PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/4 ms. 16
  • Jawapan Bible

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jawapan Bible
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2014
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2015
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
    Apa Itu Kerajaan Tuhan?
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2015
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2014
w14 1/4 ms. 16
Tangan Yesus memegang sehelai kain, seolah-olah sedang membersihkan bumi

JAWAPAN BIBLE

Apakah yang akan Yesus lakukan pada masa depan?

Pada tahun 33 M, Yesus mati, dibangkitkan, dan naik ke syurga. Kemudian, Yesus diberi kuasa untuk memerintah sebagai Raja. (Daniel 7:​13, 14) Pada masa depan, Yesus akan mewujudkan kedamaian dunia dan melenyapkan kemiskinan.​—Baca Mazmur 72:7, 8, 13.

Sebagai Raja, Yesus akan membersihkan bumi daripada kejahatan

Sebagai Pemerintah manusia, Yesus akan melakukan banyak hal yang menakjubkan. Dia akan menggunakan kuasa yang diberi oleh Bapanya untuk menjadikan manusia sempurna semula. Mereka akan menikmati kehidupan di bumi tanpa menjadi tua dan mati.​—Baca Yohanes 5:26-29; 1 Korintus 15:25, 26.

Apakah yang sedang Yesus lakukan?

Yesus sedang membimbing aktiviti penyebaran sedunia yang dilakukan oleh pengikut sejatinya. Mereka mengunjungi orang dan menunjukkan apa yang Bible kata tentang Kerajaan Tuhan. Yesus berkata bahawa dia akan terus menyokong kerja yang dilakukan oleh pengikutnya sehingga Kerajaan Tuhan mengakhiri pemerintahan manusia.​—Baca Matius 24:14; 28:19, 20.

Yesus sedang membimbing orang ke arah hidup yang lebih baik melalui sidang Kristian sejati. Dia akan terus membimbing mereka mengharungi pembinasaan sistem dunia ini ke dunia baru yang Tuhan janjikan.​—Baca 2 Petrus 3:7, 13; Wahyu 7:17.

Untuk maklumat lanjut, lihat bab 8 buku ini, Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa

Juga terdapat di www.jw.org/ms

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi