PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp17 No. 5 ms. 4-5
  • Kebenaran tentang Malaikat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kebenaran tentang Malaikat
  • Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siapakah atau Apakah Itu Malaikat?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Cara Malaikat Membantu Anda
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Tirulah Teladan Para Malaikat yang Setia
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
Menara Pengawal (Umum)—2017
wp17 No. 5 ms. 4-5
Ketua malaikat dan jutaan malaikat lain

TOPIK UTAMA | MALAIKAT​—ADAKAH MEREKA WUJUD? DAPATKAH MEREKA MEMPENGARUHI ANDA?

Kebenaran tentang Malaikat

Inginkah anda tahu siapa malaikat, asal usul mereka, dan tugas mereka? Firman Tuhan memberikan jawapan yang terbaik. (2 Timotius 3:16) Apakah jawapannya?

  • Sebagaimana Tuhan itu Roh, malaikat juga merupakan makhluk roh yang “tidak mempunyai daging dan tulang.” Malaikat yang setia tinggal di syurga dan sentiasa berada di hadirat Tuhan.​—Lukas 24:39; Matius 18:10; Yohanes 4:24.

  • Malaikat pernah menjelma sebagai manusia untuk menjalankan tugas di bumi. Selepas tugas mereka diselesaikan, mereka akan hilang dari pandangan manusia.​—Hakim-Hakim 6:11-23; 13:15-21.

  • Walaupun malaikat biasanya muncul sebagai lelaki, mereka sebenarnya tidak mempunyai jantina. Malaikat tidak berkahwin atau beranak. Selain itu, malaikat bukanlah manusia yang pernah hidup di bumi, sama ada sebagai bayi, kanak-kanak, atau orang dewasa. Mereka diciptakan oleh Yehuwa, maka Bible memanggil mereka sebagai ‘anak-anak Tuhan.’​—Kejadian 6:2, nota kaki.

  • Bible menyebut tentang “bahasa manusia dan bahasa malaikat,” dan hal ini menunjukkan bahawa malaikat mempunyai bahasa sendiri. Biarpun Tuhan menggunakan malaikat untuk berkomunikasi dengan manusia, Dia tidak mengizinkan kita untuk menyembah atau berdoa kepada mereka.​—1 Korintus 13:1; Wahyu 22:8, 9.

  • Bilangan malaikat sangat besar, mungkin berbilion-bilion banyaknya.a​—Daniel 7:10; Wahyu 5:11, nota kaki.

  • Malaikat sangat “kuat dan perkasa” dan jauh lebih bijak daripada manusia. Mereka dapat bergerak dengan sangat laju, bahkan melampaui batas alam fizikal.​—Mazmur 103:20; Daniel 9:20-23.

  • Meskipun malaikat lebih berkuasa dan bijaksana daripada manusia, mereka mempunyai keterbatasan. Terdapat sesetengah perkara yang tidak diketahui mereka.​—Matius 24:36; 1 Petrus 1:12.

  • Malaikat memiliki keperibadian dan sifat-sifat sendiri, dan mereka dikurniai kebebasan memilih. Maka, seperti manusia, mereka dapat memilih untuk melakukan apa yang benar atau salah. Sedihnya, ada malaikat yang memilih untuk melawan Tuhan.​—Yudas 6.

a Kata asal Yunani dalam Wahyu 5:11 juga bermaksud “sepuluh ribu darab sepuluh ribu.” Hal ini mungkin menunjukkan bahawa terdapat berjuta-juta, bahkan berbilion-bilion malaikat!

Cara Malaikat Tuhan Diatur

Ketua malaikat, iaitu Mikhael, ialah malaikat yang paling berkuasa. Bible menyatakan dengan jelas bahawa Mikhael ialah satu lagi nama Yesus Kristus.—1 Tesalonika 4:16; Yudas 9.

Serafim ialah malaikat yang diberi kemuliaan yang sangat besar. Mereka berada berhampiran takhta Tuhan.​—Yesaya 6:1-3.

Kerub juga merupakan malaikat yang berpangkat tinggi dan memikul tanggungjawab yang istimewa. Mereka sering berada di sisi Tuhan dan bersedia untuk berkhidmat kepada-Nya.​—Kejadian 3:24; Yehezkiel 9:3; 11:22.

Terdapat berbilion-bilion malaikat lain yang menjadi wakil Tuhan dan diutus untuk melaksanakan kehendak-Nya.b​—Ibrani 1:7, 14.

b Untuk maklumat lanjut tentang malaikat, lihat bab 10 dalam buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? dan bahagian lampiran yang bertajuk “Siapakah Mikhael, Ketua Malaikat di Syurga?” Buku ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dan juga terdapat di www.jw.org/ms.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi