PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/1 ms. 16
  • Jawapan Bible

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jawapan Bible
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Terbaik untuk Menghadapi Ketidakadilan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Adakah Seruan untuk Meminta Keadilan Akan Dijawab?
    Topik-Topik Lain
  • “Adakah Tuhan Tidak Adil?”
    Hampirilah Yehuwa
  • Cara Menghadapi Ketidakadilan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2014
w14 1/1 ms. 16
Seorang wanita dan anak yang hidup dalam keadaan amat miskin

JAWAPAN BIBLE

Apakah keperibadian Tuhan?

Tuhan ialah roh. Dia menciptakan syurga, bumi, dan semua benda hidup. Tiada siapa pun yang menciptakan Tuhan—Dia tidak ada permulaan. (Mazmur 90:2) Tuhan mahu orang mencari dan mengetahui kebenaran tentang Dia.—Baca Kisah 17:24-27.

Kita boleh mengenali Tuhan melalui nama-Nya. Kita juga boleh memahami sifat-sifat-Nya dengan merenungkan ciptaan-Nya. (Roma 1:20) Tetapi, agar dapat mengenal Tuhan dengan lebih mendalam, kita perlu mempelajari Firman-Nya, iaitu Bible. Dengan demikian, kita dapat mengenal keperibadian Tuhan yang pengasih.—Baca Mazmur 103:7-10.

Apakah perasaan Tuhan terhadap ketidakadilan?

Pencipta kita, Yehuwa, membenci ketidakadilan. Dia telah menciptakan manusia menurut imej-Nya. (Ulangan 25:16) Itulah sebabnya ramai di antara kita benci ketidakadilan. Ketidakadilan di sekeliling kita bukan disebabkan oleh Tuhan. Dia telah memberikan manusia kebebasan untuk membuat pilihan. Malangnya, ramai orang menyalahgunakan kebebasan ini dan mengamalkan ketidakadilan. Mereka menyakiti hati Yehuwa.—Baca Kejadian 6:5, 6; Ulangan 32:4, 5.

Yehuwa mencintai keadilan, Dia tidak akan membenarkan ketidakadilan untuk terus berlaku. (Mazmur 37:28, 29) Bible berjanji bahawa tidak lama lagi Tuhan akan mengakhiri ketidakadilan.—Baca 2 Petrus 3:7-9, 13.

Bible berjanji bahawa Tuhan akan membawa keadilan kepada semua orang

Untuk maklumat lanjut, lihat bab 1, buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa

Juga terdapat di www.jw.org/ms

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi