PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 15/11 ms. 14-15
  • Tunjukkan Penghargaan atas Kemurahan Hati Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tunjukkan Penghargaan atas Kemurahan Hati Yehuwa
  • Menara Pengawal—2015
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • TELADAN KEMURAHAN HATI YANG TERAGUNG
  • “Pekerjaan Ini Sangat Besar”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Orang Berkecukupan Membantu Orang Berkekurangan
    Menara Pengawal—2012
  • Yehuwa Memberkati Semangat yang Rela
    Menara Pengawal—2014
  • Bagaimana Kita Menghulurkan Bantuan kepada Orang Lain
    Menara Pengawal—2013
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2015
w15 15/11 ms. 14-15
Seorang wanita memasukkan kad bank dalam mesin pembaca kad elektronik

Tunjukkan Penghargaan atas Kemurahan Hati Yehuwa

YEHUWA ialah Tuhan yang murah hati. (Yak. 1:17) Bintang di langit dan tumbuhan di bumi semuanya menyingkapkan kemurahan hati Yehuwa.—Mzm. 65:13, 14; 147:7, 8; 148:3, 4.

Penghargaan pemazmur terhadap Penciptanya sangat dalam sehingga dia terdorong untuk menyanjung ciptaan Yehuwa. Bacalah Mazmur bab 104 dan selamilah perasaannya. Pemazmur berkata, ‘Aku akan menyanyikan pujian bagi Tuhanku seumur hidupku.’ (Mzm. 104:33) Adakah anda memiliki keinginan serupa?

TELADAN KEMURAHAN HATI YANG TERAGUNG

Yehuwa ingin kita meneladani kemurahan hati-Nya. Dia juga memberi kita sebab yang munasabah untuk menunjukkan sifat ini. Paulus menulis, “Berikanlah perintah kepada mereka yang kaya dalam sistem dunia ini supaya jangan bersikap angkuh dan jangan berharap pada kekayaan yang tidak tetap. Sebaliknya hendaklah mereka berharap pada Tuhan yang melimpahi kita dengan semua perkara yang kita nikmati. Perintahkanlah mereka supaya berbuat baik, ya, mereka mesti melakukan banyak perbuatan yang baik, bersikap murah hati, dan bersedia mengongsi apa yang dimiliki. Dengan berbuat demikian, mereka seolah-olah mengumpulkan kekayaan daripada Tuhan. Hal ini bererti bahawa mereka sedang membina asas yang baik untuk masa depan, supaya mereka dapat berpegang teguh pada kehidupan yang sejati.”—1 Tim. 6:17-19.

Paulus menekankan sikap yang patut semasa memberi. Dia berkata, “Hendaklah setiap orang melakukan apa yang telah diputuskan dalam hati masing-masing. Janganlah melakukannya dengan berat hati atau secara terpaksa, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.” (2 Kor. 9:7) Kemudian, Paulus menyebut tentang manfaat kemurahan hati. Keperluan penerima dipenuhi, manakala pemberi meraih berkat rohani.—2 Kor. 9:11-14.

Paulus juga menyebut tentang kemurahan hati Tuhan. Dia menulis, “Marilah kita bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan percuma-Nya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.” (2 Kor. 9:15) Kurniaan Yehuwa merangkumi semua kebaikan hati yang ditunjukkan-Nya kepada umat-Nya melalui Yesus Kristus. Sememangnya, kata-kata sahaja tidak cukup untuk menggambarkan betapa tinggi nilainya.

Bagaimanakah kita menunjukkan penghargaan terhadap semua yang dilakukan Yehuwa dan Anak-Nya? Satu cara adalah memberikan masa, tenaga, dan wang kita dengan murah hati untuk memajukan ibadat kepada Yehuwa, tidak kira nilainya kecil atau besar.—1 Taw. 22:14; 29:3-5; Luk. 21:1-4.

Cara-cara Memberikan Sumbangan Untuk Kerja Sedunia

Seperti pada zaman rasul Paulus, ramai hari ini memperuntukkan sejumlah wang untuk dimasukkan ke dalam kotak yang berlabel “Kerja Sedunia.” (1 Kor. 16:2) Setiap bulan, sidang-sidang mengirimkan sumbangan yang diterima ke pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Anda juga boleh menggunakan cara lain untuk memberikan sumbangan kepada Saksi-Saksi Yehuwa di negara anda. Untuk mengetahui caranya, sila hubungi pejabat cawangan tempatan. Alamat pejabat cawangan boleh didapati di www.pr2711.com/ms. Sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti berikut:

PEMBERIAN TANPA SYARAT

  • Sumbangan boleh diberikan melalui pemindahan wang secara elektronik, kad debit, atau kad kredit. Bagi sesetengah pejabat cawangan, sumbangan boleh diberikan melalui jw.org atau melalui laman web tertentu.

  • Wang, barang kemas, atau barangan lain yang berharga boleh disumbangkan. Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa barangan ini merupakan pemberian tanpa syarat.

SUMBANGAN BERSYARAT

  • Wang dapat diamanahkan dengan syarat bahawa wang itu akan dikembalikan apabila diminta balik.

  • Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa wang itu merupakan sumbangan bersyarat.

PERANCANGAN AMAL

Selain wang dan harta milik peribadi, terdapat cara-cara lain untuk memberikan sumbangan kepada kerja sedunia. Antara cara yang dimaksudkan tertera di bawah. Namun, sila hubungi pejabat cawangan tempatan untuk mengetahui cara mana yang boleh digunakan di negara anda. Memandangkan tuntutan perundangan setiap negara adalah berbeza, sila dapatkan nasihat mengenai undang-undang dan cukai sebelum memberikan sumbangan.

Insurans: Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dapat dinamakan sebagai benefisiari, atau penama polisi insurans hayat atau pelan persaraan/pencen.

Akaun Bank: Akaun bank, deposit tetap, atau akaun pesara boleh diamanahkan atau dibayar kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa setelah kematian pemiliknya, mengikut syarat-syarat bank tempatan.

Saham dan Bon: Saham dan bon boleh disumbangkan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa sebagai pemberian tanpa syarat. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga boleh dinamakan sebagai benefisiari apabila pemilik meninggal.

Hartanah: Hartanah boleh disumbangkan sebagai pemberian tanpa syarat kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa menderma hartanah kediaman, penderma boleh menyatakan bahawa dia ingin terus mendiaminya selama dia masih hidup.

Wasiat dan Amanah: Hartanah atau wang dapat diwariskan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Surat wasiat yang sah di sisi undang-undang diperlukan. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga dapat dinamakan sebagai benefisiari amanah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat cawangan tempatan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi