PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/13 ms. 2
  • Kawasan Penyebaran Peribadi—Manfaat bagi Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kawasan Penyebaran Peribadi—Manfaat bagi Anda
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara-Cara untuk Menyebarkan Berita Baik
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Perjumpaan Sebelum Kerja Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2009
Kerja Teokratik Kita—2013
km 1/13 ms. 2

Kawasan Penyebaran Peribadi​—Manfaat bagi Anda

1. Apakah itu kawasan penyebaran peribadi?

1 Kawasan penyebaran peribadi ialah kawasan yang diberikan kepada anda untuk menginjil, dan mungkin terletak berhampiran rumah anda. Aturan ini disediakan di sidang yang ada banyak kawasan menginjil. Buku “Diorganisasikan” (Organized-E), muka surat 103, menjelaskan, “Anda boleh menggunakan masa sebaik-baiknya dengan adanya kawasan penyebaran peribadi yang dekat dan mudah dikunjungi. Anda juga boleh menjemput penyiar lain untuk bekerja dengan anda di kawasan penyebaran peribadi.”

2. Bagaimanakah kita boleh menginjil di kawasan penyebaran peribadi di samping menyertai kesaksian berkumpulan?

2 Jangan Abaikan Kesaksian Berkumpulan: Jika anda ada kawasan penyebaran berhampiran tempat kerja, anda boleh menginjil semasa makan tengah hari atau sebelum pulang, mungkin bersama penyiar lain yang bekerja berdekatan. Jika anda ada kawasan penyebaran berhampiran rumah, anda dan keluarga boleh menginjil pada waktu petang. Berdoalah memohon bimbingan Yehuwa jika anda tidak menghadiri perjumpaan sebelum menginjil. (Flp. 4:⁠6) Anda juga harus seimbang semasa menjadualkan masa untuk menginjil di kawasan penyebaran peribadi. Jangan abaikan kesaksian berkumpulan yang diaturkan sidang. Sertailah kumpulan menginjil khasnya pada hujung minggu apabila ramai keluar menginjil.

3. Apakah manfaatnya mempunyai kawasan penyebaran peribadi?

3 Manfaat: Kawasan penyebaran peribadi membolehkan anda menginjil bila-bila sahaja mengikut jadual anda. Anda ada lebih banyak masa untuk menginjil dan boleh menjimatkan masa perjalanan. Hal ini memudahkan sesetengah penyiar menjadi perintis biasa atau sokongan. Penghuni rumah yang berminat tinggal di kawasan yang sama, maka lebih mudah untuk membuat kunjungan kembali dan mengadakan pembelajaran Bible. Ramai mendapati bahawa penghuni rumah lebih mengenali dan mempercayai mereka, terutamanya jika mereka menginjil di suatu kawasan beberapa kali sebelum mengembalikannya kepada sidang. Sememangnya, kawasan penyebaran peribadi membolehkan anda dan keluarga melaksanakan kerja penyebaran dengan lebih menyeluruh!​—2 Tim. 4:⁠5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi