PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/11 ms. 8
  • (1) Soalan, (2) Ayat Bible, dan (3) Bab

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • (1) Soalan, (2) Ayat Bible, dan (3) Bab
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Menawarkan Majalah Tempatan
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Cara untuk Menawarkan Buku Ajaran Bible
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Cara Menawarkan Majalah
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Cara Menawarkan Majalah
    Kerja Teokratik Kita—2010
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2011
km 10/11 ms. 8

(1) Soalan, (2) Ayat Bible, dan (3) Bab

Satu cara yang mudah untuk menawarkan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? adalah dengan (1) mengemukakan satu soalan, (2) membaca ayat Bible yang sesuai, dan (3) menunjukkan bab yang membincangkan subjek itu dan membaca soalan-soalan pengenalan di bawah tajuk utama bab tersebut. Jika penghuni rumah berminat, anda dapat menunjukkan cara mengadakan pembelajaran Bible dengan menggunakan beberapa perenggan di awal bab tersebut. Kaedah ini dapat digunakan untuk memulakan pembelajaran Bible pada kunjungan pertama atau kunjungan kembali.

◼ “Pada pendapat anda, bolehkah manusia menjadi sahabat Pencipta Yang Maha Kuasa?” Baca Kisah 17:26, 27 dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 1.

◼ “Memandangkan kehidupan kita penuh cabaran, bolehkah kita menemui kelegaan hati dan harapan yang digambarkan di sini?” Baca Roma 15:4, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 2.

◼ “Jika anda diberikan kuasa, adakah anda akan membawa perubahan-perubahan ini?” Baca Wahyu 21:4, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 3.

◼ “Pada pendapat anda, mungkinkah anak-anak kita menikmati keadaan sebegini?” Baca Mazmur 37:10, 11, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 3.

◼ “Menurut pandangan anda, mungkinkah kata-kata ini menjadi kenyataan?” Baca Yesaya 33:24, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 3.

◼ “Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada orang mati sedang memerhatikan orang yang hidup?” Izinkan maklum balas. Kemudian baca Pengkhutbah 9:5 dan tunjukkan bab 6.

◼ “Pada pandangan anda, mungkinkah kita dapat berjumpa semula dengan orang tersayang yang telah mati?” Baca Yohanes 5:28, 29, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 7.

◼ “Ramai orang Kristian berdoa agar kehendak Tuhan terjadi di bumi.” Baca Matius 6:9, 10. Kemudian tanya, “Pada pendapat anda, bagaimanakah hal ini akan berlaku?” Izinkan maklum balas dan tunjukkan bab 8.

◼ “Pada pendapat anda, adakah kata-kata ini menggambarkan zaman kita dengan tepat?” Baca 2 Timotius 3:1-4, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 9.

◼ “Pada pendapat anda, mengapakah masalah manusia semakin teruk?” Izinkan maklum balas. Kemudian baca Wahyu 12:9 dan tunjukkan bab 10.

◼ “Pernahkah anda memikirkan soalan ini?” Baca Ayub 21:7, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 11.

◼ “Pada pandangan anda, bolehkah nasihat Bible ini membantu kita membina keluarga yang bahagia?” Baca Efesus 5:33, dan izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan bab 14.

Setelah menunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan, jika anda mengadakannya dua kali lagi dan yakin bahawa pembelajaran itu dapat diteruskan, anda boleh melaporkannya sebagai sebuah pembelajaran Bible.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi