PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/7 ms. 16
  • Jawapan Bible

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jawapan Bible
  • Menara Pengawal—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2015
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2014
  • Siapakah Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Mengapakah Tuhan Membenarkan Kejahatan dan Penderitaan?
    Berita Baik daripada Tuhan!
Menara Pengawal—2015
w15 1/7 ms. 16

JAWAPAN BIBLE

Apakah penyebab kejahatan?

Yesus menolak tawaran Si Iblis, iaitu semua kerajaan di dunia

Siapakah yang mencuba menggoda Yesus untuk berbuat jahat?—Matius 4:8-10

Kebanyakan orang mementingkan kedamaian, kejujuran, dan kebaikan hati. Jadi, mengapakah keganasan, ketidakadilan, dan kekejaman berlaku? Kita sering mendengar berita mengenai perbuatan yang mengerikan. Adakah sesiapa yang sedang menghasut orang untuk berbuat jahat?—Baca 1 Yohanes 5:19.

Adakah Tuhan menciptakan manusia dengan kecenderungan untuk berbuat jahat? Tidak. Yehuwa menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Jadi kita berupaya untuk meniru kasih Tuhan. (Kejadian 1:27; Ayub 34:10) Tuhan juga mengurniai manusia kebebasan untuk memilih. Namun, Adam dan Hawa memilih untuk melanggar perintah Tuhan. Akhirnya, mereka berdosa dan menjadi tidak sempurna. Oleh sebab kita ialah keturunan mereka, kita juga cenderung berbuat dosa.—Baca Ulangan 32:4, 5.

Adakah kejahatan akan mempengaruhi kita buat selama-lamanya?

Tuhan mahu kita melawan kecenderungan untuk berbuat jahat. (Amsal 27:11) Maka Dia mengajar kita cara untuk mengelakkan perbuatan yang salah dan cara memperoleh kebahagiaan sejati. Namun, buat masa sekarang, kita tidak dapat meniru kasih Tuhan dengan sempurna.—Baca Mazmur 32:8.

Tuhan membenarkan kejahatan berlaku untuk sementara waktu, supaya kesan buruknya jelas kelihatan oleh semua orang. (2 Petrus 3:7-9) Meskipun demikian, tidak lama lagi seluruh bumi akan dipenuhi orang yang mentaati Tuhan.—Baca Mazmur 37:9-11.

Untuk maklumat lanjut, lihat bab 3 dalam buku ini yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa

Juga terdapat di www.pr2711.com/ms

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi