PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp22 No. 1 ms. 10-11
  • 3 | Singkirkan Kebencian daripada Fikiran Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 3 | Singkirkan Kebencian daripada Fikiran Anda
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ajaran Bible:
  • Maksudnya:
  • Apa yang Boleh Anda Lakukan:
  • Stefanus “Penuh dengan Kuasa Tuhan dan Sangat Diperkenankan-Nya”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Stefanus Dilontari Batu
    Buku Cerita Bible Saya
  • Cara Memutuskan Kitaran Kebencian
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Kita Dapat Menghentikan Kebencian!
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
wp22 No. 1 ms. 10-11
Seorang lelaki membayangkan dirinya berjabat tangan dengan seorang lelaki daripada bangsa lain. Bayang-bayang mereka menunjukkan bahawa mereka sedang memegang papan tanda untuk tunjuk perasaan dan bertengkar dengan satu sama lain.

CARA MEMUTUSKAN KITARAN KEBENCIAN

3 | Singkirkan Kebencian Daripada Fikiran Anda

Ajaran Bible:

“Ubahlah fikiran kamu agar kamu dapat mengetahui kehendak Tuhan yang baik, yang menyenangkan hati-Nya, dan yang sempurna.”​—ROMA 12:2.

Maksudnya:

Tuhan menyelidiki fikiran kita. (Yeremia 17:10) Jadi kita bukan sahaja mahu mengelak daripada mengatakan atau melakukan apa-apa yang menunjukkan kebencian, tetapi kita juga perlu segera berhenti memikirkan hal-hal yang membuat kita berasa benci. Hal ini demikian kerana kebencian bermula dalam hati dan minda. Dengan menyingkirkan kebencian daripada hati dan minda, barulah kita dapat ‘mengubah fikiran’ kita dan memutuskan kitaran kebencian.

Apa yang Boleh Anda Lakukan:

Periksalah fikiran dan perasaan anda terhadap orang lain, terutamanya orang daripada bangsa atau negara lain. Tanyalah diri dengan jujur, “Apakah pandangan saya terhadap mereka? Adakah saya mempunyai pandangan itu kerana saya benar-benar mengenali mereka, atau adakah saya dipengaruhi sikap prasangka?” Selain itu, elakkanlah media sosial, wayang, atau hiburan yang menggalakkan kebencian dan keganasan.

Firman Tuhan dapat membantu kita menyingkirkan kebencian daripada hati dan minda kita

Tidak selalunya mudah untuk jujur dengan diri sendiri, tetapi Bible dapat membantu kita untuk “menilai fikiran dan niat hati” kita. (Ibrani 4:12) Jadi, teruslah mengkaji Bible. Bandingkanlah fikiran anda dengan ajaran Bible dan berusahalah untuk memupuk fikiran yang dapat menyenangkan hati Tuhan. Firman Tuhan sememangnya dapat membantu kita menyingkirkan kebencian “yang sudah berurat berakar” dalam hati dan minda kita.​—2 Korintus 10:4, 5.

Kisah Benar​—STEPHEN

Berjaya Mengubah Fikirannya

Stephen.

Stephen dan ahli keluarganya pernah dibenci oleh orang yang berkulit putih. Akibatnya, dia terpengaruh dengan sebuah kumpulan politik yang sering menggunakan keganasan untuk memperjuangkan hak mereka. Kemudian, dia juga terlibat dalam jenayah kerana rasa bencinya terhadap orang berkulit putih. Stephen berkata, “Semasa menonton filem tentang hamba Afrika yang ditindas di Amerika, saya dan kawan-kawan begitu berang sehingga mula memukul pemuda orang putih di situ. Kemudian, kami pergi ke kawasan perumahan orang putih untuk membelasah lebih ramai orang putih.”

Pandangan Stephen berubah sepenuhnya selepas dia belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Dia berkata, “Bagi saya, prasangka antara kaum memang lumrah hidup. Jadi saya sangat kagum dengan para Saksi. Misalnya, semasa seorang saudara berkulit putih pergi ke luar negara, sebuah keluarga Saksi yang berkulit hitam telah menjaga anak-anaknya. Selain itu, sebuah keluarga Saksi yang berkulit putih telah menawarkan tempat tinggal kepada seorang pemuda berkulit hitam.” Setelah melihat kasih persaudaraan yang wujud dalam kalangan para Saksi, Stephen percaya bahawa merekalah orang Kristian sejati yang disebut Yesus.​—Yohanes 13:35.

Apakah yang membantu Stephen untuk menyingkirkan rasa benci dan berhenti bertindak ganas? Ayat Bible di Roma 12:2 telah membantunya. Dia berkata, “Saya sedar bahawa fikiran saya perlu diubah. Saya bukan sahaja perlu menjauhi keganasan, tetapi saya juga perlu menganggap kedamaian sebagai haluan yang terbaik.” Kini, sudah lebih daripada 40 tahun Stephen menikmati kehidupan yang bebas daripada rasa benci.

Bacalah kisah hidup Stephen dalam Menara Pengawal terbitan 1 Julai 2015, muka surat 10-11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi