PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w13 15/6 ms. 32
  • Ingatkah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ingatkah Anda?
  • Menara Pengawal—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Janganlah Kita Menyalahgunakan Bible
    Menara Pengawal—2012
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal—2013
  • Janganlah Menjauhkan Diri daripada Yehuwa
    Menara Pengawal—2013
  • Orang Mati Akan Hidup Semula!
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2013
w13 15/6 ms. 32

INGATKAH ANDA?

Sudahkah anda membaca isu-isu majalah pembelajaran yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Apakah itu bibliomancy, dan bagaimanakah orang Kristian memandangnya?

Bibliomancy merupakan amalan membuka Bible secara rawak dan membaca ayat pertama yang dilihat. Pembaca percaya bahawa apa yang dibaca ialah pedoman yang diperlukannya. Sudah tentu, ini bukanlah cara yang digunakan oleh orang Kristian untuk mendapatkan pedoman Bible. Sebaliknya, mereka mengkaji Bible untuk memperoleh pengetahuan yang tepat dan bimbingan daripada Tuhan.—12/15, muka 3.

Apakah beberapa aspek yang harus kita jaga supaya tidak menjauhkan diri daripada Tuhan?

Antaranya ialah pekerjaan dan kerjaya kita, rekreasi dan hiburan yang kita pilih, hubungan kita dengan ahli keluarga yang disingkirkan, penggunaan alat teknologi yang moden, kekhuatiran tentang kesihatan, sikap kita terhadap wang, dan sikap terlalu memandang tinggi pada pendapat atau kedudukan sendiri.—1/15, muka 12-21.

Apakah maksud bahawa hati orang Israel tidak setia?

Ini bermaksud bahawa hati mereka degil dan suka melawan. Mereka perlu menyingkirkan fikiran, keinginan, atau niat yang menyebabkan mereka mengingkari Tuhan. (Yer. 5:23, 24)—3/15, muka 9-10.

Organisasi Yehuwa di bumi merangkumi apa?

Organisasi Yehuwa merangkumi Badan Pimpinan, jawatankuasa cawangan, penyelia lawatan, badan penatua, sidang, dan penyiar.—4/15, muka 29.

Adakah orang Israel menghukum mati penjenayah dengan menggantung mereka pada tiang?

Tidak. Banyak bangsa pada zaman kuno melakukan begitu, tetapi bukan bangsa Israel. Menurut Kitab Ibrani, penjenayah dibunuh dahulu, contohnya dengan direjam. (Im. 20:2, 27) Kemudian, barulah mayatnya digantung pada tiang sebagai suatu amaran kepada orang lain.—5/15, muka 13.

Bagaimanakah ibu bapa boleh menerapkan nasihat di Yakobus 1:19?

Ungkapan Bible “cepat mendengar” bermaksud memberikan perhatian penuh terhadap apa yang anak katakan dan cara mereka mengatakannya. Nada suara, gerak-geri, dan ekspresi muka adalah petanda yang menunjukkan perasaan anak. Dengan demikian, ibu bapa dapat mengetahui perasaan sebenar anak, terutamanya apabila membincangkan topik yang sensitif.—5/15, muka 21.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi