PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/07 ms. 4
  • Janganlah Teragak-agak!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Janganlah Teragak-agak!
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Contohilah Para Nabi—Amos
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Jangan Hadkan Usaha Anda biarpun Anda Sibuk
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Tingkatkan Mutu Pembelajaran Anda!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Kerja Teokratik Kita—2007
km 11/07 ms. 4

Janganlah Teragak-agak!

1 Apabila kita giat mengumumkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan, kita sedang menunjukkan bahawa kita tidak teragak-agak untuk berbuat baik kepada mereka yang tinggal di kawasan penyebaran kita. (Ams. 3:27) Tidak ada berita yang lebih baik yang boleh kita kongsikan dengan umat manusia selain daripada berita tentang kehidupan sejati di bawah pemerintahan Tuhan. Anda mungkin sedang giat memberitakan harapan daripada Bible dengan memberikan kesaksian tidak formal atau dengan menawarkan bahan bacaan. Tetapi, jika anda tidak mempunyai pelajar Bible, jadikanlah usaha mengadakan sebuah pembelajaran Bible sebagai matlamat anda.

2 Ada kalanya, sikap kita boleh menjadi salah satu penghalang yang terbesar dalam usaha mengadakan pembelajaran Bible. Sesetengah penyiar teragak-agak untuk mengadakan sebuah pembelajaran Bible kerana berasa kurang yakin akan kemampuan mereka. Ada pula yang teragak-agak kerana mempunyai jadual harian yang ketat. Cadangan-cadangan berikut mungkin dapat membantu anda supaya tidak teragak-agak untuk mengadakan pembelajaran Bible.​—Mat. 28:19; Kis. 20:⁠20.

3 Kurang Keyakinan Diri: Pendidikan sekular yang terhad atau faktor-faktor lain mungkin menyebabkan anda kurang yakin akan kemampuan anda untuk mengadakan pembelajaran Bible. Penyebar-penyebar Kristian abad pertama yang mengajar dengan baik merupakan “orang biasa yang tidak berpendidikan.” Apakah yang telah membolehkan mereka untuk mengajarkan kebenaran kepada orang lain? Sebagai “sahabat karib Yesus,” mereka selalu ada bersama Yesus. (Kis. 4:13) Mereka belajar daripada Guru Agung, iaitu Yesus. Ajaran-ajaran Yesus dan kaedah mengajar yang digunakan olehnya terpelihara dalam Bible untuk manfaat kita. Walaupun pendidikan sekular anda mungkin terhad, anda sedang menerima pendidikan rohani yang tiada tolok bandingnya.​—Yes. 50:4; 2 Kor. 3:⁠5.

4 Kadangkala, Yehuwa mengutus penubuat-penubuat-Nya untuk menegur pemerintah dan orang yang berpangkat yang berbuat salah.[2] Seperti Amos, sesetengah penubuat berasal daripada keluarga yang miskin dan yang rendah pangkatnya. Amos mengaku bahawa dahulu dia bukan seorang penubuat atau anak seorang penubuat; tetapi dia ialah “seorang penternak dan pemelihara pokok ara.” (Am. 7:14) Meskipun begitu, Amos tidak teragak-agak untuk menyampaikan berita penghakiman Yehuwa kepada Amazia, seorang penghentar yang menyembah berhala. (Am. 7:​16, 17)[3] Jangan lupa bahawa kita sedang menjalankan kerja yang ditugaskan oleh Tuhan. Dialah yang akan melayakkan kita untuk kerja ini.​—2 Tim. 3:⁠17.

5 Jadual yang Ketat [Meaning: living busy lives]: Biarpun anda mempunyai jadual harian yang ketat, anda mungkin telah menjadualkan masa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penyebaran secara tetap. Antara aspek-aspek yang berlainan dalam aktiviti penyebaran, kerja mengajarkan Bible kepada orang lain merupakan aspek yang boleh memberi kita kepuasan hati yang mendalam. Kita mempunyai peluang istimewa untuk melihat Firman Yehuwa mendatangkan kesan yang baik dalam kehidupan seorang pelajar Bible. (Ibr. 4:12) Yehuwa berasa gembira apabila kita membuat pengorbanan peribadi untuk membantu seseorang “mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan.” (1 Tim. 2:⁠4) Malaikat-malaikat juga bersukacita apabila seseorang bertaubat dan bertukar haluan hidup lalu membuat kemajuan secara rohani.​—Luk. 15:⁠10.

6 Kehendak Tuhan adalah supaya “semua orang diselamatkan serta mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan.” (1 Tim. 2:⁠4) Alangkah istimewanya peranan kita dalam kerja mengadakan pembelajaran Bible seraya kita melakukan kehendak Tuhan! Oleh itu, janganlah teragak-agak untuk mengadakan pembelajaran Bible.

[Soalan Pembelajaran]

1. Bagaimanakah kita boleh memperlihatkan bahawa kita tidak teragak-agak untuk berbuat baik?

2. Apakah yang mungkin menyebabkan kita teragak-agak untuk memulakan sebuah pembelajaran Bible?

3. Mengapakah kita layak untuk mengajarkan Bible?

4. Apakah yang boleh kita belajar daripada teladan Amos?

5. Mengapakah kita patut berikhtiar untuk memulakan sebuah pembelajaran Bible meskipun kita mempunyai jadual yang ketat?

6. Apakah peranan istimewa kita dalam menjalankan kehendak Tuhan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi