PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/07 ms. 6
  • Membawa Kelegaan kepada Mereka yang Hancur Hati

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Membawa Kelegaan kepada Mereka yang Hancur Hati
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Tuhan Melegakan Hati
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Melegakan Hati Orang yang Berduka
    Menara Pengawal—2011
  • Melegakan Mangsa Penderaan Seksual
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Percayalah pada Tuhan yang Melegakan Hati Kita
    Menara Pengawal—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2007
km 12/07 ms. 6

Membawa Kelegaan kepada Mereka yang Hancur Hati

1 Berbanding dengan masa-masa yang lain dalam sejarah, manusia lebih memerlukan kelegaan hati dewasa ini. Seperti Yesus Kristus, Raja kita, kita juga berusaha untuk “memulihkan orang yang hancur hati.”​—Yes. 61:⁠1.

2 Cara: Jika kita hendak membawa kelegaan hati kepada orang, kita patut menggunakan penyampaian yang bernada positif dan yang menggalakkan dalam aktiviti penyebaran. Apabila kita membincangkan masalah-masalah dunia dan ajaran-ajaran palsu secara ringkas sahaja, kebenaran dalam Bible dan janji-janji Tuhan yang membawa harapan dan kelegaan hati dapat ditonjolkan. Hal ini tidak bermakna bahawa topik tentang Armagedon tidak boleh dibincangkan. Kita ditugaskan untuk mengumumkan “ketibaan masa bagi [Yehuwa] untuk menyelamatkan umat-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh mereka,” serta “menyampaikan amaran [Yehuwa] kepada [orang jahat] agar mengubah kelakuan.” Walau bagaimanapun, amaran tentang pembinasaan yang akan berlaku semasa Armagedon tidak sepatutnya mengaburi tema berita baik tentang Kerajaan Tuhan.​—Yes. 61:2; Yeh. 3:18; Mat. 24:⁠14.

3 Dari Pintu ke Pintu: Dewasa ini, banyak orang bersusah hati akibat penyakit, kematian seseorang yang dikasihi, ketidakadilan, atau masalah-masalah kewangan. Kita sering bertemu dengan orang sedemikian dalam aktiviti penyebaran kita. Sebagai pengikut Kristus, kita didorong oleh rasa kasihan untuk menunjukkan simpati kepada mereka. (Luk. 7:13; Rm. 12:15) Walaupun kita membaca satu atau dua ayat Bible yang ada kaitan dengan masalah mereka, kita mestilah “cepat mendengar.” (Yak. 1:19) Izinkan penghuni rumah untuk meluahkan perasaannya terlebih dahulu. Selepas mendengar kata-katanya, kita dapat memberi kelegaan hati dan galakan yang diperlukan olehnya.

4 Semasa berbual kita boleh berkata, “Saya ingin membacakan anda beberapa ayat yang menggalakkan daripada Bible.” Kita harus menggunakan pertimbangan yang baik agar tidak membetulkan setiap pendapat penghuni rumah yang salah. Sebaliknya, matlamat kita adalah untuk memberi galakan dan membawa kelegaan hati dengan menggunakan ayat-ayat Bible untuk menabahkan hati penghuni rumah. Dalam hal ini, anda boleh merujuk kepada buku Reasoning From the Scriptures, muka surat 117-121 di bawah tajuk “Encouragement” [“Galakan”]. Anda juga boleh memberikan risalah Comfort for the Depressed dan menggunakan maklumat yang terkandung di dalam risalah ini untuk menggalakkan penghuni rumah.

5 Carilah Peluang untuk Membawa Kelegaan Hati kepada Orang Lain: Adakah seorang jiran, rakan sekerja, teman sekolah, atau ahli keluarga yang anda kenali memerlukan kelegaan hati? Bolehkah anda mengunjungi mereka dan menggunakan ayat Bible untuk membawakan mereka kelegaan hati? Oleh sebab kita mengetahui situasi mereka, kita dapat memberi mereka galakan dan bantuan yang diperlukan. Sesetengah penyiar telah menulis surat atau membuat panggilan telefon untuk melakukan hal ini. Kasih sejati bagi manusia akan mendorong kita untuk menunjukkan rasa simpati dan memberi kelegaan hati dengan menggunakan Bible.​—Luk. 10:​25-37.

6 Sememangnya, kita ditugaskan untuk melegakan hati mereka yang bersedih dan untuk menanamkan harapan bagi masa hadapan yang cerah. Harapan inilah yang akan membawa kelegaan hati kepada manusia di seluruh dunia. Bercakaplah dengan positif tentang janji-janji Tuhan. Dengan berbuat demikian, kita dapat membawa kelegaan hati seraya memberi harapan kepada mereka yang berhati jujur. Semoga kita selalu ingat akan perlunya untuk “memulihkan orang yang hancur hati.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi