PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 1 ms. 6-8
  • Bible—Sumber Kebenaran yang Dapat Dipercayai

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bible—Sumber Kebenaran yang Dapat Dipercayai
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA ANDA DAPAT MEMPERCAYAI BIBLE
  • Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Umat Tuhan Meninggalkan Babilon
    Buku Cerita Bible Saya
  • Dapatkah Anda Percaya Bible?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 1 ms. 6-8

Bible​—Sumber Kebenaran yang Dapat Dipercayai

Sejak dahulu lagi, orang daripada pelbagai latar belakang menganggap Bible sebagai sumber kebenaran yang dapat dipercayai. Dewasa ini pun jutaan orang mengikut ajaran Bible. Tetapi ada juga orang yang berpendapat bahawa Bible sudah ketinggalan zaman atau hanyalah cerita dongeng. Bagaimana pula dengan anda? Dapatkah anda menemui kebenaran dalam Bible?

MENGAPA ANDA DAPAT MEMPERCAYAI BIBLE

Bagaimanakah anda dapat menentukan sama ada Bible dapat dipercayai atau tidak? Jika kawan anda selalu bercakap benar sejak dahulu lagi, anda pasti akan mempercayainya. Bible adalah seperti kawan itu kerana catatannya sentiasa benar. Marilah kita lihat beberapa contoh.

Penulis yang Jujur

Gambar tangan seorang penulis

Para penulis Bible sangat jujur. Mereka sering menulis tentang kesalahan dan kelemahan sendiri. Contohnya, Nabi Yunus menulis tentang bagaimana dia mengingkari Tuhan. (Yunus 1:1-3) Dia bahkan menulis tentang bagaimana Tuhan menegurnya, tetapi dia tidak menarik perhatian kepada dirinya dengan menyebut tentang bagaimana dia mengubah sikapnya. (Yunus 4:1, 4, 10, 11) Kejujuran semua penulis Bible menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kebenaran.

Nasihat yang Tepat

Adakah nasihat Bible selalu tepat dan berguna? Sudah pasti! Contohnya, Bible memberikan beberapa nasihat tentang cara mengekalkan hubungan yang baik dengan orang lain. Matius 7:12 menasihati kita, “Semua hal yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, kamu juga mesti melakukannya untuk mereka.” Selain itu, Amsal 15:1 menyatakan, “Jawapan yang lemah lembut meredakan kemarahan, tetapi kata-kata yang pedas membangkitkan kemurkaan.” Ya, biarpun Bible ditulis pada zaman dahulu, nasihatnya masih berguna pada hari ini.

Tepat dari Segi Sejarah

Gambar penyodok dan tanah

Banyak penemuan kaji purba membuktikan bahawa orang, tempat, dan peristiwa yang disebut dalam Bible benar-benar wujud. Misalnya, Bible menyatakan bahawa pada zaman Nehemia, orang Tirus (iaitu, orang Fenisia dari Tirus) yang tinggal di dalam kota Yerusalem “membawa ikan dan pelbagai jenis barang niaga ke dalam kota untuk dijual.”​—Nehemia 13:16.

Apakah bukti yang menyokong ayat Bible ini? Ahli kaji purba menemui barang niaga dari Fenisia di Israel. Hal ini menunjukkan bahawa negara-negara ini mempunyai hubungan perdagangan pada zaman kuno. Selain itu, tulang-tulang ikan Mediterranean telah dijumpai di Yerusalem, dan para ahli kaji purba mempercayai bahawa ikan-ikan itu dibawa oleh pedagang dari persisiran pantai Tirus. Selepas mengkaji bukti-bukti itu, seorang pakar berkata, “Catatan di Nehemia 13:16 tentang orang Tirus yang menjual ikan di Yerusalem adalah benar.”

Tepat dari Segi Sains

Gambar bumi di angkasa tanpa sebarang sokongan

Kebanyakan catatan Bible adalah tentang agama dan sejarah. Tetapi apabila Bible menyebut tentang sains, catatannya selalu tepat. Marilah kita lihat satu contoh.

Kira-kira 3,500 tahun lalu, Bible menyatakan bahawa bumi tergantung “di angkasa hampa.” (Ayub 26:7) Hal ini jauh berbeza daripada kepercayaan orang pada zaman itu. Mereka percaya bahawa bumi terapung di atas air atau disokong oleh seekor kura-kura yang besar. Kira-kira 1,100 tahun selepas buku Ayub ditulis, orang masih percaya bahawa bumi tidak dapat digantung di angkasa tanpa sebarang sokongan. Pada tahun 1687, barulah Isaac Newton menemui kewujudan daya graviti dan menjelaskan bahawa bumi dapat bergerak mengikut orbitnya kerana daya yang tidak kelihatan itu. Penemuan sains ini telah membuktikan bahawa catatan Bible memang benar!

Nubuat yang Tepat

Gambar tembok kota Babilon dan pintu gerbang yang terbuka

Dapatkah Bible meramalkan masa depan dengan tepat? Marilah kita perhatikan satu nubuat atau ramalan Yesaya tentang kejatuhan kota Babilon.

Nubuat: Pada abad kelapan SM, seorang penulis Bible yang bernama Yesaya menulis tentang Babilon. Babilon ialah sebuah kota yang bakal menjadi ibu kota sebuah empayar yang besar. Yesaya menyatakan bahawa kota itu akan diserang dan akhirnya dibiarkan kosong tanpa penduduk. (Yesaya 13:17-20) Dia bahkan menyatakan nama orang yang akan melancarkan serangan itu, iaitu Kores. Dia juga menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh Kores, iaitu ‘mengeringkan semua sungai’ di kota itu. Dia turut mengatakan bahawa pintu-pintu gerbang kota itu tidak akan ditutup.​—Yesaya 44:27–45:1.

Apa yang Berlaku: Kira-kira 200 tahun selepas nubuat itu ditulis, seorang raja dari Persia menyerang Babilon. Siapakah nama raja itu? Kores. Oleh sebab Babilon mempunyai tembok yang kukuh dan dilindungi oleh Sungai Efrat, Kores menyuruh askarnya menggali sebuah saluran untuk menyalurkan air sungai itu ke tempat lain. Kemudian paras air sungai itu menurun sehingga askarnya dapat berjalan ke seberang dan sampai di luar tembok kota. Yang menariknya, orang Babilon tidak menutup pintu gerbang mereka! Maka askar-askar Kores dapat memasuki kota itu dan menawannya dengan senang sekali.

Tetapi adakah Babilon dibiarkan kosong tanpa penduduk? Selama beberapa ratus tahun, orang terus tinggal di kota itu. Tetapi sekarang, kota itu, yang terletak berdekatan Baghdad, Iraq, hanya tinggal reruntuhan. Tidakkah hal ini menunjukkan bahawa nubuat Bible memang dapat dipercayai?

SUMBER KEBENARAN YANG DAPAT DIPERCAYAI

Terdapat banyak lagi contoh yang membuktikan bahawa Bible bukan sahaja sumber kebenaran yang dapat dipercayai, malah merupakan ‘perkhabaran yang benar-benar daripada Tuhan.’​—1 Tesalonika 2:13.

Apakah kebenaran lain yang terkandung dalam Bible? Bagaimanakah anda dapat meraih manfaat daripadanya? Rencana-rencana seterusnya akan membincangkan beberapa kebenaran Bible yang penting. Mula-mula, marilah kita mengkaji apa yang dinyatakan Bible tentang pengarangnya​—Tuhan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi