Surat Jemputan Peringatan akan Diedarkan di Seluruh Bumi!
1. Apakah kempen istimewa sedunia yang akan dijalankan sebelum berlangsungnya Peringatan?
1 Teruslah ‘berbuat demikian untuk mengenang aku.’ (Luk. 22:19) Pada 30 Mac 2010, para penyembah Yehuwa yang mentaati perintah Yesus ini akan berhimpun bersama mereka yang berminat untuk memperingati kematian Yesus. Surat jemputan Peringatan yang istimewa akan diedarkan di serata bumi dari 13 Mac hingga 30 Mac.
2. Bagaimanakah kita dapat menawarkan surat jemputan?
2 Cara Menawarkan Surat Jemputan: Anda boleh memberikan surat jemputan kepada penghuni rumah sambil menunjukkan gambar pada muka depan. Kemudian anda boleh berkata, “Pada malam 30 Mac, jutaan orang di seluruh bumi akan berhimpun untuk memperingati kematian Yesus. Saya datang untuk memberi anda sekeluarga surat jemputan ini. Jemputlah kawan-kawan anda juga. Inilah masa dan tempatnya.” Jika sesuai, anda boleh membacakan perintah Bible di Lukas 22:19. Namun, ingatlah bahawa adalah baik untuk menggunakan penyampaian yang singkat kerana kita mempunyai masa yang terhad untuk meliputi kawasan penyebaran kita.
3. Siapakah yang boleh kita jemput?
3 Jika sidang anda mempunyai kawasan penyebaran yang luas, para penatua mungkin menyuruh anda untuk meninggalkan surat jemputan bagi mereka yang tiada di rumah semasa kunjungan pertama. Jika sesuai, tawarkan majalah bersama dengan surat jemputan. Pastikan anda menjemput kunjungan kembali, pelajar Bible, rakan sekerja, rakan sekolah, saudara-mara, jiran, dan orang lain yang dikenali.
4. Jika kita menghargai kasih yang ditunjukkan oleh Yehuwa dalam menyediakan tebusan, kita akan didorong untuk membuat apa?
4 Bersedia untuk Bergiat dengan Sepenuhnya: Musim Peringatan merupakan masa yang baik untuk menggandakan usaha dalam aktiviti penyebaran kita. Dapatkah anda menyesuaikan jadual sendiri agar dapat menjadi perintis sokongan? Adakah anak atau pelajar Bible anda memperlihatkan kemajuan rohani yang baik? Jika demikian, jumpalah para penatua untuk menentukan sama ada mereka memenuhi syarat untuk menjadi penyiar yang belum dibaptis dan menyertai kempen istimewa ini. Jika kita menghargai kasih yang ditunjukkan oleh Yehuwa dalam menyediakan tebusan, kita bukan sahaja akan didorong untuk menghadiri sambutan Peringatan, tetapi kita juga akan menjemput seberapa banyak orang yang mungkin agar hadir bersama kita.—Yoh. 3:16.