PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 31
  • Musa dan Harun menemui Firaun

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Musa dan Harun menemui Firaun
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tiga Tulah yang Pertama
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Enam Tulah yang Seterusnya
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Tuhan Menyelamatkan Umat Israel
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Musa Memilih untuk Menyembah Yehuwa
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 31
Musa dan Harun menghadap Firaun

CERITA 31

Musa dan Harun Menemui Firaun

APABILA Musa sampai di Mesir, dia memberitahu abangnya Harun tentang mukjizat-mukjizat yang telah ditunjukkan oleh Tuhan kepadanya. Ketika Musa dan Harun melakukan mukjizat-mukjizat ini di hadapan orang Israel, mereka percaya bahawa Yehuwa menyertai mereka.

Selepas itu, Musa dan Harun pergi menemui Firaun. Mereka memberitahu Firaun, “Yehuwa, Tuhan Israel berkata, ‘Izinkan umat-Ku pergi ke padang belantara untuk menyembah-Ku selama tiga hari.’” Tetapi Firaun menjawab, “Beta tidak percaya akan Yehuwa, dan beta tidak akan mengizinkan orang Israel pergi.”

Firaun marah kerana orang Israel hendak berhenti kerja selama beberapa hari untuk menyembah Yehuwa. Jadi, dia memaksa orang Israel untuk bekerja dengan lebih keras lagi. Orang Israel menyalahkan Musa kerana mereka diperlakukan dengan kejam. Oleh itu, Musa berasa sangat sedih. Walau bagaimanapun, Yehuwa memberitahu Musa bahawa dia tidak perlu susah hati. Yehuwa berkata, “Aku akan memastikan bahawa Firaun membebaskan umat-Ku.”

Ular Harun menelan ular-ular lain

Musa dan Harun pergi berjumpa dengan Firaun sekali lagi. Kali ini mereka melakukan satu mukjizat. Harun mencampakkan tongkatnya ke tanah dan tongkat itu menjadi seekor ular yang besar. Orang berilmu di Mesir juga mencampakkan tongkat-tongkat mereka dan ular-ular juga muncul. Tetapi, lihat! Ular Harun sedang menelan ular-ular orang berilmu itu. Namun begitu, Firaun masih tidak mahu mengizinkan orang Israel pergi.

Jadi, sudah tiba masanya bagi Yehuwa untuk menunjukkan bahawa Dia lebih berkuasa daripada Firaun. Tahukah adik apa yang telah dilakukan oleh Yehuwa? Yehuwa membawa sepuluh tulah, atau kesusahan yang besar ke atas Mesir.

Selepas terjadinya beberapa tulah, Firaun menghantar orang untuk mendapatkan Musa. Dia berkata kepada Musa, “Hentikan tulah-tulah ini dan beta akan membebaskan orang Israel.” Tetapi apabila tulah-tulah itu dihentikan, Firaun berubah hati pula. Dia enggan mengizinkan orang Israel pergi. Walau bagaimanapun, selepas tulah yang kesepuluh, Firaun akhirnya menyuruh orang Israel pergi.

Adakah adik tahu akan kesemua sepuluh tulah yang dimaksudkan itu? Lihat muka surat yang berikut dan kita akan mempelajari tentang tulah-tulah itu.

Keluaran 4:27-31; 5:1-23; 6:1-12, 25-29; 7:1-13.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi