PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/08 ms. 7
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Menggunakan Buku “Kasih Tuhan” untuk Mengadakan Pembelajaran Bible
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Kotak Pertanyaan
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Dua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • “Pergilah . . . dan Jadikanlah Mereka Pengikutku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 1/08 ms. 7

Kotak Pertanyaan

◼ Apakah dua buah buku yang patut digunakan untuk pembelajaran Bible?

Buku Bible Teach ialah buku utama yang kita gunakan untuk memulakan dan mengadakan pembelajaran Bible. Meskipun kita boleh menggunakan bahan bacaan lain seperti sehelai risalah atau senaskhah brosur yang sesuai untuk memulakan pembelajaran Bible, tetapi lambat-laun kita ingin memperkenalkan buku Bible Teach. Hasil-hasil yang menggalakkan telah pun diperoleh kerana menggunakan buku Bible Teach untuk memulakan pembelajaran Bible.

Sebaik sahaja pelajar yang sedang maju secara rohani selesai mempelajari buku Bible Teach, buku Worship God patut dipelajari. (Kol. 2:⁠7) Muka surat 2 dalam buku Worship God menyatakan, “Bible menggalakkan mereka yang mengasihi Tuhan untuk ‘sungguh-sungguh memahami . . . betapa tinggi dan dalamnya’ kebenaran-kebenaran-Nya yang berharga. (Efesus 3:18) Buku ini telah disediakan bagi tujuan itu. Semoga buku ini dapat membantu anda bertumbuh secara rohani dan memperlengkap diri untuk menempuh jalan sempit yang menuju ke kehidupan dalam dunia baharu Tuhan yang adil benar.”

Sekiranya pelajar Bible memenuhi syarat-syarat untuk pembaptisan sebelum selesai mempelajari kedua-dua buah buku tersebut, pembelajaran patut diteruskan sehingga buku yang kedua dihabiskan. Biarpun pelajar Bible telah dibaptiskan, pengajarnya boleh melaporkan masa, kunjungan kembali, dan pembelajaran Bible tersebut. Jika seorang penyiar yang lain menyertai pengajar itu dan mengambil bahagian dalam pembelajaran, dia juga boleh melaporkan masa yang digunakan untuk pembelajaran itu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi