PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 76 ms. 180-ms. 181 per. 2
  • Yesus Membersihkan Rumah Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Membersihkan Rumah Tuhan
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Membersihkan Rumah Tuhan
    Buku Cerita Bible Saya
  • Semangat Yesus terhadap Ibadat Sejati
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Rumah Tuhan Disucikan Sekali Lagi
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 76 ms. 180-ms. 181 per. 2
Yesus menggunakan cemeti untuk menghalau binatang-binatang dari Rumah Tuhan, serta menterbalikkan meja dan menghamburkan duit syiling para penukar wang

CERITA 76

Yesus Membersihkan Rumah Tuhan

Sekitar bulan April tahun 30 M, Yesus pergi ke Yerusalem. Banyak orang mengunjungi kota itu untuk menyambut Perayaan Paska. Mereka mempersembahkan korban binatang sempena perayaan itu. Sesetengah orang membawa binatang sendiri. Yang lain pula membelinya di Yerusalem.

Apabila Yesus tiba di Rumah Tuhan, dia melihat orang yang menjual binatang di sana. Mereka sedang mencari keuntungan di Rumah Tuhan! Apakah yang akan dilakukan oleh Yesus? Dia membuat cemeti daripada tali, lalu menggunakannya untuk menghalau semua bebiri dan lembu dari situ. Dia menterbalikkan meja dan menghamburkan duit syiling para penukar wang. Yesus memberitahu mereka yang menjual burung merpati, “Bawa semua ini pergi dari sini! Jangan jadikan Rumah Bapaku sebagai tempat perniagaan!”

Orang terkejut apabila melihat apa yang dilakukan oleh Yesus. Pada masa itu, pengikutnya teringat akan nubuat tentang Mesias yang berbunyi, “Semangatku untuk Rumah Yehuwa akan berkobar-kobar.”

Kemudian, pada tahun 33 M, Yesus membersihkan Rumah Tuhan buat kali kedua. Dia tidak membiarkan sesiapa pun untuk menghina Rumah Bapanya.

“Kamu tidak dapat menjadi hamba Tuhan dan hamba Kekayaan pada masa yang sama.”​—Lukas 16:13

Soalan: Apakah yang dilakukan oleh Yesus apabila dia melihat orang menjual binatang di Rumah Tuhan? Mengapakah dia berbuat begitu?

Matius 21:12, 13; Markus 11:15-17; Lukas 19:45, 46; Yohanes 2:13-17; Mazmur 69:9

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi