda atau orang dewasa lain yang dapat dipercayai. Bible menyatakan, “Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.”​—Amsal 17:17.

PERUBAHAN TERBAIK YANG DAPAT ANDA LAKUKAN!

Apa yang menentukan sama ada seseorang itu menarik atau tidak ialah keperibadiannya. Fikirkanlah Absalom, putera Raja Daud. Bible menyatakan,

“Tiada sesiapa pun yang lebih kacak daripada dia. Dari telapak kaki sampai ke hujung rambutnya, dia tidak ada cacat.”​—2 Samuel 14:25.

Namun, pemuda ini sangat sombong, bercita-cita tinggi, dan licik! Bible tidak menggambarkan Absalom sebagai orang yang bersifat baik, tetapi sebagai orang yang tidak tahu malu, tidak setia, dan kuat berdendam.

Oleh itu, Bible memberi kita nasihat ini:

“Hendaklah kamu mengenakan keperibadian baru.”​—Kolose 3:10.

“Janganlah menghias diri kamu dengan apa yang dapat dilihat oleh orang lain . . . Sebaliknya, hiaslah batin kamu.”​—1 Petrus 3:3, 4.

Memang tidak salah untuk menjaga penampilan anda, tetapi apa yang jauh lebih penting ialah keperibadian anda. Orang akan lebih tertarik kepada sifat-sifat baik anda, dan bukan kepada bentuk badan anda yang menawan atau tegap! Seorang gadis yang bernama Felicia berkata, “Kecantikan memang dapat menarik perhatian orang. Tetapi akhirnya, mereka akan lebih mengingati keperibadian dan sifat-sifat baik kamu.”

PERIKSALAH PENAMPILAN ANDA

Adakah anda selalu tidak puas hati dengan penampilan anda?

Pernahkah anda terfikir untuk membuat pembedahan kosmetik atau mengamalkan diet yang keterlaluan agar kelihatan lebih menarik?

Jika diberikan pilihan, apakah yang ingin anda ubah? (Pilih semua yang berkenaan.)

  • KETINGGIAN

  • BERAT

  • BADAN

  • RAMBUT

  • BENTUK BADAN

  • MUKA

  • WARNA KULIT

  • LAIN-LAIN

Adakah anda menjawab ya untuk dua soalan yang pertama dan memilih lebih daripada dua pilihan untuk soalan ketiga? Jika ya, anda mungkin mempunyai pandangan yang negatif terhadap diri sendiri. Sebenarnya, orang lain tidak memandang anda seperti yang anda fikirkan. Memang mudah untuk menjadi terlalu risau tentang penampilan sendiri sehingga anda hilang keseimbangan.​—1 Samuel 16:7.

RANCANGANKU

  • Bagaimanakah saya dapat menjaga kesihatan saya dengan lebih baik?

  • Apakah aktiviti senaman yang sesuai bagi saya?

  • Jika kawan saya ingin menurunkan berat badan menggunakan cara yang keterlaluan, apakah yang akan saya lakukan?

ADA LAGI!

Pandangan Remaja Lain—Penampilan Diri

Tonton video Pandangan Remaja Lain terhadap Penampilan Diri di tv.jw.org/#ms. (Lihat VIDEO ATAS PERMINTAAN > REMAJA)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi