PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 4/07 ms. 6
  • Apabila Penghuni Tiada di Rumah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apabila Penghuni Tiada di Rumah
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kawasan Penyebaran Peribadi—Manfaat bagi Anda
    Kerja Teokratik Kita—2013
Kerja Teokratik Kita—2007
km 4/07 ms. 6

Apabila Penghuni Tiada di Rumah

1 Dewasa ini, adalah semakin susah untuk mencari penghuni di rumah. Pada “hari-hari terakhir” ini, kebanyakan orang terpaksa membanting tulang untuk masa yang panjang. Namun, hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (2 Tim. 3:⁠1) Ada pula yang keluar untuk membelanjakan wang atau berekreasi. Bagaimanakah kita dapat menyampaikan berita baik kepada mereka?

2 Simpan Rekod yang Baik: Catatkan alamat penghuni yang tiada di rumah sebagai langkah yang pertama. Langkah ini amat penting jika anda mengerjakan kawasan penyebaran anda dengan kerap. Adakah anda mencatatkan nama jalan, nombor kad peta kawasan, nama anda, dan tarikh? Anda boleh tinggalkan ruang pada rekod agar anda atau penyiar lain dapat membuat catatan tambahan pada kunjungan berikutnya. Pada penghujung kerja penyebaran, jangan lupa untuk menyerahkan rekod atau nota anda kepada pemegang kad peta kawasan. Anda boleh berkunjung semula ke rumah-rumah tersebut jika mendapat persetujuannya. Gunakan rekod berasingan untuk mencatatkan butir-butir sesiapa yang berminat yang akan dikunjungi semula.

3 Kunjungi pada Masa yang Berbeza: Sesetengah orang yang tiada di rumah pada waktu kerja mungkin berada di rumah pada waktu petang atau hujung minggu. Bolehkah anda menjadualkan masa untuk mengunjungi mereka pada masa yang lebih sesuai? (1 Kor. 10:24) Jika anda tidak dapat kembali, serahkan rekod anda kepada seorang penyiar yang dapat kembali pada masa yang berbeza. Selain itu, anda juga boleh menyurati atau menelefon penghuni yang tiada di rumah. Para penyiar yang mempunyai keterbatasan untuk menyertai kerja penyebaran dari pintu ke pintu kerana masalah kesihatan mungkin berasa gembira untuk membantu anda.

4 Contoh berikut menggambarkan pentingnya usaha untuk cuba menghubungi mereka yang tiada di rumah. Setelah penyiar-penyiar berulang kali berkunjung ke sebuah rumah selama tiga tahun, mereka akhirnya berjaya menemui penghuni rumah itu. Rupa-rupanya sepanjang masa itu, dia sedang menantikan kedatangan seorang Saksi agar dapat menyambung pembelajaran Bible yang pernah diadakan sebelum dia berpindah ke kawasan tersebut.

5 Kerjakan Kawasan Secara Menyeluruh: Bilakah sesuatu kawasan dianggap selesai dikerjakan? Secara amnya, sesuatu kawasan dianggap selesai dikerjakan apabila usaha-usaha yang sewajarnya telah dibuat untuk menghubungi penghuni di setiap rumah. Sehelai risalah atau senaskhah majalah yang lama boleh ditinggalkan di rumah penghuni yang sudah keluar, terutamanya di kawasan yang jarang dikerjakan. Pastikan bahawa bahan bacaan tersebut tidak kelihatan oleh orang yang lalu-lalang. Kawasan tersebut patut siap dikerjakan dalam tempoh empat bulan. Kemudian, kad peta kawasan patut diserahkan kepada pengatur kawasan agar rekodnya dapat dikemaskinikan.

6 Kita ingin agar seberapa banyak orang yang mungkin diberi peluang untuk belajar menyeru nama Yehuwa dan diselamatkan, termasuk mereka yang kebetulannya tiada di rumah apabila kita berkunjung dari rumah ke rumah. (Rm. 10:​13, 14) Seperti hawari Paulus, bertekadlah “untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang rahmat [Tuhan]” secara menyeluruh.​—Kis. 20:⁠24.

[Soalan Pembelajaran]

1. Apakah masalah yang sering dihadapi ketika aktiviti penyebaran dijalankan dari pintu ke pintu?

2. Bagaimanakah kita dapat memastikan agar mereka yang tiada di rumah dikunjungi semula?

3. Apakah cadangan-cadangan yang membolehkan kita untuk bertemu dengan mereka yang tiada di rumah?

4. Apakah contoh yang menunjukkan pentingnya untuk kembali mengunjungi mereka yang tiada di rumah?

5. Bilakah sesebuah kawasan penyebaran dianggap selesai dikerjakan?

6. Mengapakah kita harus berusaha untuk menyampaikan berita baik kepada semua penduduk di kawasan penyebaran kita?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi