PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w13 15/4 ms. 22-26
  • ‘Pastikan Perkara-Perkara yang Lebih Penting’

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • ‘Pastikan Perkara-Perkara yang Lebih Penting’
  • Menara Pengawal—2013
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • ORGANISASI YEHUWA DI SYURGA
  • ORGANISASI YEHUWA DI BUMI
  • BERTUMPU PADA “PERKARA YANG LEBIH PENTING”
  • IKUTLAH TELADAN ORGANISASI YEHUWA
  • Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • ‘Jangan Jemu Melakukan Perkara Baik’
    Menara Pengawal—2013
  • Yehuwa Sedang Membimbing Organisasi-Nya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Adakah Anda Bergerak Maju dengan Organisasi Yehuwa?
    Menara Pengawal—2014
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2013
w13 15/4 ms. 22-26

‘Pastikan Perkara-Perkara yang Lebih Penting’

“Kamu dapat memastikan perkara-perkara yang lebih penting.”​—FLP. 1:10, NW.

ISI-ISI UNTUK DIRENUNGKAN

  • Apakah keyakinan kita selepas membincangkan penglihatan Yesaya, Yehezkiel, dan Daniel?

  • Apakah yang kita pelajari daripada teladan organisasi Yehuwa di bumi?

  • Apakah tekad anda setelah membincangkan rencana ini?

1, 2. Apakah nubuat mengenai hari-hari terakhir yang pasti menarik minat murid-murid Yesus, dan mengapa?

KATA-KATA Yesus mengenai pembinasaan Rumah Tuhan bermain di minda Petrus, Yakobus, Yohanes, dan Andreas. (Mrk. 13:1-4) Apabila mereka bersendirian dengan Yesus, mereka bertanya, ‘Guru, beritahulah kami bila segala perkara ini akan berlaku? Apakah tanda yang akan menunjukkan masa kedatangan Guru dan akhir zaman?’ (Mat. 24:1-3) Lalu Yesus memberitahu mereka mengenai tanda hari-hari terakhir. Antaranya ialah peperangan, kebuluran, dan kejahatan. Tetapi ada satu tanda positif yang menarik minat para rasul, iaitu penyebaran berita baik tentang Kerajaan Tuhan ke seluruh dunia. Yesus mengatakan, ‘Berita baik tentang bagaimana Tuhan memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya. Setelah itu barulah tiba akhir zaman.’—Mat. 24:7-14, ABB.

2 Murid-murid Yesus gembira menginjil bersama Yesus. (Luk. 8:1; 9:1, 2) Namun Yesus berkata bahawa “tuaian sungguh banyak, tetapi yang menuai hanya sedikit. Berdoalah kepada Pemilik tuaian supaya Dia menghantar orang untuk menuai tuaian-Nya.” (Luk. 10:2) Bagaimanakah berita baik akan “dikhabarkan ke seluruh dunia”? Dan dari manakah pekerja-pekerja ini akan datang? Bayangkan jika murid Yesus boleh memerhatikan penggenapan Matius 24:14 yang berlaku sekarang, mereka pasti akan kagum!

3. Bagaimanakah Lukas 21:34 sedang digenapi hari ini? Dan apakah yang perlu anda tanya diri?

3 Kita sedang hidup pada zaman penggenapan nubuat Yesus. Jutaan orang telah menyertai kerja penyebaran sedunia. (Yes. 60:22) Namun Yesus juga memberitahu bahawa bertumpu pada kerja penyebaran bukanlah senang bagi sesetengah orang. Ramai akan “khuatir akan kehidupan.” (Baca Lukas 21:34.) Ya hal ini memang terbukti benar sekarang. Tumpuan ramai orang terpesong kepada kerjaya, pendidikan tinggi, dan mengumpulkan harta benda. Banyak masa juga diluangkan dalam sukan dan hiburan. Yang lain pula berasa tertekan kerana kehidupan seharian mereka. Bagaimana pula dengan anda? Adakah keputusan anda menunjukkan bahawa anda sedang mengutamakan kerja penyebaran?

4. (a) Apakah doa Paulus bagi orang Kristian di Filipi, dan mengapa? (b) Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini dan yang seterusnya? Bagaimanakah rencana-rencana ini akan membantu kita?

4 Orang Kristian pada abad pertama perlu berusaha dengan keras untuk mengutamakan hal-hal rohani. Paulus berdoa bagi sidang di Filipi supaya mereka “dapat memastikan perkara-perkara yang lebih penting.” (Flp. 1:9-11, NW) Seperti Paulus, ramai pada abad pertama ‘berani mengkhabarkan berita baik tanpa berasa takut.’ (Flp. 1:12-14) Begitu juga hari ini, kita menginjil dengan berani. Jika kita berfikir tentang pencapaian organisasi Yehuwa, kita akan dibantu untuk mengutamakan kerja penyebaran. Rencana ini akan membincangkan aturan-aturan Yehuwa untuk menggenapi nubuat di Matius 24:14. Apakah yang sedang dilakukan oleh organisasi Yehuwa? Bagaimanakah hal ini akan mendorong kita dan keluarga kita?

ORGANISASI YEHUWA DI SYURGA

5, 6. (a) Mengapakah Yehuwa memberi penglihatan tentang organisasi-Nya di syurga? (b) Apakah penglihatan Yehezkiel?

5 Ada banyak perkara yang tidak terkandung dalam Bible. Yehuwa tidak memberitahu kita secara terperinci tentang alam semesta atau cara otak kita berfungsi, meskipun hal itu mempesonakan. Tetapi, Bible menyingkapkan tujuan Tuhan dan cara untuk hidup selaras dengannya. (2 Tim. 3:16, 17) Menarik sekali, Bible juga membenarkan kita untuk melihat sekilas pandang organisasi Yehuwa di syurga yang tidak kelihatan. Kita berasa teruja semasa membaca tentang penglihatan dalam buku Yesaya, Yehezkiel, Daniel, dan Wahyu. (Yes. 6:1-4; Yeh. 1:4-14, 22-24; Dan. 7:9-14; Why. 4:1-11) Yehuwa bagaikan membuka tirai supaya kita dapat menjenguk ke dalam syurga. Mengapakah Dia berbuat demikian?

6 Yehuwa mahu kita ingat bahawa kita adalah sebahagian daripada organisasi-Nya. Walaupun tidak kelihatan, ada banyak perkara yang dilakukan di syurga untuk melaksanakan kehendak Tuhan. Sebagai contoh, dalam penglihatan Yehezkiel, organisasi Tuhan digambarkan sebagai kenderaan yang amat besar. Pergerakan kenderaan ini sangat pantas. (Yeh. 1:15-21) Hanya satu pusingan rodanya boleh mencapai jarak yang jauh. Haluan pergerakannya boleh berubah dengan serta-merta. Yehezkiel juga nampak Pemandu kenderaan itu yang ‘kelihatan bersinar-sinar seperti gangsa di tengah nyala api. Sinaran itu terang-benderang dengan warna-warna pelangi. Cahaya berkilauan itu menunjukkan hadirat Yehuwa.’ (Yeh. 1:25-28) Yehezkiel pasti berasa kagum untuk melihat organisasi Yehuwa dikawal dengan sepenuhnya oleh Yehuwa menerusi daya aktif. Penglihatan yang menakjubkan ini menunjukkan bahawa organisasi Yehuwa sedang bergerak maju.

7. Bagaimanakah penglihatan Daniel membina keyakinan kita?

7 Penglihatan Daniel juga memberikan keyakinan kepada kita. Daniel diberi penglihatan tentang Yehuwa “yang hidup selama-lamanya.” Takhta-Nya bernyala-nyala dengan api dan mempunyai roda. (Dan. 7:9) Yehuwa ingin Daniel melihat organisasi-Nya sedang bergerak maju dan melaksanakan kehendak-Nya. Daniel juga “nampak sesuatu yang seperti manusia,” iaitu Yesus, yang diberikan tanggungjawab untuk memimpin organisasi Yehuwa di bumi. Pemerintahan Yesus yang sempurna ‘akan kekal, dan tidak akan berakhir.’ (Dan. 7:13, 14) Penglihatan ini mendorong kita untuk percaya kepada Yehuwa dan menyedari pencapaian-Nya. Oleh sebab Yehuwa memberikan “kuasa, kehormatan, dan kedaulatan” kepada Yesus, kita juga mempercayai pimpinan Yesus.

8. Bagaimanakah penglihatan yang diberikan oleh Yehuwa mempengaruhi Yehezkiel dan Yesaya? Dan bagaimanakah kita dipengaruhi?

8 Bagaimanakah penglihatan organisasi Yehuwa yang tidak kelihatan mempengaruhi kita? Seperti Yehezkiel, kita pasti berasa kagum dengan pencapaian Yehuwa. (Yeh. 1:28) Selain itu, merenungkan organisasi Yehuwa boleh mendorong kita untuk bertindak. Apabila Yesaya diberi peluang untuk menyebarkan kehendak Yehuwa, dia menerimanya tanpa teragak-agak. (Baca Yesaya 6:5, 8.) Yesaya yakin bahawa Yehuwa akan menyokongnya sewaktu dia menghadapi cabaran. Begitu juga hari ini, penglihatan tentang organisasi Yehuwa di syurga patut membangkitkan rasa kagum dan mendorong kita untuk bertindak. Sememangnya kita amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada organisasi ini yang sibuk melaksanakan kehendak Yehuwa tanpa henti!

ORGANISASI YEHUWA DI BUMI

9, 10. Mengapakah organisasi Tuhan di bumi diperlukan?

9 Melalui anak-Nya, Yehuwa telah menubuhkan sebuah organisasi di bumi yang bekerjasama dengan organisasi-Nya di syurga. Mengapakah organisasi Tuhan di bumi diperlukan untuk menjalankan kerja yang dinubuatkan di Matius 24:14? Terdapat tiga sebab.

10 Pertama, Yesus mengatakan bahawa kerja penyebaran perlu dilaksanakan “sampai ke hujung bumi.” (Kis. 1:8) Kedua, bahan bacaan dan galakkan perlu diberikan kepada mereka yang menjalankan kerja penyebaran. (Yoh. 21:15-17) Ketiga, mereka perlu mengadakan perjumpaan supaya dapat menyembah Yehuwa bersama dan belajar cara menginjil. (Ibr. 10:24, 25) Semua hal ini tidak dapat berlaku secara kebetulan. Sebaliknya, pengikut Yesus perlu diaturkan dengan teliti untuk berjaya.

11. Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita menyokong aturan organisasi Yehuwa?

11 Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita menyokong aturan organisasi Yehuwa? Adalah penting untuk mempercayai saudara-saudara yang dilantik oleh Yehuwa dan Yesus untuk mengambil pimpinan. Saudara-saudara ini boleh menghabiskan masa dan tenaga untuk melakukan banyak perkara di dunia. Tetapi mereka tidak berbuat demikian. Sekarang mari kita bincangkan apa yang selalu menjadi tumpuan organisasi Tuhan di bumi.

BERTUMPU PADA “PERKARA YANG LEBIH PENTING”

12, 13. Bagaimanakah para penatua menjalankan tugas mereka? Dan mengapakah hal ini menggalakkan anda?

12 Para penatua yang berpengalaman di seluruh dunia dilantik untuk mengatur kerja penyebaran di negara mereka. Semasa membuat keputusan, mereka akan merujuk kepada Firman Tuhan, yang bagaikan ‘pelita untuk membimbing, dan cahaya yang menerangi jalan.’ Mereka juga berdoa bersungguh-sungguh meminta bimbingan Yehuwa.—Mzm. 119:105; Mat. 7:7, 8.

13 Seperti saudara yang mengambil pimpinan pada abad pertama, penatua hari ini mengutamakan kerja ‘memberitakan perkhabaran daripada Tuhan.’ (Kis. 6:4) Semasa penatua melihat kemajuan dalam kerja penyebaran di negara tempatan dan seluruh dunia, mereka berasa sangat gembira. (Kis. 21:19, 20) Penatua tidak menetapkan banyak peraturan. Sebaliknya mereka mengikut bimbingan dari Bible dan daya aktif Tuhan supaya kerja penyebaran berjalan dengan lancar. (Baca Kisah 15:28.) Dengan demikian, penatua menyediakan teladan yang baik dalam sidang.—Ef. 4:11, 12.

14, 15. (a) Apakah aturan yang diadakan untuk menyokong kerja penyebaran? (b) Apakah perasaan anda semasa mengambil bahagian dalam kerja-kerja yang menyokong aktiviti penyebaran sedunia?

14 Tanpa disedari ramai, banyak kerja sedang dilakukan untuk menyediakan makanan rohani dalam bentuk bahan bacaan, perjumpaan, dan konvensyen. Sebenarnya, ribuan sukarelawan bekerja keras untuk menterjemahkan makanan rohani ke dalam lebih daripada 600 bahasa. Hasilnya, ramai dapat mempelajari ‘hal-hal luar biasa yang dilakukan oleh Tuhan’ dalam bahasa sendiri. (Kis. 2:7-11) Saudara saudari muda menyediakan bahan bacaan dengan menggunakan mesin cetak berkelajuan tinggi dan mesin menjilid buku. Bahan bacaan ini kemudiannya diagihkan ke serata dunia termasuk ke sidang-sidang terpencil.

15 Banyak aturan diadakan supaya kita boleh bertumpu pada kerja penyebaran bersama sidang kita. Contohnya, ribuan sukarelawan melakukan kerja pembinaan Dewan Perjumpaan dan Dewan Perhimpunan, membantu orang yang mengalami bencana alam atau kecemasan perubatan, mengaturkan perhimpunan dan konvensyen, serta mengajar di sekolah-sekolah teokratik. Apakah tujuan semua kerja ini? Untuk menyokong aktiviti penyebaran, menjaga keperluan rohani sukarelawan, dan memajukan ibadat sejati. Adakah organisasi Yehuwa di bumi bertumpu pada “perkara yang lebih penting”? Sudah tentu!

IKUTLAH TELADAN ORGANISASI YEHUWA

16. Apakah projek pembelajaran yang bagus bagi anda dan keluarga?

16 Adakah anda sering mengambil masa untuk merenungkan kerja yang dilakukan oleh organisasi Yehuwa? Mungkin anda boleh melakukan hal ini semasa mengadakan penyembahan keluarga atau pembelajaran peribadi. Penglihatan yang diberikan kepada Yesaya, Yehezkiel, Daniel, dan Yohanes adalah menyeronokkan jika dikaji. Buku Jehovah’s Witnesses—Proclaimers of God’s Kingdom dan bahan bacaan lain serta DVD juga boleh menyerlahkan banyak perkara menarik mengenai organisasi Yehuwa.

17, 18. (a) Bagaimanakah rencana ini telah membantu anda? (b) Apakah soalan-soalan yang boleh anda tanya diri?

17 Kita akan meraih manfaat jika kita merenungkan pencapaian organisasi Yehuwa. Marilah kita mengikut teladan organisasi Yehuwa yang menakjubkan dengan bertumpu pada “perkara yang lebih penting.” Dengan demikian, kita akan berasa seperti Paulus yang berkata, ‘Kami tahu bahawa kerana belas kasihan Tuhan, Dia sudah mengurniai kami tugas ini. Oleh itu kami tidak patah semangat.’ (2 Kor. 4:1, ABB) Dia telah menggalakkan rakan sekerjanya dengan berkata, “Janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya.”—Gal. 6:9.

18 Adakah anda perlu melakukan perubahan secara individu atau dalam keluarga untuk “memastikan perkara yang lebih penting”? Bolehkah anda menyederhanakan hidup atau mengurangkan aktiviti yang akan mengganggu kerja penyebaran anda? Rencana yang seterusnya akan membincangkan lima perkara yang membantu kita bergerak selaras dengan organisasi Yehuwa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi