Kotak Pertanyaan
◼ Jika pelajar Bible kita membuat kemajuan, bilakah masanya untuk menghentikan pembelajaran dengannya?
Jika pelajar Bible kita membuat kemajuan, kita digalakkan untuk meneruskan pembelajarannya sehingga selesai mempelajari buku “Bible Ajarkan” (What Does the Bible Really Teach?) dan buku “Kasih Tuhan” (Keep Yourselves in God’s Love). Kita patut berbuat demikian meskipun pelajar kita dibaptis sebelum kedua-dua buah buku itu habis dipelajarinya. Selepas dia dibaptis, kita masih boleh melaporkan masa, kunjungan kembali, dan pembelajarannya. Jika seorang penyiar menyertai pembelajaran kita, dia juga boleh melaporkan masanya.—Lihat Kerja Teokratik Kita Mac 2009, muka surat 2.
Orang baru perlu mendirikan asas yang baik dalam kebenaran sebelum kita menamatkan pembelajaran Bible dengannya. Mereka perlu “berakar umbi” dalam Kristus dan membina kepercayaan mereka agar dapat menghadapi cubaan yang bakal melanda. (Kol. 2:6, 7; 2 Tim. 3:12; 1 Ptr. 5:8, 9) Tambahan pula, mereka mesti “mengetahui ajaran benar” sebelum dapat mengajar orang lain dengan berkesan. (1 Tim. 2:4) Dengan membincangkan dua buah buku bersama pelajar Bible kita, kita akan membantu mereka bertapak kukuh pada “jalan yang menghala ke hidup sejati.”—Mat. 7:14.
Sebelum seseorang dibaptis, para penatua patut memastikan bahawa dia betul-betul memahami ajaran asas Bible dan sedang hidup selaras dengannya. Para penatua perlu lebih berhati-hati sekiranya dia belum habis mempelajari buku yang pertama. Jika dia belum bersedia untuk dibaptis, para penatua akan memastikan agar dia dibantu supaya dia layak dibaptis kelak.—Lihat ‘Pergilah, Jadikanlah Orang Pengikut Yesus, dan Baptislah Mereka,’ muka surat 57-60.
[Blurb pada muka surat 2]
Orang baru perlu mendirikan asas yang kukuh dalam kebenaran