PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w16 November ms. 19-20
  • “Pekerjaan Ini Sangat Besar”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Pekerjaan Ini Sangat Besar”
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tunjukkan Penghargaan atas Kemurahan Hati Yehuwa
    Menara Pengawal—2015
  • Yehuwa Memberkati Semangat yang Rela
    Menara Pengawal—2014
  • Orang Berkecukupan Membantu Orang Berkekurangan
    Menara Pengawal—2012
  • Bagaimana Kita Menghulurkan Bantuan kepada Orang Lain
    Menara Pengawal—2013
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
w16 November ms. 19-20
Raja Daud sedang menunjukkan pelan pembinaan bangunan kepada seorang lelaki; seorang saudara sedang melihat pelan pembinaan

“Pekerjaan Ini Sangat Besar”

TIBALAH masanya untuk pertemuan penting di Yerusalem. Raja Daud telah menghimpunkan semua ketua, pembesar istana, dan panglima. Mereka sangat teruja mendengar pengumuman yang istimewa. Yehuwa telah menugaskan anak lelaki Daud, iaitu Salomo, untuk membina sebuah bangunan yang khas digunakan untuk ibadat Tuhan yang benar. Yehuwa telah menyingkapkan kepada Raja Daud pelan pembinaan bangunan itu. Kemudian, Daud memberikan pelan itu kepada Salomo. Daud berkata, ‘Pekerjaan ini sangat besar. Lagipun yang akan dibina bukan istana untuk manusia, melainkan rumah untuk Tuhan Yehuwa.’​—1 Taw. 28:1, 2, 6, 11, 12; 29:1.

Kemudian, Daud menanya, ‘Sekarang siapakah mahu memberikan persembahan kepada Yehuwa dengan senang hati?’ (1 Taw. 29:4, 5) Jika anda berada di sana pada masa itu, apakah reaksi anda? Adakah anda akan terdorong untuk menyokong pekerjaan yang besar itu? Orang Israel terus bertindak lalu ‘memberikan sumbangan kepada Yehuwa dengan ikhlas dan rela hati. Mereka bersukacita kerana banyak pemberian telah disumbangkan.’​—1 Taw. 29:9.

Berabad-abad kemudian, Yehuwa telah mengasaskan sesuatu yang lebih agung daripada Rumah Tuhan. Dia telah mengasaskan Rumah Rohani Tuhan, iaitu aturan Yehuwa yang membolehkan umat manusia untuk menyembah-Nya kerana korban tebusan Yesus. (Ibr. 9:11, 12) Bagaimanakah Yehuwa membantu manusia untuk memulihkan hubungan mereka dengan-Nya? Melalui kerja penyebaran. (Mat. 28:19, 20) Hasilnya, jutaan pembelajaran Bible diadakan, ribuan orang dibaptis, dan ratusan sidang baharu dibentuk setiap tahun.

Oleh sebab perkembangan pesat yang berlaku, kita perlu mencetak lebih banyak bahan bacaan Bible, membina dan menyelenggarakan Dewan Perjumpaan, dan memperoleh tapak perhimpunan serta konvensyen. Tidakkah anda setuju bahawa kerja mengkhabarkan berita baik ini sangat besar dan mendatangkan kepuasan?​—Mat. 24:14.

Kasih kepada Tuhan dan orang lain serta kepentingan kerja penyebaran mendorong umat Tuhan untuk memberikan sumbangan “dengan senang hati.” Kita ‘menghormati Yehuwa dengan memberi Dia persembahan daripada harta benda.’ Kita sangat gembira kerana sumbangan itu digunakan dengan baik dan bijak untuk melaksanakan pekerjaan yang terbesar dalam sejarah manusia!​—Ams. 3:9.

Cara-cara Memberikan Sumbangan Untuk Kerja Sedunia

Ramai hari ini memperuntukkan sejumlah wang untuk dimasukkan ke dalam kotak yang berlabel “Kerja Sedunia.” (1 Kor. 16:2) Setiap bulan, sidang-sidang mengirimkan sumbangan yang diterima ke pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Anda juga boleh menggunakan cara lain untuk memberikan sumbangan kepada Saksi-Saksi Yehuwa di negara anda. Untuk mengetahui caranya, sila hubungi pejabat cawangan tempatan. Alamat pejabat cawangan boleh didapati di www.pr2711.com/ms. Sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti berikut:

PEMBERIAN TANPA SYARAT

  • Sumbangan boleh diberikan melalui pemindahan wang secara elektronik, kad debit, atau kad kredit. Bagi sesetengah pejabat cawangan, sumbangan boleh diberikan melalui jw.org atau melalui laman web tertentu.

  • Wang, barang kemas, atau barangan lain yang berharga boleh disumbangkan. Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa barangan ini merupakan pemberian tanpa syarat.

SUMBANGAN BERSYARAT

  • Wang dapat diamanahkan dengan syarat bahawa wang itu akan dikembalikan apabila diminta balik.

  • Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa wang itu merupakan sumbangan bersyarat.

PERANCANGAN AMAL

Selain wang dan harta milik peribadi, terdapat cara-cara lain untuk memberikan sumbangan kepada kerja sedunia. Antara cara yang dimaksudkan tertera di bawah. Namun, sila hubungi pejabat cawangan tempatan untuk mengetahui cara mana yang boleh digunakan di negara anda. Memandangkan tuntutan perundangan setiap negara adalah berbeza, sila dapatkan nasihat mengenai undang-undang dan cukai sebelum memberikan sumbangan.

Insurans: Badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dapat dinamakan sebagai benefisiari, atau penama polisi insurans hayat atau pelan persaraan/pencen.

Akaun Bank: Akaun bank, deposit tetap, atau akaun pesara boleh diamanahkan atau dibayar kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa setelah kematian pemiliknya, mengikut syarat-syarat bank tempatan.

Saham dan Bon: Saham dan bon boleh disumbangkan kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa sebagai pemberian tanpa syarat. Badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga boleh dinamakan sebagai benefisiari apabila pemilik meninggal.

Hartanah: Hartanah boleh disumbangkan sebagai pemberian tanpa syarat kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa menderma hartanah kediaman, penderma boleh menyatakan bahawa dia ingin terus mendiaminya selama dia masih hidup.

Hadiah Anuiti: Wang atau sekuriti boleh disumbangkan kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa, dengan persetujuan bahawa penderma menerima bayaran tahunan tertentu sehingga dia meninggal. Penderma boleh memohon pengecualian cukai pendapatan pada tahun persetujuan itu dilakukan.

Wasiat dan Amanah: Hartanah atau wang dapat diwariskan kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Surat wasiat yang sah di sisi undang-undang diperlukan. Badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga dapat dinamakan sebagai benefisiari amanah.

Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan “Berikan Sumbangan untuk Kerja Sedunia Kami” di bahagian bawah laman utama jw.org/ms atau hubungi pejabat cawangan tempatan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi