PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 15/2 ms. 15-18
  • Tetap Bersemangat dalam Aktiviti Penyebaran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tetap Bersemangat dalam Aktiviti Penyebaran
  • Menara Pengawal—2015
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • BANTU PENYIAR BARU
  • BERBUAL BERSAMA TEMAN MENGINJIL
  • TINGKATKAN MUTU PEMBELAJARAN PERIBADI
  • SUDI MENCUBA SESUATU YANG BARU
  • TETAPKAN MATLAMAT YANG BOLEH DICAPAI
  • Adakah Anda Melaksanakan Tugas Anda dengan Sepenuhnya?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Cara Melatih Penyiar Baru untuk Menjalankan Kerja Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Memelihara Sikap yang Positif terhadap Kerja Penyebaran Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Tirulah Semangat Yesus dalam Kerja Penyebaran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2015
w15 15/2 ms. 15-18
Seorang penyiar menghadapi situasi ini: 1. Orang tiada di rumah; 2. Penghuni rumah tidak minat; 3. Penghuni rumah marah

Tetap Bersemangat dalam Aktiviti Penyebaran

MENGINJIL tentang berita baik merupakan kerja yang paling penting hari ini. Kerja ini merupakan suatu penghormatan kerana kita mewakili Yehuwa. Namun ada kalanya, para perintis dan penyiar berasa susah untuk terus bersemangat dalam kerja penyebaran. Mengapa?

Seorang penyiar mengetuk pintu sambil tersenyum

Cara untuk tetap bersemangat dalam aktiviti penyebaran

Sesetengah penyiar berasa bahawa mereka tidak dapat berjumpa dengan banyak orang kerana ramai orang tiada di rumah. Meskipun mereka ada di rumah, mereka mungkin tidak berminat terhadap mesej Kerajaan atau marah terhadap kita. Penyiar lain pula risau kerana mempunyai kawasan penyebaran yang luas dan terlalu ramai orang yang berminat. Sesetengah penyiar pula telah menginjil selama bertahun-tahun, tetapi berasa kecewa kerana akhir sistem dunia ini masih belum tiba.

Cabaran sebegini memang dapat melunturkan semangat kita dalam kerja penyebaran. Kita semua hidup di dunia yang “berada di bawah kuasa Si Jahat,” iaitu Syaitan Si Iblis. Maka tidak hairanlah kita menghadapi cabaran semasa mengkhabarkan berita baik.—1 Yoh. 5:19.

Tidak kira apa cabaran yang anda hadapi dalam aktiviti penyebaran, anda boleh yakin bahawa Yehuwa akan membantu anda mengatasinya. Namun, apakah yang dapat membantu anda untuk tetap bersemangat dalam aktiviti penyebaran? Mari kita bincangkan beberapa cadangan.

BANTU PENYIAR BARU

Penyiar yang lebih berpengalaman mengajar seorang penyiar yang kurang berpengalaman

Setiap tahun, beribu-ribu orang dibaptiskan sebagai Saksi-Saksi Yehuwa. Jika anda baru dibaptis, anda dapat belajar daripada mereka yang sudah menginjil selama bertahun-tahun. Jika anda ialah penyiar yang berpengalaman, bolehkah anda melatih penyiar yang baru? Hal ini akan membawa kepuasan hati.

Yesus tahu bahawa para pengikutnya memerlukan bimbingan untuk menjadi guru yang mahir. Jadi dia mengajar mereka cara untuk menginjil. (Luk. 8:1) Pada hari ini, penyiar yang baru juga memerlukan latihan yang sama untuk menjadi penyiar yang mahir.

Kita tidak patut menganggap bahawa penyiar baru akan menjadi mahir hanya dengan keluar menginjil. Dia memerlukan bimbingan peribadi daripada seseorang yang baik hati. Penyiar yang berpengalaman harus mengajarnya cara untuk (1) membuat persiapan dan latihan bagi penyampaiannya, (2) mengadakan perbualan, (3) menawarkan bahan bacaan, (4) membuat kunjungan kembali, dan (5) memulakan pembelajaran Bible. Penyiar baru dapat menjadi mahir jika dia memerhatikan dan meniru cara penyiar yang berpengalaman mengajar. (Luk. 6:40) Penyiar baru akan berasa lebih yakin jika dia tahu ada orang yang bersedia untuk membantunya. Pujian dan cadangan juga dapat membantu penyiar yang baru.—Pkh. 4:9, 10.

BERBUAL BERSAMA TEMAN MENGINJIL

Penyiar berbual dengan teman menginjil

Anda tentu berusaha untuk berbual dengan penghuni rumah. Namun, ada kalanya anda boleh menikmati perbualan yang baik dengan teman menginjil anda. Ingatlah bahawa Yesus mengutus para pengikutnya “secara berpasangan.” (Luk. 10:1) Semasa menginjil bersama, mereka saling menggalakkan dan mendorong satu sama lain. Kita mempunyai peluang yang baik untuk saling menggalakkan semasa kita menginjil bersama saudara saudari.—Rm. 1:12.

Apakah topik yang boleh dibualkan dengan teman menginjil? Mungkinkah salah seorang daripada anda mempunyai pengalaman yang baik baru-baru ini? Adakah anda mempelajari sesuatu yang menarik semasa pembelajaran peribadi atau penyembahan keluarga? Adakah anda terdengar sesuatu yang menggalakkan semasa perjumpaan? Ada masanya, anda juga boleh menginjil dengan seorang penyiar yang anda tidak seberapa kenal. Tanyalah bagaimana dia mendapat kebenaran dan apakah yang meyakinkan dia bahawa ini ialah organisasi Yehuwa? Apakah peluang istimewa atau pengalaman yang pernah dia nikmati? Anda juga boleh mengongsi sesetengah pengalaman anda dengannya. Tidak kira apa sambutan yang diterima semasa aktiviti penyebaran, kita mempunyai peluang untuk terus “menguatkan satu sama lain” semasa menginjil bersama.—1 Tes. 5:11.

TINGKATKAN MUTU PEMBELAJARAN PERIBADI

Penyiar melakukan pembelajaran peribadi

Untuk mengekalkan semangat kita dalam aktiviti penyebaran, kita perlu mempertingkatkan mutu pembelajaran peribadi. “Hamba yang setia dan bijaksana” telah memberi kita banyak maklumat mengenai topik-topik yang boleh dipelajari. (Mat. 24:45) Mari kita bincangkan satu contoh topik yang sesuai untuk pembelajaran peribadi: Mengapakah aktiviti penyebaran penting? Sebab-sebabnya terdapat di kotak “Mengapa Tetap Bersemangat dalam Aktiviti Penyebaran?”

Dengan mengkaji isi-isi yang disenaraikan dalam kotak tersebut, anda akan didorong untuk terus menginjil dengan bersemangat. Sebagai projek pembelajaran, kajilah ayat Bible dan senaraikan sebab-sebab mengapa kita perlu menginjil dengan lebih bersemangat. Kemudian renungkan sebab-sebab tersebut. Dengan berbuat demikian, semangat anda terhadap aktiviti penyebaran akan dikuatkan.

SUDI MENCUBA SESUATU YANG BARU

Dua penyiar mempersiapkan penyampaian bagi kerja penyebaran

Organisasi Yehuwa sering mencadangkan cara untuk meningkatkan kemahiran kita dalam aktiviti penyebaran. Contohnya, selain daripada menginjil dari rumah ke rumah, kita juga boleh menginjil menerusi surat, telefon, di tempat awam, kawasan perniagaan, dan secara tidak formal. Kita juga boleh mengatur untuk menginjil di kawasan yang jarang dikunjungi.

Adakah anda sudi mencuba sesuatu yang baru? Kebanyakan orang telah mencuba cadangan-cadangan ini dan berjaya. Mari kita lihat tiga contoh.

Seorang saudari yang bernama April ingin mencuba cadangan daripada Kerja Teokratik Kita tentang cara memulakan pembelajaran Bible. Dia menawarkan pembelajaran Bible kepada tiga orang rakan sekerjanya. April berasa teruja kerana mereka bertiga bersetuju untuk belajar dan mula menghadiri perjumpaan.

Kita juga digalakkan untuk mencari orang yang berminat akan rencana tertentu dalam majalah kita. Contohnya, semasa majalah Awake! memaparkan topik mengenai tayar, seorang penyelia litar di Amerika Syarikat menawarkan majalah itu kepada semua pengurus kedai tayar di kawasan tertentu. Dia dan isterinya juga menawarkan majalah yang bertajuk “Memahami Doktor Anda” kepada lebih daripada 100 buah pejabat doktor. Penyelia litar itu berkata bahawa usaha sebegini membantu orang untuk lebih mengenali kita dan bahan bacaan kita. Selepas mengenali orang di kawasan itu dengan lebih baik, penyelia litar dan isterinya dapat membuat lebih banyak kunjungan kembali.

Seorang saudari bernama Judy menulis kepada ibu pejabat sedunia kerana dia bersyukur atas cadangan untuk memberikan kesaksian menerusi telefon. Dia menyatakan bahawa ibunya yang berusia 86 tahun mempunyai banyak masalah kesihatan, tetapi ibunya dapat menginjil menerusi telefon. Hasilnya, dia telah memulakan pembelajaran Bible dengan seorang wanita yang berumur 92 tahun!

Cadangan-cadangan dalam bahan bacaan kita memang berkesan. Cubalah gunakannya kerana hal ini dapat membantu anda lebih bersukacita dan bersemangat dalam aktiviti penyebaran!

TETAPKAN MATLAMAT YANG BOLEH DICAPAI

Apakah yang menentukan sama ada aktiviti penyebaran kita berkesan atau tidak? Hal ini tidak bergantung pada jumlah bahan bacaan yang ditawarkan, jumlah pelajar Bible, atau jumlah orang yang kita bantu menjadi Saksi-Saksi Yehuwa. Fikirlah tentang Nuh. Selain daripada keluarganya, siapa lagi yang menjadi umat Yehuwa? Namun, dia memang merupakan penginjil yang berkesan! Yang penting ialah kita berkhidmat kepada Yehuwa dengan setia.—1 Kor. 4:2.

Ramai penyiar sedar bahawa dengan menetapkan matlamat dalam kerja penyebaran, mereka lebih menikmati kerja menginjil. Apakah beberapa matlamat yang bagus? Lihatlah cadangan dalam kotak “Tetapkan Matlamat yang Boleh Dicapai.”

Berdoalah kepada Yehuwa untuk membantu anda dalam kerja penyebaran. Apabila anda mencapai matlamat yang ditetapkan, anda akan berasa puas hati kerana telah berusaha sedaya upaya dalam aktiviti penyebaran.

Memang benar, kerja penyebaran bukanlah perkara yang senang. Namun anda boleh melakukannya dengan bersemangat. Cubalah berbual dengan teman menginjil, lakukanlah pembelajaran peribadi dengan tetap dan mendalam, gunakanlah cadangan daripada hamba yang setia dan bijaksana, dan tetapkanlah matlamat yang munasabah. Yang paling penting, ingatlah bahawa kerja menyebarkan berita baik sebagai Saksi-Saksi Yehuwa merupakan suatu penghormatan. (Yes. 43:10) Sudah pasti anda akan bersukacita jika anda tetap bersemangat dalam aktiviti penyebaran.

MENGAPA TETAP BERSEMANGAT DALAM AKTIVITI PENYEBARAN

  • Kerja penyebaran merupakan nubuat Bible yang sedang menjadi kenyataan.—Mrk. 13:10.

  • Kita menunjukkan bahawa kita mematuhi perintah Yesus apabila kita menginjil kepada orang.—Mat. 28:19, 20.

  • Yehuwa mahu kita memberikan amaran kepada orang jahat.—Yeh. 3:19.

  • Kita wajib mengongsi berita baik kepada orang lain.—Kis. 20:26, 27; Rm. 1:14, 15.

  • Kita bebas daripada berhutang darah.—Yeh. 3:18.

  • Kita perlu mengajarkan kebenaran Bible untuk menyelamatkan diri sendiri dan orang lain.—1 Tim. 4:16.

  • Kita menyembah Yehuwa dengan bercakap tentang-Nya dan memuji-Nya.—Ibr. 13:15.

  • Kita menunjukkan bahawa kita mengasihi Yehuwa dan Yesus jika kita melakukan kerja ini.—Yoh. 14:15; 1 Yoh. 5:3.

  • Kerja penyebaran membuktikan bahawa Syaitan ialah pendusta.—Yes. 43:10-12; 2 Kor. 4:4.

TETAPKAN MATLAMAT YANG BOLEH DICAPAI

  • Buat jadual untuk keluar menginjil setiap minggu dan ikutlah jadual tersebut.

  • Tawarkan pembelajaran Bible pada setiap kesempatan.

  • Jika boleh, baca sekurang-kurangnya satu ayat Bible apabila bercakap dengan penghuni rumah.

  • Cuba tawarkan majalah dengan lebih kerap.

  • Buatlah kunjungan kembali kepada semua orang yang mendengar berita Kerajaan.

  • Sertailah pelbagai bentuk aktiviti penyebaran.

  • Carilah lebih banyak peluang untuk menginjil secara tidak formal.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi