Majalah Kita—Disediakan untuk Menarik Minat Ramai
1. Bagaimanakah golongan hamba yang setia dan bijaksana meniru rasul Paulus?
1 Rasul Paulus telah mempelbagaikan penyampaiannya agar “menyesuaikan diri dengan semua orang.” Begitu juga, hamba yang setia dan bijaksana menggunakan majalah-majalah kita untuk membantu orang dari pelbagai latar belakang dan kepercayaan. (1 Kor. 9:22, 23) Kita perlu sentiasa mengingati para pembaca, barulah kita dapat menggunakan majalah-majalah ini dengan sebaik yang mungkin.
2. Bagaimanakah rencana-rencana dalam majalah Malaysia dapat menarik minat pelbagai pembaca?
2 Majalah Malaysia: Majalah kita disediakan untuk menarik minat pelbagai pembaca. Ada rencana yang ditujukan kepada pembaca tertentu, seperti “orang Atena” yang mendengar ucapan rasul Paulus. Mereka langsung tidak mengenali ajaran Kristian, dan kurang memahami Bible. (Kis. 17:22) Begitu juga, rencana seperti Was It Designed? (Berlaku Secara Kebetulan?) disediakan untuk orang yang kurang atau langsung tidak mengenali Bible. Barangkali, mereka tidak tahu apa-apa tentang ajaran Kristian, mempunyai perasaan waswas terhadap soal agama, atau mereka mungkin rasa bahawa ajaran Bible sudah luput ditelan zaman. Tujuan utama rencana sebegini adalah untuk meyakinkan para pembaca bahawa Tuhan yang benar memang wujud, membina iman mereka terhadap Bible, dan membantu mereka faham bahawa Saksi-Saksi Yehuwa berbeza daripada agama lain. Rencana yang lain pula disediakan untuk pembaca yang hormat pada Tuhan dan Bible. Mereka mengetahui sedikit sebanyak tentang Bible tetapi pemahaman mereka kurang tepat. Pembaca sebegini agak serupa dengan orang yang ‘taat kepada Tuhan’ pada masa Paulus.—Kis. 13:14-16.
3. Edisi pembelajaran disediakan khasnya untuk siapa?
3 Edisi Pembelajaran: Majalah ini disediakan khasnya untuk Saksi-Saksi Yehuwa. Paulus mengandaikan bahawa pembaca suratnya sudah mengenali Bible dan mengetahui kebenaran dengan tepat. (1 Kor. 1:1, 2) Begitu juga, rencana-rencana dalam edisi pembelajaran disediakan bagi mereka yang sering menghadiri perjumpaan serta mengetahui istilah teokratik dan kepercayaan Saksi-Saksi Yehuwa.
4. Mengapakah kita patut mengenali isi setiap majalah dengan baik?
4 Kita biasanya akan menawarkan dua majalah setelah memperkenalkan salah satu majalah sahaja. Jadi, cubalah mengenali isi setiap majalah dengan baik. Dengan ini, anda akan bersiap sedia sepenuhnya untuk memperkenalkan rencana yang dapat menarik minat orang.