Pengenalan kepada Bahagian 6
Di Tanah yang Dijanjikan, khemah suci menjadi pusat ibadat sejati. Imam-imam mengajar tentang Hukum Musa. Para hakim pula memimpin rakyat. Dalam bahagian ini, kita akan belajar bahawa keputusan dan kelakuan seseorang dapat mempengaruhi orang lain. Orang Israel harus setia kepada Yehuwa dan kepada satu sama lain. Tonjolkan teladan baik Debora, Naomi, Yosua, Hana, Samuel, dan anak perempuan Yefta. Selain itu, orang yang bukan berbangsa Israel, seperti Rahab, Rut, Yael, dan orang Gibeon, menyertai orang Israel kerana Yehuwa ada bersama bangsa itu.