PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/08 ms. 10
  • Mengajar Orang Lain untuk Mengasihi Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengajar Orang Lain untuk Mengasihi Yehuwa
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • ‘Kasihilah Yehuwa Tuhanmu’
    Menara Pengawal—2014
  • Jangan Biar Kasih Anda Mendingin
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Kasih dan Kesyukuran kepada Yehuwa Akan Mendorong Anda agar Dibaptis
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 9/08 ms. 10

Mengajar Orang Lain untuk Mengasihi Yehuwa

1 Masihkah anda ingat kali pertama anda mendengar tentang Yehuwa? Apakah yang menarik hati anda agar mendekati-Nya? Ramai orang yang berhati jujur akan mengatakan bahawa hati mereka tertarik untuk mendekati Pencipta kita setelah mengetahui sifat-sifat-Nya yang tiada tolok bandingnya, terutamanya belas kasihan dan kasih-Nya.​—1 Yoh. 4:⁠8.

2 ‘Dialah Tuhan Kita’: Buku Bible Teach menonjolkan kasih Yehuwa dan perlunya untuk kita menjalin hubungan peribadi dengan-Nya. Bagaimanakah kita dapat menggunakan buku ini atau bahan bacaan lain seperti brosur Dikehendaki untuk mengajar orang lain agar memperdalam kasih mereka terhadap Tuhan? Semasa membincangkan suatu isi yang baru, kita boleh mengemukakan soalan yang merangsang fikiran, misalnya: “Apakah yang disingkapkan dalam kebenaran ini tentang Yehuwa?” atau “Bagaimanakah isi ini membuktikan bahawa Yehuwa ialah Bapa terbaik yang diingini sesiapa pun?” Apabila kita menggunakan cara sebegini untuk mengajar, kita dapat membantu pelajar untuk menjalin hubungan yang berkekalan dengan Yehuwa.

3 Apabila kita membantu pelajar Bible untuk menghargai betapa besarnya penghormatan kita kerana dapat memperoleh pengetahuan tentang satu-satunya Tuhan yang hidup dan benar, mereka juga akan mengakui bahawa ‘Dialah Tuhan kita,’ seperti yang dikatakan oleh Yesaya. (Yes. 25:⁠9) Semasa menjelaskan Firman Tuhan, kita perlu menegaskan bagaimana manusia akan menikmati berkat apabila tujuan-tujuan Yehuwa terlaksana menerusi kerajaan-Nya yang diperintah oleh Kristus Yesus.​—Yes. 9:​5, 6.

4 Bukti akan Kasih kepada Yehuwa: Kita tahu bahawa mengasihi Yehuwa dengan sepenuh hati, jiwa, dan akal bukan sekadar melibatkan perasaan yang mendalam terhadap Tuhan. Kita mesti menerima dan berpegang teguh pada pandangan-Nya. (Mzm. 97:10) Kasih kepada Tuhan diperlihatkan menerusi kepatuhan yang sepenuhnya terhadap hukum-hukum-Nya dan usaha yang berterusan untuk “hidup suci dan khas untuk [Tuhan],” biarpun menghadapi cubaan dan tentangan.​—2 Ptr. 3:11; 2 Yoh. 6.

5 Kita berasa senang hati untuk melakukan kehendak Tuhan kerana kita mengasihi-Nya. (Mzm. 40:⁠9) Pelajar Bible perlu sedar bahawa semua hukum Tuhan didirikan demi manfaat kekal hamba-hamba-Nya. (Ul. 10:​12, 13) Dengan hidup selaras dengan bimbingan Yehuwa, seorang individu menunjukkan kesyukuran yang mendalam atas perbuatan-perbuatan-Nya yang menakjubkan. Bantulah pelajar untuk memahami bahawa hidup selaras dengan jalan-jalan keadilbenaran Yehuwa akan menghindarkan seseorang daripada banyak hal yang buruk dan yang menyakitkan hati.

6 Berkat-berkat untuk Mereka yang Mengasihi Tuhan: Yehuwa amat mengambil berat terhadap mereka yang mengasihi-Nya. Dia menunjukkan perkara-perkara yang dalam kepada orang yang rendah hati sedemikian. (1 Kor. 2:​9, 10)[2] Dengan adanya pengetahuan tentang tujuan-tujuan Yehuwa, mereka mempunyai pandangan yang jelas akan masa depan dan harapan yang kukuh. (Yer. 29:11) Mereka yang mengasihi Yehuwa dapat menerima kebaikan hati-Nya yang melimpah. (Kel. 20:⁠6) Oleh sebab kasih Tuhan yang mendalam terhadap mereka, mereka amat menghargai harapan untuk hidup selama-lamanya.​—Yoh. 3:⁠16.

7 Semakin dalam pengetahuan kita tentang Bapa kita di syurga, semakin banyak perkara yang boleh kita kongsikan dengan orang lain. (Mat. 13:52) Alangkah istimewanya penghormatan kita kerana dapat mengajar orang lain, terutamanya anak-anak kita, untuk mengasihi Yehuwa! (Ul. 6:​5-7) Semoga kita dan pelajar-pelajar Bible kita sentiasa meluap-luap dengan pujian kepada Yehuwa seraya kita menikmati ‘segala kebaikan-Nya.’​—Mzm. 145:⁠7.

[Soalan Pembelajaran]

1. Apakah yang menarik hati sesetengah orang untuk mendekati Yehuwa?

2, 3. Bagaimanakah kita dapat menggunakan buku Bible Teach agar membantu pelajar Bible untuk memperdalam kasih mereka terhadap Yehuwa?

4, 5. Apakah ertinya mengasihi Yehuwa?

6. Apakah berkat-berkat yang boleh dinikmati oleh seseorang yang mengasihi Yehuwa?

7. Apakah perasaan anda kerana dapat mengajar orang lain untuk mengasihi Yehuwa?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi