PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 15
  • Adakah Saya Terlalu Mementingkan Penampilan Saya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Saya Terlalu Mementingkan Penampilan Saya?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kuiz: Adakah saya terlalu mengutamakan penampilan saya?
  • “Mengapakah saya tidak puas hati dengan penampilan saya?”
  • “Perlukah saya mengubah penampilan saya?’’
  • Rahsia penampilan yang terbaik!
  • Kenapa Saya Terlalu Risau dengan Penampilan Saya?
    Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
  • Bagaimanakah Saya Dapat Kurangkan Berat Badan?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Dapat Memperoleh Dorongan untuk Bersenam?
    Kaum Muda Bertanya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 15

KAUM MUDA BERTANYA

Adakah Saya Terlalu Mementingkan Penampilan Saya?

  • Kuiz: Adakah saya terlalu mengutamakan penampilan saya?

  • Mengapakah saya tidak puas hati dengan penampilan saya?

  • Perlukah saya mengubah penampilan saya?

  • Rahsia penampilan yang terbaik!

  • Kisah Julia

Kuiz: Adakah saya terlalu mengutamakan penampilan saya?

  1. Pernyataan manakah yang menggambarkan perasaan kamu?

    • Saya tidak pernah puas hati dengan penampilan saya.

    • Saya kadangkala puas hati dengan penampilan saya.

    • Saya selalu puas hati dengan penampilan saya.

  2. Apakah yang ingin sekali kamu ubah pada tubuh kamu?

    • Ketinggian

    • Berat badan

    • Bentuk badan

    • Rambut

    • Warna kulit

    • Saiz otot

    • Lain-lain

  3. Lengkapkan ayat berikut:

    Saya berasa sangat tidak yakin . . .

    • apabila saya menimbang berat badan.

    • apabila saya melihat diri dalam cermin.

    • apabila saya membandingkan diri dengan orang lain (kawan, model, bintang filem).

  4. Lengkapkan ayat berikut:

    Saya menimbang berat badan . . .

    • setiap hari.

    • seminggu sekali.

    • sekali-sekala sahaja.

  5. Pernyataan manakah yang menggambarkan perasaan kamu?

    • Tidak puas hati dengan penampilan. (Sebagai contoh: “Setiap kali saya melihat diri dalam cermin, saya nampak orang yang gemuk dan hodoh. Saya pernah mengikat perut semata-mata untuk mengurangkan berat badan.”​—Serena.)

    • Puas hati dengan penampilan. (Sebagai contoh: “Memang selalu ada sesuatu yang kita tidak suka pada diri kita, tetapi ada sesetengah hal yang kita harus terima. Adalah tidak wajar untuk berasa risau terhadap sesuatu yang kita tidak boleh ubah.”​—Natanya.)

Bible menggalakkan kita agar ‘tidak menganggap diri lebih daripada yang sepatutnya.’ (Roma 12:3) Maka pada tahap tertentu, memang adalah wajar dan perlu untuk memberikan perhatian terhadap penampilan kita. Sebagai contoh, kita semua perlu memberus gigi dan menjaga kebersihan diri.

Tetapi bagaimana pula jika kamu selalu tawar hati dan tidak puas hati dengan penampilan kamu? Jika begitu, kamu mungkin tertanya-tanya . . .

“Mengapakah saya tidak puas hati dengan penampilan saya?”

Mungkin terdapat beberapa sebab. Antaranya:

  • Pengaruh media. “Kaum muda dibanjiri dengan gambar-gambar dalam media yang membuat mereka ingin sentiasa kelihatan sangat kurus dan cantik. Jadi, mereka akan berasa jijik terhadap diri jika gagal memiliki susuk tubuh yang sempurna.”​—Kellie.

  • Pengaruh ibu bapa. “Saya perhatikan bahawa jika seorang ibu terlalu mementingkan penampilan diri, anak perempuannya juga akan terikut-ikut dengan perangai ibu. Hal ini juga boleh berlaku antara bapa dengan anak lelaki.”​—Rita.

  • Kurang keyakinan diri. “Orang yang terlalu mementingkan penampilan ingin selalu dipuji. Akibatnya, kita akan berasa letih bergaul dengan orang sebegitu!”​—Jeanne.

Tidak kira apa alasannya, kamu mungkin tertanya-tanya . . .

“Perlukah saya mengubah penampilan saya?’’

Pertimbangkan kata-kata remaja lain.

“Memang ada hal yang tidak dapat kita ubah, jadi adalah lebih baik kita menerima diri kita seadanya. Jika kita buat begitu, orang lain pun tidak akan terlalu memerhatikan kekurangan kita.”​—Rori.

“Berusahalah untuk menjaga kesihatan kamu, supaya kamu kelihatan cantik. Jika orang hanya ingin bersahabat dengan kamu kerana penampilan kamu, dan bukannya kerana diri kamu yang sebenar, orang itu bukan sahabat kamu.”​—Olivia.

Pengajarannya: Berusahalah untuk menjaga penampilan kamu, tetapi janganlah terlalu risau. Terlalu khuatir tentang penampilan diri akan membahayakan kamu. (Lihat “Kisah Julia.”)

Namun begitu, kamu perlu mempunyai pandangan yang seimbang terhadap diri sendiri. Dengan itu, kamu dapat memiliki pandangan yang realistik seperti Erin. Dia berkata, “Saya memang pernah berasa bahawa diri saya kurang baik. Tetapi saya sedar bahawa jika saya hanya bertumpu kepada kekurangan saya, saya akan berasa tawar hati. Sekarang, saya bersenam secara tetap dan makan dengan seimbang. Hasilnya, keadaan saya bertambah baik!”

Rahsia penampilan yang terbaik!

Jika kamu memiliki pandangan yang seimbang mengenai penampilan diri, kamu akan berasa yakin dan kelihatan ceria. Bible dapat membantu kamu berbuat demikian kerana nasihatnya menggalakkan kamu untuk:

  • Berpuas hati. ‘Lebih baik kamu puas hati dengan apa yang ada pada kamu daripada sentiasa mengingini apa yang tidak kamu punyai. Semua itu seperti usaha mengejar angin.’​—Pengkhutbah 6:9, Alkitab Berita Baik.

  • Bersenam secara seimbang. ‘Senaman membawa sedikit manfaat.’​—1 Timotius 4:8, nota kaki.

  • Kecantikan batin. “Manusia melihat rupa luaran sedangkan Yehuwa melihat hati orang.”​—1 Samuel 16:7.

“Raut wajah kita dapat mencerminkan perasaan kita tentang diri sendiri. Jika kita berpuas hati dengan penampilan kita, orang lain dapat melihatnya dan terdorong untuk bersahabat dengan kita.”​—Sarah.

“Penampilan yang cantik memang dapat menarik perhatian orang. Tetapi orang akan lebih mengingati keperibadian dan sifat-sifat baik kita.”​—Phylicia.

Lihat juga Amsal 11:22; Kolose 3:​10, 12; 1 Petrus 3:​3, 4.

Kisah Julia

Semasa berusia 16 tahun, saya tidak puas dengan berat badan saya. Saya tidak terlalu gemuk, tetapi tidak juga kurus. Saya sedikit tembam. Saya berfikir bahawa jika badan saya langsing, lelaki pasti suka saya. Demi mencapai impian itu, saya pun mengikat perut.

Belakangan, saya memang berjaya menjadi kurus. Tetapi akibatnya, saya mengalami masalah kesihatan. Walaupun saya sudah sembuh, emosi saya masih terganggu. Sehingga hari ini, saya masih mempunyai pandangan yang salah mengenai makanan. Saya beransur-ansur menerima penampilan saya yang seadanya. Saya juga makan secara seimbang dan melakukan senaman. Tetapi apabila ada sesuatu yang membuat saya kecewa, saya terus tidak mahu makan sebagai hukuman pada diri sendiri.

Saya ingin memberitahu anak muda lain bahawa pandangan setiap orang berbeza-beza. Tidak kira apa pun penampilan kamu, pasti ada orang yang berasa kamu cantik manakala yang lain mungkin tidak berasa begitu. Namun hal yang terpenting ialah kamu sihat. Itulah yang paling diinginkan oleh orang yang benar-benar mengasihi kamu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi