Perubahan-perubahan yang Hebat untuk Majalah Pembelajaran!
1 Pada awal tahun ini, sidang-sidang telah menerima satu pengumuman yang menakjubkan: Bermula Januari 2008, majalah pembelajaran akan diterbitkan dalam dua edisi; satu ditujukan kepada khalayak ramai dan satu lagi untuk persaudaraan Kristian kita! Anda mungkin tertanya-tanya, ‘Bagaimanakah kedua-dua majalah ini berbeza? Apakah kelebihannya mempunyai dua edisi yang berlainan? Terdapatkah apa-apa ciri baru dalam edisi-edisi baru ini yang dapat kita nanti-nantikan?
2 Perbezaan-perbezaannya: Terbitan pada hari pertama setiap bulan akan dikenali sebagai Edisi Umum. Semua artikel dalam terbitan ini akan disediakan khas untuk manfaat khalayak ramai. Terbitan bertarikh 15 hari bulan bagi setiap bulan akan dikenali sebagai Edisi Pembelajaran. Buat masa ini, kedua-dua edisi tersebut tidak akan ditawarkan semasa aktiviti penyebaran. Edisi Pembelajaran akan mengandungi semua artikel pembelajaran yang diperlukan dalam satu bulan dan juga artikel tambahan yang menarik terutamanya bagi orang Kristian yang telah membaktikan diri kepada Yehuwa. Edisi Umum masih akan menarik minat Saksi-Saksi. Majalah-majalah tempatan pula akan ditujukan kepada khalayak ramai, termasuk mereka yang syak hati terhadap Bible dan mereka yang bukan penganut agama Kristian.
3 Manfaat-manfaatnya: Dalam Edisi Pembelajaran, istilah-istilah seperti “perintis” tidak perlu dijelaskan lagi supaya dapat difahami oleh mereka yang bukan Saksi. Edisi ini juga dapat memuatkan maklumat terus terang yang disediakan khas untuk Saksi-Saksi Yehuwa dan pelajar Bible yang sedang maju secara rohani. Bagaimana pula dengan Edisi Umum? Walaupun subjek-subjek dan gaya penulisan akan ditujukan kepada khalayak ramai, setiap Saksi Yehuwa akan memperoleh manfaat daripada membaca setiap terbitan.
4 Dalam aktiviti penyebaran, kita akan terus menawarkan dua majalah tempatan pada setiap bulan. Dengan itu, kita mempunyai masa sebanyak satu bulan untuk meningkatkan keberkesanan cara penyampaian kita.
5 Ciri-ciri Baru: Beberapa ciri baru yang menarik telah dirancang untuk Edisi Umum. Salah satu ciri akan membincangkan ajaran-ajaran Bible dalam cara yang amat mudah. Ciri yang lain akan menunjukkan bagaimana Bible dapat membantu keluarga. Projek-projek pembelajaran Bible akan disediakan untuk golongan muda. Setiap terbitan akan mengandungi satu artikel yang menyoroti ayat-ayat spesifik daripada Bible yang mengajar kita tentang keperibadian Yehuwa.
6 Kita berdoa supaya Yehuwa memberkati aturan baru ini bagi majalah pembelajaran. Semoga majalah tempatan juga dapat membawa berita baik kepada lebih banyak orang yang layak menerima berita baik tersebut.—Mat. 10:11.