PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • th pelajaran 8 ms. 11
  • Mengajar melalui Perumpamaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengajar melalui Perumpamaan
  • Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menggunakan Perumpamaan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Perumpamaan tentang Kerajaan di Syurga
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Tiga Petua untuk Menambah Baik Cara Anda Mengajar
    Kerja Teokratik Kita—2012
Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
th pelajaran 8 ms. 11

PELAJARAN 8

Mengajar melalui Perumpamaan

Ayat rujukan Bible

Matius 13:34, 35

RINGKASAN: Mantapkan ajaran anda dengan menggunakan perumpamaan mudah yang menonjolkan ajaran penting dan menyentuh hati.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Pilih perumpamaan yang mudah. Seperti Yesus, gunakan hal yang kecil untuk menjelaskan hal yang besar, dan hal yang mudah untuk menjelaskan hal yang rumit. Jangan menambahkan butiran yang tidak penting kepada perumpamaan. Pastikan ciri-ciri dalam perumpamaan anda bersesuaian dengan apa yang anda ajarkan supaya tidak kedengaran pelik dan menyimpangkan perhatian pendengar.

    Tip

    Perhatikan dunia di sekeliling, kaji bahan bacaan Kristian kita, dan dengar bagaimana guru yang mahir mengajar. Perhatikan perumpamaan yang berguna dan simpannya dalam fail.

  • Fikirkan pendengar anda. Pilih perumpamaan berdasarkan kegiatan dan minat pendengar. Pastikan perumpamaan anda tidak membuat mereka berasa malu atau tersinggung.

  • Ajarkan isi utama. Gunakan perumpamaan untuk mengajarkan isi utama, bukan butiran kecil. Pastikan pendengar anda bukan sahaja mengingati perumpamaan itu, tetapi juga pengajaran yang hendak disampaikan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi