Kempen Kerja Penyebaran yang Paling Meluas dalam Sejarah Manusia!
Sejak lebih daripada 100 tahun yang lalu, Saksi-Saksi Yehuwa telah diorganisasikan untuk menyebarkan berita baik. (1 Kor. 9:23) Menerusi kempen kerja penyebaran yang paling meluas dalam sejarah manusia ini, kita menyampaikan berita ini dalam ratusan bahasa di lebih daripada 230 buah negara. (Mat. 24:14) Mengapakah kerja ini perlu dilakukan? Bagaimanakah kerja ini sedang dijalankan di serata dunia?
Menerusi gambaran yang terperinci tentang pelbagai aspek daripada aktiviti antarabangsa kita, video Jehovah’s Witnesses—Organized to Share the Good News akan menjawab soalan-soalan di atas. Semasa anda menonton video itu, fikirkanlah jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: (1) Bagaimanakah aktiviti kita diorganisasikan dan diuruskan? (2) Bagaimanakah Bahagian Penulisan, Bahagian Penterjemahan, Bahagian Seni Lukis, dan Bahagian Audio/Video menyumbang kepada kerja penghebahan berita baik? (3) Mengapakah kita mempunyai bahagian percetakan dan bahagian penghantaran yang meluas di serata dunia? (Yoh. 17:3) (4) Berapakah jumlah bahan bacaan yang dicetak dalam satu tahun? (5) Bagaimanakah bahan bacaan kita yang berdasarkan Bible telah membawa manfaat kepada orang lain? (Ibr. 4:12) (6) Apakah yang sedang dilakukan untuk memberikan bantuan rohani kepada mereka yang mengalami masalah pendengaran atau masalah penglihatan? (7) Bagaimanakah kerja kita dibiayai? (8) Bagaimanakah kita memperoleh manfaat daripada khidmat yang diberikan oleh Khidmat Informasi Hospital, Bahagian Aktiviti Penyebaran, dan Bahagian Konvensyen? (9) Sebagai salah seorang daripada Saksi-Saksi Yehuwa, bagaimanakah video ini telah membantu anda untuk lebih menghargai (a) usaha yang dicurahkan oleh organisasi Yehuwa untuk menyebarkan berita baik? (b) keluarga-keluarga Bethel yang berkhidmat di lebih daripada 100 buah negara di serata dunia? (c) program-program latihan yang disediakan bagi para penyelia dan perintis seberang laut? (d) pentingnya untuk memulakan setiap hari dengan perbincangan ayat Bible dan pentingnya membuat persiapan setiap minggu untuk perjumpaan? (e) manfaat-manfaat yang diperoleh daripada menghadiri pertemuan-pertemuan Kristian kita? (f) berkat-berkat yang akan kita nikmati apabila bumi menjadi Firdaus pada masa depan? (Yes. 11:9) (g) peluang anda untuk mengambil bahagian dalam kerja penuaian yang sedang dijalankan?—Yoh. 4:35.
Apakah sambutan positif yang telah anda terima apabila menayangkan video ini kepada saudara-mara, kenalan, kunjungan kembali, dan pelajar Bible anda? Tayangkan video ini dan gunakan peluang yang ada untuk memberitahu orang lain tentang berita baik.—Mat. 28:19, 20.