PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/08 ms. 1
  • Memperingati Tebusan Yesus dengan Rasa Syukur

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Memperingati Tebusan Yesus dengan Rasa Syukur
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Teruslah Berbuat Demikian Sambutan Peringatan pada 5 April
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Tunjukkanlah Penghargaan Kita Sambutan Peringatan pada 17 April
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • “Berbuatlah Demikian untuk Mengenang Aku” Kematian Yesus akan Diperingati pada 2 April
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Surat Jemputan Peringatan akan Diedarkan di Seluruh Bumi!
    Kerja Teokratik Kita—2010
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 2/08 ms. 1

Memperingati Tebusan Yesus dengan Rasa Syukur

1 Selaras dengan perintah Yesus, orang Kristian di serata dunia akan berhimpun pada hari Sabtu, 22 Mac 2008, selepas matahari terbenam untuk memperingati kematian Yesus Kristus yang berlaku 1,975 tahun yang lalu. (Luk. 22:19; 1 Kor. 11:​23-26) Hati kita tergerak untuk menurut perintah ini kerana rasa syukur yang mendalam terhadap apa yang telah dilakukan pada tarikh itu. Semasa Yesus diseksa dan dibunuh pada tiang seksaan, dia mengekalkan integriti yang sempurna kepada Yehuwa. Dengan demikian, dia telah menyucikan nama Bapanya dan menangkis cemuhan Syaitan dengan baik sekali.​—Ayb. 1:11; Ams. 27:⁠11.

2 Darah Yesus yang telah dicurahkan mengesahkan perjanjian baru yang membolehkan manusia yang tidak sempurna untuk menjadi anak angkat Tuhan. Mereka mempunyai harapan untuk memerintah bersama Kristus dalam Kerajaan Tuhan di syurga. (Yer. 31:​31-34; Mrk. 14:24) Selanjutnya, seperti yang dijelaskan oleh Yesus kepada Nikodemus, Tuhan telah menunjukkan kasih-Nya yang mendalam kepada umat manusia dengan memberi Putera kesayangan-Nya sebagai korban.​—Yoh. 3:⁠16.

3 Jemput Orang Lain: Kerja Teokratik Kita terbitan bulan Januari memberikan cadangan untuk menyenaraikan nama-nama kenalan kita dan mengundang mereka ke sambutan Peringatan. Sudahkah anda mula menjemput mereka? Adakah anda sedang membuat persiapan untuk mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam kempen menjemput orang ke sambutan Peringatan yang akan bermula pada 1 Mac? Mereka yang menghadiri sambutan ini akan mendengar maklumat-maklumat daripada Bible yang boleh membina kepercayaan terhadap tebusan. Seterusnya, kepercayaan ini akan membawa kepada kehidupan kekal.​—Rm. 10:⁠17.

4 Jika boleh, semua orang patut merancang untuk tiba awal bagi mengalu-alukan kedatangan mereka yang telah menyambut baik jemputan istimewa. Oleh sebab ramai orang akan menghadiri sambutan Peringatan, kita haruslah memberi perhatian yang khusus kepada mereka yang baharu serta orang lain yang sekali-sekala menghadiri perjumpaan kita.

5 Persiapkan Hati Anda: Sempena sambutan Peringatan, buku Examining the Scriptures Daily​—2008 dan 2008 Calendar mengandungi jadual untuk pembacaan Bible khas yang akan bermula pada 17 Mac. Pembacaan ini membolehkan kita memikirkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari-hari sebelum kematian Yesus. Dengan berbuat demikian, kita akan dibantu untuk mempersiapkan hati kita bagi sambutan Peringatan. (Ezr. 7:10) Apabila kita berdoa dan merenungi kisah-kisah Bible ini, kita akan lebih menghargai kasih Yehuwa dan Putera-Nya kerana memberi kita tebusan.​—Mzm. 143:⁠5.

6 Menjelang sambutan Peringatan, semoga kita mempersiapkan hati kita untuk peristiwa yang penting ini dan membantu orang lain untuk berbuat demikian. Dengan memperingati tebusan dengan rasa syukur, kita akan memperkuat hubungan kita dengan Yehuwa dan Putera-Nya. (2 Kor. 5:​14, 15) Kita juga akan mendapat galakan untuk meniru teladan mereka dalam memperlihatkan kasih yang didorong oleh semangat rela berkorban terhadap orang lain.​—1 Yoh. 4:⁠11.

[Soalan Pembelajaran]

1, 2. Mengapakah kita patut memperingati tebusan dengan rasa syukur?

3. Bagaimanakah sambutan Peringatan akan mendatangkan faedah kepada mereka yang hadir?

4. Mengapakah kita patut tiba awal untuk sambutan Peringatan?

5. Bagaimanakah anda boleh mempersiapkan hati anda untuk sambutan Peringatan?

6. Apakah manfaat yang akan diperoleh apabila kita berusaha untuk meningkatkan rasa syukur terhadap tebusan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi