PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • T-36 ms. 1-4
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?
    Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?
  • Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?
    Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?
  • Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?
    Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?
  • Adakah Kita Akan Terus Menderita?
    Adakah Kita Akan Terus Menderita?
Lihat Selanjutnya
Apa Itu Kerajaan Tuhan?
T-36 ms. 1-4
Orang dari pelbagai latar belakang berdoa untuk kedatangan Kerajaan Tuhan

Apa Itu Kerajaan Tuhan?

Adakah anda menjawab . . .

  • sesuatu di dalam hati?

  • sebuah tempat di syurga?

  • sebuah kerajaan di syurga?

JAWAPAN BIBLE

“Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak dapat dimusnahkan.”​—Daniel 2:44, Terjemahan Dunia Baharu.

“Seorang anak lelaki telah dikurniakan kepada kita. Dia akan memikul tugas sebagai pemerintah.”​—Yesaya 9:6.

BIBLE MEMBANTU ANDA

  • Mengenali sebuah kerajaan yang akan membawa manfaat bagi anda.​—Yesaya 48:17, 18.

  • Memiliki harapan untuk hidup sihat dan sejahtera dalam dunia yang baharu.​—Wahyu 21:3, 4.

Orang berkebun dan menikmati kehidupan di bumi firdaus yang diperintah oleh Kerajaan Tuhan

BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat dua sebab berikut:

  • Yesus menunjukkan apa yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Tuhan. Yesus mengajar pengikutnya untuk berdoa supaya Kerajaan Tuhan datang dan supaya kehendak Tuhan terlaksana di bumi. (Matius 6:9, 10) Yesus telah menunjukkan bagaimana doa itu akan dijawab.

    Semasa Yesus berada di bumi, dia memberikan makanan kepada orang yang lapar, menyembuhkan orang yang sakit, dan membangkitkan orang mati! (Matius 15:29-38; Yohanes 11:38-44) Memandangkan Yesus akan menjadi Raja Kerajaan Tuhan, apa yang dilakukannya di bumi menunjukkan manfaat yang bakal dinikmati oleh rakyat Kerajaan Tuhan.​—Wahyu 11:15.

  • Keadaan dunia membuktikan bahawa Kerajaan Tuhan akan datang tidak lama lagi. Yesus menubuatkan bahawa bumi kita akan dilanda perang, kebuluran, dan gempa bumi sebelum Kerajaan Tuhan membawa kedamaian ke bumi.​—Matius 24:3, 7.

    Semua perkara itu berlaku di depan mata kita sekarang. Jadi kita boleh berasa yakin bahawa Kerajaan Tuhan akan mengakhiri semua masalah kita tidak lama lagi.

CUBA FIKIRKAN

Bumi yang indah yang diperintah oleh Kerajaan Tuhan

Apakah keadaan hidup di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan?

Bible memberikan jawapannya di MAZMUR 37:29 dan YESAYA 65:21-23.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi