PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 2 ms. 10-11
  • Ketika Anda Menghidap Penyakit yang Serius

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ketika Anda Menghidap Penyakit yang Serius
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • CARA SESETENGAH ORANG MENANGANINYA
  • Apabila Ahli Keluarga Jatuh Sakit
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
  • Tuhanmu Yehuwa Menghargaimu!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Apakah Manfaat Berdoa?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Bagaimanakah jika Anda Tiba-Tiba Mengalami Masalah Kesihatan?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 2 ms. 10-11

Ketika Anda Menghidap Penyakit yang Serius

“Semasa doktor kata paru-paru dan usus saya dijangkiti kanser, saya berasa seperti dijatuhkan hukuman mati. Tetapi selepas pulang, saya berfikir, ‘Ya, hal ini memang di luar jangkaan, tapi saya perlu cari jalan untuk menghadapinya.’”​—Linda, 71 tahun.

“Bahagian kiri muka saya diserang penyakit saraf yang menyakitkan. Ada kalanya, saya rasa begitu sakit sehingga menjadi murung. Banyak kali, saya berasa tiada orang yang peduli tentang saya, dan saya bahkan terfikir untuk bunuh diri.”​—Elise, 49 tahun.

Seorang lelaki yang sakit menggunakan kerusi roda sambil dikelilingi orang tersayangnya

JIKA anda atau orang tersayang didapati menghidap penyakit yang dapat membawa maut, hal itu merupakan tamparan yang besar. Anda bukan sahaja perlu berdepan dengan penyakit itu, malah perlu menangani emosi yang bercelaru. Perasaan takut dan risau, janji temu doktor, cabaran untuk mendapat rawatan yang sesuai, bayaran untuk rawatan, atau kesan sampingan ubat, semuanya dapat merumitkan situasi dan membuat penderitaan anda bertambah berat.

Dari manakah kita dapat mencari bantuan? Ramai orang mendapati bahawa berdoa kepada Tuhan dan membaca ayat-ayat Bible yang melegakan telah mengubati keresahan mereka. Selain itu, kasih dan sokongan daripada keluarga dan sahabat juga amat berguna.

CARA SESETENGAH ORANG MENANGANINYA

“Berimanlah kepada Tuhan, dan Dia akan bantu kamu bertahan,” kata Robert yang berumur 58 tahun. “Berdoalah kepada Yehuwa dan beritahulah Dia perasaan kamu. Mohonlah kuasa suci, dan mintalah kekuatan supaya kamu dapat bersikap positif demi keluarga, dan supaya kamu tetap tenang semasa bertarung dengan penyakit.

“Apabila keluarga kamu berada di sisi kamu dan bersedia memberikan sokongan, hal itu sangat membantu. Setiap hari, satu atau dua orang akan telefon saya dan bertanya khabar. Kawan-kawan dari merata-rata tempat juga menggalakkan saya dan menguatkan semangat saya. Itu juga bantu saya agar tidak putus asa.”

Jika anda bercadang untuk melawat seorang kawan yang sakit, perhatikan kata-kata Linda: “Pesakit itu pun mahu menjalani kehidupan yang normal. Dia mungkin tidak suka asyik bercakap tentang penyakitnya, jadi berbuallah tentang hal-hal yang biasa.”

Dengan adanya kekuatan daripada Tuhan, kelegaan daripada Bible, dan sokongan serta kasih daripada sahabat dan keluarga, kita dapat tetap yakin bahawa hidup kita masih bermakna, meskipun kita menghidap penyakit yang serius.

Ayat Bible yang Dapat Membantu

Bersandar pada Tuhan.

“Aku berdoa kepada Yehuwa, dan Dia menjawab doaku. Dia membebaskan aku daripada segala ketakutanku. Yehuwa mendengar seruan orang yang menderita.”​—Mazmur 34:4, 6.

Linda yang disebut tadi berkata, “Saya tidak pernah berdoa, ‘Tuhan, sembuhkanlah aku.’ Sebaliknya saya selalu berdoa, ‘Tuhan, teguhkanlah aku dan bantulah aku bertabah.’”

Baca Bible untuk mendapat kekuatan.

“Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit.’”​—Yesaya 33:24.

Renungkan janji-janji Tuhan. Dengan itu, anda akan memiliki harapan dan mendapat kekuatan untuk terus bertahan.

Minta sokongan keluarga dan sahabat.

“Sahabat sejati sentiasa menunjukkan kasih; sahabat sejati bagaikan saudara kandung yang dapat diharapkan pada masa kesusahan.”​—Amsal 17:17.

“Jangan mengasingkan diri,” kata Elise yang disebut tadi. “Biarlah kawan-kawan menolong kamu. Ada masanya kamu mungkin berasa keseorangan dan fikir bahawa Tuhan tidak dengar keluhanmu. Tetapi janganlah mengasingkan diri.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi