PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp21 No. 1 ms. 14-15
  • Apakah Manfaat Berdoa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Manfaat Berdoa?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Doa—Apakah Manfaatnya?
    Menara Pengawal—2015
  • Menghampiri Tuhan Melalui Doa
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Hampiri Tuhan melalui Doa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
wp21 No. 1 ms. 14-15

Apakah Manfaat Berdoa?

Pamela yang menghidap kanser telah berusaha mendapatkan rawatan perubatan. Pada masa yang sama, dia juga memohon agar Tuhan meneguhkannya. Adakah doanya dijawab?

“Semasa menjalani rawatan kanser, saya rasa sangat takut dan risau,” kata Pamela. “Tetapi, semasa saya berdoa kepada Tuhan Yehuwa, saya rasa sangat tenang dan dapat berfikir dengan jelas. Memang saya masih rasa sakit, tapi doa membantu saya bersikap positif. Semasa orang tanya khabar, saya akan jawab, ‘Saya tidak sihat, tapi semangat saya masih kuat!’”

Kita tidak perlu tunggu sehingga nyawa kita terancam untuk berdoa. Tidak kira kita menghadapi cabaran yang besar mahupun kecil, kita pasti menghargai bantuan untuk menanganinya. Dapatkah doa membantu kita?

Bible kata, “Serahkanlah bebanmu kepada Yehuwa, dan Dia akan memeliharamu. Dia tidak sekali-kali membiarkan orang yang baik jatuh.” (Mazmur 55:22) Kata-kata itu sungguh menyentuh hati, bukan? Semasa anda berdoa kepada Tuhan dalam cara yang betul, Dia akan membantu anda menangani cabaran hidup.​—Lihat kotak “Manfaat Doa.”

Manfaat Doa

Ketenangan minda

Lelaki yang hilang kerja tadi sedang berjalan sambil tersenyum.

“Nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan melalui doa dan rayuan yang disertai ucapan syukur. Dengan demikian kesejahteraan daripada Tuhan, yang jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu melalui Kristus Yesus.” (Filipi 4:6, 7) Apabila anda meluahkan isi hati kepada Tuhan, Dia akan membantu anda bertenang dan bertindak dengan bijak biarpun tertekan.

Kebijaksanaan daripada Tuhan

Wanita yang sebelumnya membaca doa dari buku doa sedang membaca Bible.

‘Jika ada sesiapa antara kamu yang kurang bijaksana, hendaklah dia terus meminta kebijaksanaan daripada Tuhan. Tuhan akan menunaikan permintaannya kerana Dia murah hati terhadap semua orang.’ (Yakobus 1:5) Apabila kita tertekan, kita selalunya buat keputusan yang salah. Anda dapat memohon kebijaksanaan daripada Tuhan untuk membantu anda ingat prinsip-prinsip Bible dan membuat keputusan yang baik.

Kekuatan dan kelegaan

Pasangan yang sebelumnya di hospital sedang bersiar-siar di taman. Si suami membantu isterinya berjalan dengan menggunakan tongkat.

“Melalui Dia yang memberikan kuasa kepadaku, aku berdaya menghadapi segala keadaan.” (Filipi 4:13) Yehuwa, Tuhan Yang Maha Kuasa, dapat memberi anda kekuatan untuk menghadapi cabaran. (Yesaya 40:29) Bible menyatakan bahawa Yehuwa ialah “Tuhan yang melegakan hati kita” semasa kita menghadapi “segala macam cubaan.”​—2 Korintus 1:3, 4.

INGINKAH ANDA MENDAPAT MANFAATNYA?

Tuhan Yehuwa yang pengasih tidak memaksa anda untuk berdoa kepada-Nya. Sebaliknya, Dia menjemput anda untuk menghampiri-Nya melalui doa. (Yeremia 29:11, 12) Bagaimana pula jika anda rasa bahawa doa anda tidak dijawab? Jangan patah semangat atau putus asa. Fikirkan contoh ibu bapa yang pengasih. Apabila anak meminta bantuan, ada kalanya mereka tidak segera menunaikan permintaan itu atau memberikan bantuan dalam cara yang diharapkan. Mungkin ibu bapa ada penyelesaian yang lebih bijak. Tapi yang pasti, ibu bapa yang penyayang akan membantu anak mereka.

Tuhan Yehuwa ialah Bapa kita yang penuh kasih sayang. Dia ingin membantu anda. Jika anda berusaha menerapkan isi-isi yang telah dibincangkan, Tuhan pasti menjawab doa anda dalam cara yang terbaik.​—Mazmur 34:15; Matius 7:7-11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi