PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w18 Oktober ms. 32
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Stefanus “Penuh dengan Kuasa Tuhan dan Sangat Diperkenankan-Nya”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Stefanus Dilontari Batu
    Buku Cerita Bible Saya
  • 3 | Singkirkan Kebencian daripada Fikiran Anda
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • “Kami Mesti Patuh kepada Tuhan sebagai Pemerintah”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
w18 Oktober ms. 32

Tahukah Anda?

Bagaimanakah Stefanus dapat begitu tenang semasa dianiaya?

Stefanus tetap tenang semasa menghadap Majlis Orang Yahudi

STEFANUS berdiri di hadapan 71 orang lelaki yang bengis. Mereka ialah hakim Majlis Orang Yahudi, iaitu mahkamah tertinggi di Israel. Imam Agung Kayafas telah memanggil mereka, dan Kayafas inilah yang menjadi pengerusi mahkamah beberapa bulan lalu semasa Yesus dijatuhkan hukuman mati. (Mat. 26:57, 59; Kis. 6:8-12) Apabila saksi-saksi palsu tampil satu demi satu untuk menuduh Stefanus, ahli-ahli Majlis memperhatikan sesuatu yang luar biasa: Wajah Stefanus “kelihatan seperti wajah malaikat.”​—Kis. 6:13-15.

Bagaimanakah Stefanus dapat begitu tenang semasa menghadapi situasi yang menakutkan itu? Sebelum diseret ke Majlis Orang Yahudi, Stefanus telah bergiat sepenuhnya dalam kerja penyebaran di bawah bimbingan kuasa suci Tuhan. (Kis. 6:3-7) Semasa dia diadili, kuasa suci masih membantunya sebagai penawar hati dan pengingat. (Yoh. 14:16, nota kaki) Ketika Stefanus mengemukakan hujahnya yang tercatat di Kisah bab 7, kuasa suci Tuhan membantunya mengingati lebih daripada 20 petikan dalam Kitab Ibrani. (Yoh. 14:26) Iman Stefanus telah dikukuhkan lagi apabila dia nampak Yesus berdiri di sebelah kanan Tuhan dalam suatu penglihatan.​—Kis. 7:54-56, 59, 60.

Suatu hari nanti, kita mungkin diugut dan dianiaya. (Yoh. 15:20) Tetapi jika kita mengisi minda kita dengan Firman Tuhan dan bergiat sepenuhnya dalam kerja penyebaran, kuasa suci Yehuwa akan bekerja dalam diri kita. Kita juga akan mendapat kekuatan untuk menghadapi tentangan dan tetap tenang pada masa yang sama.​—1 Ptr. 4:12-14.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi