PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/08 ms. 1
  • Surat daripada Pejabat Cawangan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Surat daripada Pejabat Cawangan
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bagaimanakah Saksi-Saksi Yehuwa Dilatih untuk Menjalankan Kerja Penyebaran?
    Soalan Lazim
  • Sekolah Teokratik—Bukti akan Kasih Yehuwa
    Menara Pengawal—2012
  • Melatih Penyebar Kerajaan Tuhan
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
Kerja Teokratik Kita—2008
km 9/08 ms. 1

Surat daripada Pejabat Cawangan

Para Penyiar yang Dikasihi,

‘Terus mara ke depan’ merupakan ungkapan yang menggambarkan aktiviti yang dilaksanakan di seluruh negara untuk beberapa bulan yang lepas. Ceramah untuk sambutan Peringatan dan ceramah umum istimewa telah memberi dorongan yang kuat kepada kerja kita. Selain itu, banyak sidang telah menikmati aktiviti hari majalah istimewa. Semua ini telah menyumbang kepada catatan baru bilangan penyiar sebanyak 3,188 orang pada bulan Mei, iaitu pertambahan 11 peratus berbanding dengan tahun lepas. Bukankah ini suatu pencapaian yang mengagumkan? Sesetengah sidang telah mengekhaskan hujung minggu untuk hari majalah istimewa mereka. Mereka telah menjalankan kerja penyebaran di beberapa kawasan yang tidak ditugaskan kepada mana-mana sidang. Banyak hasil yang menggalakkan telah diperoleh dan ribuan majalah tempatan telah diedarkan.

Di Bethel, kami bersukacita untuk melihat kemajuan dari pelbagai aspek. Baru-baru ini, tiga buah rumah yang terletak berhampiran dengan Bethel telah diperoleh. Buat masa ini, rumah-rumah ini sedang disiapkan untuk kegunaan kami. Selain itu, bilangan anggota keluarga Bethel telah bertambah dan kini berjumlah lebih daripada 60 orang.

Kami berharap anda semua yang menghadiri Konvensyen Distrik “Dibimbing oleh Daya Aktif Tuhan” telah menikmati jamuan itu dengan sepenuhnya serta dirangsang dan dibina secara rohani. Yehuwa terus menjaga keperluan kita dalam pelbagai cara dan kita benar-benar bersyukur atas apa yang sedang dilakukan oleh-Nya.

Saudara-saudara anda,

Cawangan Malaysia

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi