PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 2 ms. 6-7
  • Ketika Orang Tersayang Meninggal

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ketika Orang Tersayang Meninggal
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • CARA SESETENGAH ORANG MENANGANINYA
  • Menangani Perasaan Sedih
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • “Menangislah Bersama Orang yang Menangis”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Hal-Hal yang Mungkin Terjadi
    Sedarlah!—2018
  • Apa yang Dapat Bantu Saya semasa Berkabung?
    Kaum Muda Bertanya
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 2 ms. 6-7
Sepasang suami isteri yang berkabung sedang merenung jauh semasa berada di pantai

Ketika Orang Tersayang Meninggal

“Semasa abang saya tiba-tiba meninggal, saya berasa tidak berdaya. Beberapa bulan kemudian, saya akan teringatkan dia lalu berasa seperti ditusuk pisau. Ada masanya, saya marah dan fikir, ‘Kenapa dia harus mati?’ Saya juga berasa bersalah kerana tidak menghabiskan lebih banyak masa bersamanya.”​—Vanessa, Australia.

SEMASA orang tersayang anda meninggal, hati anda mungkin dibanjiri pelbagai perasaan, seperti sedih, sunyi, dan tidak berdaya. Anda juga mungkin berasa marah, bersalah, dan takut. Anda bahkan mungkin berfikir, “Apa gunanya saya terus hidup?”

Jika anda bersedih, biarpun untuk masa yang agak lama, ingatlah bahawa reaksi itu memang biasa. Kesedihan anda menunjukkan bahawa anda sangat menyayangi orang yang meninggal itu. Namun, bagaimanakah anda dapat mengurangkan kesedihan itu?

CARA SESETENGAH ORANG MENANGANINYA

Jika kepedihan anda nampaknya berterusan, cadangan berikut dapat membantu anda:

JANGAN MEMENDAMKAN KESEDIHAN DALAM HATI ANDA

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan kesedihan, dan jangka masa setiap orang berkabung pun berbeza-beza. Namun, menangis dapat membantu mengurangkan kesedihan anda. Vanessa yang disebut tadi berkata, “Saya akan menangis untuk melepaskan kesakitan dalam hati.” Sofía, yang adik perempuannya telah meninggal secara tiba-tiba, berkata, “Bagi saya, berdepan dengan perasaan dan fikiran sendiri sangat susah, kerana hal itu seperti membersihkan luka yang bernanah. Rasanya pedih sekali, tetapi apabila saya melakukannya, luka di hati saya dapat beransur-ansur pulih.”

LUAHKAN FIKIRAN DAN PERASAAN ANDA

Memang benar, ada kalanya anda ingin bersendirian, tetapi usahlah menanggung kesedihan anda seorang diri. Jared yang berumur 17 tahun telah kehilangan ayahnya. Dia berkata, “Saya memberitahu orang lain tentang perasaan saya. Kata-kata saya mungkin tidak masuk akal, tetapi saya berasa lega setelah meluahkan isi hati saya.” Janice, yang disebut di rencana pertama, berkata, “Selepas bercakap dengan orang lain, saya rasa mereka memahami perasaan saya, dan saya tidak begitu sunyi lagi. Hal itu sangat melegakan.”

TERIMA BANTUAN

Seorang doktor berkata, “Jika orang yang berkabung rela menerima bantuan daripada sahabat dan saudara-mara sejurus selepas kematian orang yang tersayang, mereka akan berasa lebih mudah untuk menghadapi kehilangan itu dan mengatasi kesedihan sendiri.” Maka, beritahulah kawan-kawan anda bagaimana mereka dapat membantu anda. Mungkin mereka ingin menolong anda tetapi tidak tahu caranya.​—Amsal 17:17.

HAMPIRI TUHAN

Tina berkata, “Apabila suami saya tiba-tiba meninggal kerana kanser, saya kehilangan tempat mengadu. Jadi, saya akan memberitahu Tuhan segala-galanya! Hal pertama yang akan saya lakukan setiap hari ialah meminta bantuan-Nya untuk mengharungi cabaran hari ini. Tuhan telah memberi saya banyak bantuan.” Tarsha, yang berumur 22 tahun semasa ibunya meninggal, berkata, “Saya mendapat kelegaan dengan membaca Bible setiap hari. Melalui Bible, saya dapat fikirkan sesuatu yang positif.”

BAYANGKAN MASA PEMBANGKITAN

Tina menambah, “Mula-mulanya, harapan pembangkitan tidak begitu melegakan, kerana saya masih kehilangan suami dan anak-anak saya masih kehilangan ayah. Tetapi sekarang, empat tahun kemudian, harapan ini sangat berharga bagi saya dan membantu saya agar tidak putus asa. Apabila saya membayangkan masanya saya akan berjumpa dengannya lagi, saya berasa tenang dan gembira!”

Kesedihan anda mungkin tidak segera hilang. Namun, ingatlah kata-kata Vanessa: “Kamu mungkin fikir kamu akan terus bersedih, tetapi keperitan itu akan beransur-ansur pudar.”

Meskipun kekosongan dalam hati anda tidak dapat diisi sekarang, anda masih ada sebab untuk terus hidup. Dengan adanya kasih dan bantuan Tuhan, anda dapat memiliki sahabat yang penyayang dan menikmati kehidupan yang bermakna. Tidak lama lagi, Tuhan akan membangkitkan orang mati, dan orang tersayang anda akan kembali dalam dakapan anda. Ketika itu, luka di hati anda akan disembuhkan buat selama-lamanya!

Ayat Bible yang Dapat Membantu

Tuhan memperhatikan kesedihan anda dan melihat air mata anda.

Seorang penulis Bible berkata kepada Tuhan, “Aku tahu bahawa segala penderitaanku tercatat dalam kitab-Mu. Ya Tuhan, tolonglah simpan semua air mataku di dalam kirbat-Mu.”​—Mazmur 56:8.

Anda boleh mencurahkan isi hati anda kepada Tuhan.

“Aku meluahkan kesusahanku kepada [Tuhan]. . . . Ya Yehuwa,a aku berseru kepada-Mu untuk meminta tolong.”​—Mazmur 142:2, 5.

Anda memiliki harapan.

“Tuhan akan membangkitkan orang.”​—Kisah 24:15.

Tuhan berjanji bahawa Dia akan menghidupkan semula jutaan orang yang telah meninggal, dan Dia benar-benar ingin berbuat demikian.b​—Ayub 14:14, 15.

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.

b Untuk maklumat lanjut tentang pembangkitan, lihat pelajaran 30 dalam buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Anda dapat memuat turun buku ini dengan percuma di www.jw.org/ms.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi